Jumaat, Februari 7

Brisk walk ditemani flora dan fauna & Zus

Briskwalk kali ni kami ke Taman Wawasan, Putrajaya. Kena lalu jalan bawah berdekatan office PJH dan Hotel Zenith. 

Masa kami brisk walk tu ada beberapa tempat kami berhenti. Sibuk nak ambik gambar chatchibor. Hehe


Close up chatchibornya ha....actually badannya warna biru. Sayapnya hampir halimunan. 


Ambik gambar bunga berwarna putih dan purple jugak. Hehe....Dania dan hubby terpaksa berhenti kejap. 😅


Pergi dan balik kami brisk walk 3km. Alhamdulilah. Eh eh boleh terjumpa pulak jiran baru nak berjalan-jalan dengan anak-anak dia. 

Singgah pula Zus Coffee kat tepi tasik. 


Cantik permandangan petang kat sini. Apatah lagi boleh tengok permandangan kat luar sebab kat Zus ni bercermin besar. 


Saya minum air jus mix berries. Sedap juga masam-masam. 


Lepas tu singgah kedai coklat kat sini. 


Siapa pulak K-Pop idol ni?. Bebudak New Jeans Dania kata collab dengan Pepero. Harganya RM37. Tak beli cuma tengok je. 


Atas ni Masjid Putra, Putrajaya. Kena turun untuk ke sini. Kalau nak pergi tasik, kena turun lagi kat tempat Zus tu. 


Ini pula laluan terowong train bawah tanah yang tak jadi kat Putrajaya ni. 


Dalam perjalanan balik, ambik gambar langit berwarna jingga menandakan senja akan menjelma. 


Ada masa kita brisk walk lagi. Insya Allah. 





XOXO,
Ezna

 

23 ulasan:

  1. dapat 3km pun jadi dah kan kak...tenang je tengok langit senja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadilah Afzan sebab kena mula slow slow dulu nanti kita tambah la jaraknya jauh sikit.

      Padam
  2. lama tk mkn pelpero...peminat kpop sure beli tu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la Amy kalau minat New Jeans. Dania tak beli ok boleh skip.

      Padam
  3. Cantik langit sunset. Belum sampai lagi brisk walk area ni rasanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya langitnya memang cantik Mulan. Try la brisk walk kat sini pulak Mulan. Ada kawasan berpasir dia tanam pokok kelapa jugak. Cantik.

      Padam
  4. Wahhh..Bestnya taman wawasan ni sis..Nnt tnk try ajak Hata pegi la...=)

    BalasPadam
  5. Seronoknya dapat brisk walk dengan anak. Cuya berjalan dalam rumah jela, nak brisk walk tiada teman hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorang2 brisk walk macam boring sikit. Ada gang best sikit.

      Padam
  6. Ingatkan Zus apa tadi.... Kopi rupanya! hehehehe

    BalasPadam
  7. pernah lah i singgah zuss tepi tasik ni sekali ..best lepak2 di situ with lovely view

    BalasPadam
  8. lawa pulak view dari zus tu, dekat dgn tasik pullman kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan....dekat dengan Hotel Zenith. Lalu tepi tu....kalau masuk terowong tu boleh tembus bawa Masjid Putra, Putrajaya.

      Padam
  9. Lama betul tak ke Putrajaya..Kak Ezna..terowong tu boleh lalu ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh lalu. Dulu tak sure bukak ke tak tapi boleh je lalu sebab nak pergi ke tempat kedai2 bawah Masjid Putra tu.

      Padam
  10. Ok..jeles..sebab SA dah lama x briskwalk...ntah bila nak start ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je start bila2 SA. Nak start tu yg susah sikit. Bila dah start tu ok lah.

      Padam
  11. That why la MA pun suka briskwalk... Tapi ni lama x gie dah..partner dok tangguh je...

    BalasPadam
  12. Oh di sana sebut chatchibor kak? Di sini namanya capung 😄.

    Dah jaraaaaang saya lihat nih. Di JKT rasanya mustahil nak jumpa mesti ke tempat yg banyak tanaman.

    Tapi Pepero itu saya tak terlalu suka. Msh LBH suka Pocky.

    Mungkin Krn waktu coba pertama Pepero, coklat salut dia cepat sangat lumer. Beda dengan Pocky yg firm. Tapi ntahlah apa saya saja yg sedang sial dapat produk yg tak bagus masa itu 😆

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pemergian dan Perpisahan

Dalam dunia ni ada bermacam cerita kisah suka duka. Hari ni dapat perkhabaran jiran lama kami meninggal disebabkan kanser hati. Kisahnya ber...