Jumaat, Februari 28

Pelupusan Al Quran & Buku Agama

Dania ada banyak juga buku-buku agama zaman Sekolah Menengah dulu yang tak dilupuskan lagi. Kebetulan adik ada hantar tentang perkhidmatan pelupusan ni yang diadakan di Nasyrul Quran, Putrajaya. 


Bila ditimbang ternyata beratnya 10kg++ tapi kira 10kg je dan darablah RM7 = RM70. 
Gambar bawah ni baru satu beg. 


Dia letak sekali beg Ikea kat situ. Kami kata beg tu kami nak. Ye lah boleh letak barang lain juga kot time shopping. Tahan beg ni. 


Bawah sekali kertas soalan Pendidikan Islam. 


Dania tengok balik buku-buku dia ni. Rasa sedih je tengoknya. Ye lah sedih2 juga tapi bila dah menimbun nak buat apa kan?. 


Kami datang dalam jam 9 lebih lagi. Orang tak ramai dan bas rombongan masih tak ada.


Ada banner ni senang la orang boleh nampak kat mana nak hantar buku-buku untuk dilupuskan.


Lebih daripada 5kg akan dapat 1 naskhah Al Quran Al Aqsa secara percuma. 


Berat buku-buku kami yang nak dilupuskan 10kg, orang selepas kami 23kg dia nak lupuskan. Tudiaaa.....





XOXO,
Ezna

11 ulasan:

  1. senangnya area sana banyak kemudahan mcm ni,haritu Pia duk cari-cari juga area tempat kami ni tak jumpa

    BalasPadam
  2. Boleh la nanti hantar Alquran anak2 koyak rabak dan ganas betul mengaji. Hihi

    BalasPadam
  3. OK selepas nih nak kumpullah setempat..nanti ada peluang macam ni boleh buat pelupusan...

    BalasPadam
  4. Maknanya setiap 1 kg kita kena bayar dia RM7 ke? Tapi memang susah nak lupuskan buku2 atau risalah mengandungi aya Al-Quran ni kan.

    BalasPadam
  5. Bagus ada tempat macam ni, memudahkan orang lain untuk lupuskn bahan bacaan agama dgn lebih senang

    BalasPadam
  6. waahh mudahnya ada tempat pelupusan buku camni..

    BalasPadam
  7. bagus nya ada mcm ni... MA pun ada jugak sikit2..dok la simpan je

    BalasPadam
  8. Bagus sungguh ada program pelupusan begini. Memudahkan kerja kita kan.

    BalasPadam
  9. Mahal jugak kos utk lupuskan buku2 ni yer...

    BalasPadam
  10. Bagaus la kat area ni...ada aktiviti macam ni...tempat SA macam xde je

    BalasPadam
  11. Saya pun tak suka barang menyemak. JD kalo dah tak perlu, memang bagus dilupuskan saja. .

    Bag Ikea tuh dilihat biasa dan tak cantik, tp lumayan juga harganya hahahah

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pemergian dan Perpisahan

Dalam dunia ni ada bermacam cerita kisah suka duka. Hari ni dapat perkhabaran jiran lama kami meninggal disebabkan kanser hati. Kisahnya ber...