Khamis, Februari 27

Pink sea salt sofuto | FamilyMart

FamilyMart ada sofuto ice cream yang sedap perisa Pink sea salt vanilla. Disebabkan lama tak santai makan ice cream dengan Dania...saya pun ke sini. 

Warnanya pink dan rasa garam tu macam tak rasa pun....rasa vanilla tu perfect!


Anak ummi yang ummi ajar makan santai ice cream ni dari kecik. 😅. Mulanya dulu sementara menunggu nak gi kelas kat Julia Gabriel, Bangsar tu. 


Ada meja dan kerusi kat dalam FamilyMart ni. 


FamilyMart Presint Diplomatik, Putrajaya ni banyak juga barang dia. 


Ada Omurice juga. Nasi yang dibalut oleh telur. 


Seleksi makan. Punya banyak. 


Dania pegang tu sushi rasanya. 


Lepas ni singgah Mydin pulak nak beli ubat gigi dan biskut sebelah blok ni je. Kami parking ni jauh sikit sebab parking kat sini susah sikit sebab ramai orang area ni sebab kedai-kedai sangat banyak. Nak parking tak proper takut kena saman je sebab penguatkuasa sangat rajin. 





XOXO,
Ezna



 

17 ulasan:

  1. cutenya warna aiskrim tu. semalam menyinggah Family Mart tak perasan ada perisa ni. Kena try bila singgah lagi nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada. Latest perisa kat FamilyMart. Sedap dan rasanya tak manis. Kalau suka vanilla kena rasa.

      Padam
  2. Kita dah lama tak masuk family mart... Dah ada pink sea salt aiskrim pulak skrg :D

    BalasPadam
  3. Lamanya tak makan soft ice cream kat Family Mart...
    Sama macam saya n Mak saya...kitaorang peminat ice cream jugak..pastu dulu-dulu memang suka layan makan cone ice cream McD....pantang jumpa kios atau terpergi McD mesti beli...makan on the spot...best sangat moment tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jenama tu memang selalu juga dulu2 akak makan dengan Dania Sue. Moment ni nanti mungkin akan dikenang kan....Moment makan ice cream dengan mak/ummi.

      Padam
    2. Betul tu Kak Ezna..sampai sekarang pun kalau pergi mana-mana dengan Mak saya kalau ternampak orang jual ice cream cone mesti beli....kenangan untuk nanti-nanti...

      Padam
  4. lama tk singgah family mart...dlu pernah beli perisa hokkaido melon sofuto...sedap sgt...yg ni tk cuba lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha hokkaido melon tu pernah rasa. Ni pun entah bila ada ni. Tengok2 bila pergi balik dah perisa lain.

      Padam
  5. My boys suka masuk ronda2 family mart ni

    BalasPadam
  6. iris kalau ke family mart ni..memang sushi je la..oden kadang2 je

    BalasPadam
  7. Owhhh..Gitu ke rasa dia..Hari tu Hata nk beli..Tapi takut x sedap..Last2 beli aiskrim kon yg lain =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap Niza kalau Niza / suami suka perisa vanilla. Warna pink sebab warna garam pink tu.

      Padam
  8. Sedap tak sea salt sofuto tu? kat bawah opis ni payah nak beli sebab ramai orang...nak beli kat FM area rumah nanti la...

    BalasPadam
  9. Sayang juga kalo seasalt nya tak berasa ya kak. Saya suka aneka makanan minuman yg pakai seasalt.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pemergian dan Perpisahan

Dalam dunia ni ada bermacam cerita kisah suka duka. Hari ni dapat perkhabaran jiran lama kami meninggal disebabkan kanser hati. Kisahnya ber...