Jumaat, Februari 28

Join CBS lagi 23 Feb 2025

Setelah join Car Boots Sale (CBS) pada 16 Feb 2025, sekali lagi saya dapat slot untuk CBS pada 23 Feb 2025. Maka di pagi yang gelap gelita jam 6 pagi, bawa 2 kereta asing ke Putrajaya. Kami singgah solat dulu kat Surau Ar Rahman, Presint 16 tu. Masa ni hujan turun lebat juga. 

Lepas tu, parking kereta kat slot parking yang kami nak. Alhamdulilah dapat secure corner lot kali ni. Nampak banyak juga kereta dah masuk parking. Lot kami ni tak boleh masuk parking. Kena parking tempat lain jadi parking sekejap kat sini untuk unloading barang-barang. 

Dua gambar di bawah ni dari The People's Market ya. 

Hari yang sama juga ada jualan Agro Madani kolaborasi dengan FAMA kat Taman Warisan Pertanian ni.


Ada juga ikan guppy dari kolam rumah kami. Sehari sebelum gigih sauk ikan. Anak-anak ikan pun termasuk sekali kemudian transfer dalam bekas isi kuih ni. Hehe. Kalau banyak anak ikan, kami masukkan lebih sikit la dalam balang ni. 


Corner lot dan belah kiri. Nampak Dania tengah melayan pelanggan nampaknya. Keluarga ni beli 2 novel Bahasa Inggeris Dania dan 1 overall Dania jenama Gap. Overall Gap tu Dania pakai berapa kali je. Untung siapa yang beli. 


Tebal-tebal novel English Dania ni. 


Mulanya rak baju-baju letak kat dalam. Alehnya hubby suruh letak depan sebab orang macam malu nak masuk ke dalam. 


Dah letak depan dah rak baju seluar. Siap bentang picnic blanket lagi bawah pokok. Santai kawan....


Ada kucing tiba-tiba Zoomies pulak. Haih la kucing, siap main2 tarik lapik meja kami lagi. Risau betul la kucing ni. Tiba-tiba Dania kata dia letak kaki je kat picnic blanket ni, lepas tu lepak seluruh badan pulak kat sini. Nampak selesa kan?. Saya letak kerusi healing kat sini sibuk nak datang dekat saya. Saya dok syuhh syuhh. Dania kata kucing pembawa rezeki. 


Budak kecik ni banyak cakap. Ralit tengok ikan-ikan kami. Saya kata ngan adik kecik ni. Ikan kecik ni macam adik la kecik. Dia kata tipu....saya dah besar. Ok...apa-apa je lah ya. 😆


Memang syiok sangat tempat kami ni. Luas pun ya jugak sebab tak boleh masuk kereta. Dalam ni macam tempat kami bersantai je la. 

Ngada kan kucing ni?. 


Tengok la kucing ni sampai ada pelanggan cakap, eh kucing akak ke? Sebab manja sangat dan kucing ni pakai cat collar. 

Kami berkongsi tapak dengan kakak ni dan anaknya. Katanya nak clearkan baju2 anak lelakinya. Macho anak lelakinya tu. Macam pergi gym je. Sebelah akak ni nak clearkan baju-baju anak perempuannya. 😉


Kakak ni beli 2 balang ikan terus. Bukan balang kuih raya ya. Tinggal 6 balang ikan dari 10 yang kami bawa. Banyak pula peminat ikan guppy ni. 


Tapak kami dari arah depan. Tapak yang pertama deret ketiga. Pandai Dania arrange baju ikut warna. Jadi nampak lagi menarik. Nampak owner tapak ni bersantai hehe. 


Suaminya belikan isterinya bunga dari saya. Bila saya nak balut, katanya tak payah. Beli gitu ajer. 


Nampak tak?. Bro ni borong 3 balang terus tapi dia nak ikan dimasukkan dalam satu balang je. Udah dia tolong hubby keluarkan air dan transfer ikan-ikan dalam 1 balang je. 😅. Jam 10.27 pagi habis dah balang ikan. Laku keras. 


Ehem....Dania yang ambikkan gambar. Happy ikan dah habis terjual. 


Lai lai lai bunga gerbera. 


Bila tak ada orang kita santai-santai je la. Hari ni kebetulan cuaca mendung tapi panas juga. 


Adik No. 2 dah datang dengan keluarganya. 


Adik No 3 datang dengan anak yang No. 2. 


Apa-apa hal kita bergambar dulu la ya. 


Rak baju ni beli kat shopee sebab yang sebelum ni dah nak roboh dah kalau orang dok tengok-tengok baju. Hehe.


Seluar Dania ni. 


Anak saudara saya, Adlina dengan bunga-bunga yang dibeli. 


Beli buku agaknya ni. Tak ingat...


Adik-beradik dan anak saudara. Terima kasih sebab datang. Adik-adik saya makan tengahari kat Taman Warisan Pertanian ni dan belikan kakaknya kaya balls dan takoyaki. Kakaknya makan roti krim je dari pagi. Serius tak lalu nak makan pun ya. 

Lepas tu dok borak2 duduk kat picnic blanket tepi pokok. Nampak meriah la kan. Sesambil makan buah limau yang sorang adik beli. Manis betul la. Nasib baik masa saya berborak, hubby dan Dania boleh jaga la kot ada yang nak membeli. 


Alhamdulilah untuk CBS kali ini. Pakaian Dania 12 helai terjual, buku pula 4 buah yang terjual, ikan 10 balang terjual, sticker labubu 2 terjual, ada bunga-bunga terjual dan 1 lapik alas yang terjual juga. Alhamdulilah untuk rezeki dari Allah ini. Kakak sebelah tu cakap busy ya hari ni....entah la maksudnya busy menjual ke, busy berborak. 

Ada juga entah bro mana yang cakap kak ikan habis ke?. Saya kata ya laku keras. Ada juga yang sama-sama menjual dengan saya...anak dia muncung sebab tengok ikan dah habis. Mungkin nak beli lambat sikit la kan. Tengok2 takde rezeki nak beli. Ada juga budak yang ibu ayahnya round dulu sebelum beli terkejut budak tu sebab kata eh....tadi banyak...ni sikit je. Ye lah sementara dia round....ada yang beli balang ikan tu....

Ada juga penjual kat depan tu kata akak tak panas ke?. Saya kata kalau nak bandingkan seminggu sebelum tu lagi panas. Kebetulan 23 Feb 2025 ni mendung cumanya cuaca Malaysia walau mendung pun panas tu ada la kan....cumanya matahari dilindungi awan la. Kalau matahari keluar pasti cuaca panas terik. 

Disebabkan Jualan Agro Madani sampai jam 3 petang, penjual di tapak CBS boleh juga menjual sehingga jam 3 petang. Sepatutnya kami sampai jam 1 petang je. Errr tak tunggu dah. Jam 1 petang kami dah bersiap-siap nak balik dah. Letih sebenarnya. 

Inilah cerita Car Boots Sale kami. 😅. Ada rezeki lepas raya join balik. Boleh la clear apa2 yang patut.





XOXO,
Ezna



 

24 ulasan:

  1. Alhamdulillah ezna rezeki dari CBS kali ni meriah kak ana lihat :)

    BalasPadam
  2. Wahhh..Bestnya mcm ni sis..Sy yg mula plan..sis yg buat dulu..Ape2 pun seronok tengok brng kita trjual kan?Semoga sis dpt join lagi lps ni..=D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Plan dulu, kemudian execute. Bila barang terjual lebih sis pulak haa nak beli ni?. Bukan apa....sis tak percaya je. Hehe.

      Padam
  3. Menariknya dan rasa seronok pulak baca kisah CBS ni. Moga bertambah murah rezekinya.

    BalasPadam
  4. Seronok pulak saya tengok dapat bukak booth macam ni Kak Ezna...
    Ikan Gupi tu laku keras ye...kena jual lagi lepas ni Kak Ezna...ramai rupa-rupanya peminat Ikan Gupi hihi...
    Bunga-bunga n baju-baju Dania tu pun menarik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peminat ikan ni ada rupanya. Ramai yang berkenan sebenarnya.

      Padam
  5. akak bagi idea juga pada saya ni duk pening mcm mana nak clear baju-baju yang baru pakai sekali dua...nak cuba join juga la carboot sale

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada Afzan boleh join kat area berdekatan Afzan.

      Padam
  6. Wahh laris betul ikan gupy...
    Menarik ni kalau org buat event CBS

    BalasPadam
  7. Syoknya ada CBS kat sana. Boleh jual macam2 apa yang ada dah taknak pakai tu masih elok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya boleh jual apa2 yang kita nak let go. Ada juga yang berkenan dengan barangan kita.

      Padam
  8. seronok ikan guppy laris...dulu2 pernah buat CBS juga, tp dekat ofis je.. hihihi...dulu jual baju budak2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jual apa2 yang kita tak perlu lagi. Paling best dapat dari hasil jualan.

      Padam
  9. alhamdulillah..seronoknya..santai2 gitu kan

    BalasPadam
  10. Menarik la dapat join CBS ni...kat Seremban macam xde je...kalau ada nak jugak join

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menariknya kita boleh clear apa yang patut SA.

      Padam
  11. Aiiiihhhh melihat buku2 yg Dania jual saya teringin pula 😍😍😍😍. Berapa Dania jual kak? Tp suka yg bahasa Melayu. Buku cinta pertama itu tebal sangat 👍👍👍😁. Saya nih penyuka buku tebal. Makin tebal, makin suka. Rekor buku yg pernah saya baca 1200an halaman, dan seruuu sangat isi ceritanya.

    Harap2 buku Melayu Dania masih ada kalo saya ke KL hahahah. Nak beli 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dania jual RM10 je kalau buku Cinta Pertama ni Fanny. Kakak simpan la buku ni.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pemergian dan Perpisahan

Dalam dunia ni ada bermacam cerita kisah suka duka. Hari ni dapat perkhabaran jiran lama kami meninggal disebabkan kanser hati. Kisahnya ber...