Dapat jemputan untuk menghadiri kenduri kahwin anak saudara kepada AJK Surau. Hubby bersalaman dengan Wak yang menjemput kami sekeluarga. Wak ni bekas komando.
Hubby bergambar dengan Ketua Kampung.
Tiba-tiba Dania hilang. Mana la perginya ya. Muncul dengan aiskrim di tangan. Penangan ummi ajar masa kecik2 udah besar pun suka aiskrim gak 😅. Ada booth aiskrim juga kat majlis ni.
Tengok la lauk pauk saya ambil ni. Nasi ambik sikit tapi ulam-ulaman banyak, sambal belacan, ikan masin dan ayam masak merah.
Bergambar dulu bertiga. Saya tunjuk tangan macam tu sebab nanti detect kat phone Dania tu jadi automatic phone snap.
Sebelum balik, isteri Wak berikan kami 2 bunga telur tapi pesan ni telur masin. Nasib baik pesan ya. Kot tak pesan. Makan je kang masin. Hehe. Dania pakai jubah yang Aunty Nor beli dari tanah suci. Cantik bling bling.
Ada 2 pasang pengantin yang diraikan.
Ada band yang menghiburkan tetamu. Masa ni mereka praktis nak mempersembahkan lagu Mentera Semerah Padi.
Ada banyak kanopi kat sini. Katanya area tanah ni semua adik beradik. 6 orang semuanya dengan keluarga masing-masing. Untung la ayah membeli tanah ni seluas 3 ekar untuk anak-anaknya tinggal dan bina rumah.
Kanopi yang disewa hanya 3-4 sahaja tapi adik-beradik pakat tong tong jadi banyaklah kanopi akhirnya. Awan cantik la masa ni.
Ambik gambar satu family depan cermin. Saya pun mengenakan jubah hitam macam Dania.
Lagi gambar....
Kawasan ni semua adik beradik belaka....
Alhamdulilah....dapat kami memenuhi jemputan. Itu pun Wak kata menyusul lagi bulan April nanti lagi satu jemputan. Awal-awal dah bagi tahu.
XOXO,
Ezna
Tahniah buat mempelai dan ahli keluarga
BalasPadamTerima kasih Wak!
Padambanyak jemputan walimatul urus bulan ni kan, kak ana ada dua jemputan dapat hadir satu sahaja..
BalasPadamAda juga lagi walimatul urus bulan 2 ni Kak Ana. Orang jemput kita hadir. Kalau ada 2 sekali kena la pilih2.
PadamAlhamdulillah..tahniah mempelai...nie kalau semua adik beradik, senang buat kenduri sekali jalan je...anak buah sana sorang, anak orang nie soran...tapi jadi tuan rumah nya ramai pulak..hihihi
BalasPadamYa Linda. Jimat orang kata. Hehe.
Padambestnya sbb kwsn utk kanopi tu luas betul
BalasPadamYa Suzz. Pakat2 share juga adik beradik untuk top up kanopi tu.
PadamBest la tanah luas gini kan, nak kenduri kendara senang.
BalasPadamTahniah kpd Wak sekeluarga khususnya kpd pengantin². Double wedding double meriahnya ye :D
Ya senang PH. Lepas tu sebab adik beradik jadi tak ganggu la area situ kalau nak buat kenduri. Semua bagi laluan.
PadamSeronok dapat duduk dekat2 dengan adik beradik. Ada kawan Haji, 10 beradik buat rumah atas satu tanah besar. Kenduri kawin senang sama2 gotomg royong.
BalasPadamKawan kat mana tu Mulan? Ada juga kawan Dania yang dok belakang Ikan Bakar Terangkat tu dia kata adik beradik mak dia 10 orang. Semua kumpul situ. Nenek dia pun rumah dalam tu jugak.
PadamRare pinggan corak bunga biru tu. Nostalgia betul.
BalasPadamSenang satu kawasan semua adik beradik..so xde la berjauhan Dan jarang beejumpa Kan..meriah kendurinya ni..
BalasPadamAlhamdulillah..dpt menyantuni jemputan
BalasPadamWaaaah hebat orangtua mereka. Beli tanah luas untuk tempat anak2nya tinggal berdekatan 👍👍👍. Saya teringin sangat bisa seperti itu. Bagus juga kan.
BalasPadamApa daya kami kakak beradik terpencar2 Krn merantau sejak high school 😄. Krn itu lepas study, kerja pun terpencar2 juga. Susah nak disatukan dekat