Jumaat, Februari 14

Kari udang dengan susu segar

Tiba-tiba teringin nak makan kari jadinya kali ni terjadinya kari udang. Santan pula dah habis jadinya saya tukarkan dengan fresh milk je. Saya memang tak suka fresh milk tapi, bila masuk dalam kari ni....rasa fresh milk dah tak ada la. Kalau tak ada saya ok....cukup alergik dengan rasa susu putih. Hehe. 

Resipi saya :

1. Udang
2. Bawang putih dimayang halus
3. Bawang besar dimayang halus
4. Bawang merah dimayang halus
5. Halia sebesar ibu jari dimayang halus
6. Daun kari 3 helai
7. 4 sekawan 
8. Halba campur satu sudu besar
9. Serbuk kari 
10. Cili boh
11. Air asam jawa
12. Garam secukup rasa 

Tumiskan dulu bahan2 yang dimayang halus, daun kari, 4 sekawan dan halba campur. Bagi wangi sikit kemudian baru masukkan cili boh dan serbuk kari. Kacau sehingga naik minyak. Kemudian saya masukkan air sedikit sehingga naik minyak. Masuk lagi air sedikit....saya buat sehingga 3 kali proses ni. Nak bagi serbuk kari tu betul-betul masak dan nak bagi sedap la. Kentang pun boleh masukkan sekarang dan air asam jawa.

Kemudian, masukkan fresh milk (kalau ada santan masukkan santan la). Kacau2 sehingga menggelegak baru la saya masukkan udang. Bila dah masukkan udang sekejap ajer baru la tutup api. 

Inilah kejadiannya. Bila makan dengan nasi, bau kari melekat dekat tangan 😅. Alhamdulilah nampak hubby bertambah sampai 3 kali kuah kari (orang Kedah panggil gulai). Hubby memang suka sangat lauk kari cuma saya kurang sikit lauk kari ni. Makan juga cumanya bukan favourite la. Jadi, lauk ni jarang2 saya masak. 


Ada pucuk paku, kita tumis la dengan ikan bilis. 


Siap dah la....boleh la menikmatinya dengan keluarga kecil saya ni ha....Dania dia tak suka makan pucuk paku...dia kata macam makan rumput je. 😄 Sabar je la. 





XOXO,
Ezna

13 ulasan:

  1. I Loike kari udang...Tapi yg masak sendiri..Kalo dekat mamak x berani nk amik sbb harga tercekik =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kalau kedai mamak ambik seekor udang pun mahal. Dia charge sekali masa tu Niza.

      Padam
  2. Nampak cantik elok pekat kuah kari Kak Ezna...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak ingat kuahnya akan jadi cair bila masuk susu segar tapi pekat juga kuahnya.

      Padam
  3. wah sedap nampak tu.. MIL MA pernah masak kari letak susu..ok je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya tapi empunya diri tak suka minum susu tapi bila buat kari jadi ok sebab takde rasa susu dah.

      Padam
  4. Lauk kegemaran daktiga, syaratnya letak kentang banyak.
    Kita suka je, mana2 version pun boleh. Pekat, leh makan dengan roti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kari ni pun akak cicah roti gak. Sedap juga. Oh daktiga suka....

      Padam
  5. Rumah Cuya dah tak masak kari atau kurma sebab Cuya dulu tak suka..
    tak suka makan kari dengan nasi. Klau dengan roti canaii CUya suka, taktahu kenapa hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun kurang makan kari ni. Suami akak paling suka sebab orang utara.

      Padam
  6. Kita sama kak, tak suka fresh milk. Ya Allah saya bisa muntah hanya cium bau nya. Tp kalo dimasak dalam makanan, sukaaa. Biasanya kayak soto Betawi, SOP kaki kambing jakarta, semua pakai susu sebagai ganti santan. Dan LBH sedap

    Yg saya suka kalo pakai susu ini, tak cepat basi. Beda dengan santan .

    Kalo kari saya memang SUKAAAA SANGATTT.sebab di Aceh dulu makanan memang mostly kari. Kari bebek, kari ayam, kari kambing etc. JD lidah saya dah terbiasa.

    Cuma kalo skr dah jaraaang makan kari. Pertama saya tak bisa masak kari khas Aceh, sebab bahannya banyaaaak sangat, kedua Krn nak jaga makan 🤣. Sesekali saja makan ini, ngeri kalo dah usia 40+ kan 😂

    BalasPadam
  7. Sedap tu kari.. anak-anak saya suka.
    Mungkin sebab ada keturunan orang utara, suka gulai-gulai.

    BalasPadam
  8. td i komen psl apa rasa kari bila letak susu..dh terjwb ni ;)

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pemergian dan Perpisahan

Dalam dunia ni ada bermacam cerita kisah suka duka. Hari ni dapat perkhabaran jiran lama kami meninggal disebabkan kanser hati. Kisahnya ber...