Selasa, Februari 4

Sarapan pagi di Q Bistro dan 'surat cinta' darimu

Pagi, hari paper first Dania, kami ke Q bistro, Putrajaya. Saya memang akan mencari parking yang proper dan tak parking tepi jalan. Sedia maklum kawasan Putrajaya ni penguatkuasa memang rajin ya. 


Ibu dan anak masih berdua sebab hubby masih di Alor Setar, Kedah. Bersyukur saya boleh memandu dan ada kereta untuk bergerak seorang satu. Kalau ada cuma satu kereta macam mana la ya?. Kalau tak boleh memandu pun masalah juga. Alhamdulilah. Bersyukur juga. 


Dania mulanya order roti pisang tapi pisang habis. Order pula roti planta. 


Saya order roti sarang burung. Aikkkk....burungnya bertelur sebiji ajer?. Selalu ada dua biji telur. 😅


Nak balik, tudia....kan dah cakap penguatkuasa Putrajaya ni rajin. Kereta yang parking sepanjang jalan ni dapat 'surat cinta'. Bersyukur la kita parking tempat yang sepatutnya. Kalau malas, parking ajer tepi jalan ni. Akibatnya, surat cinta pun sampai.  Jangan sebarangan parking kat Putrajaya ni. 


Moga abang ipar dikurniakan kesembuhan....





XOXO,
Ezna

 

14 ulasan:

  1. Oh, terima kasih atas ingatan. Kita nak pergi Putrajaya pertengahan bulan, janji tak parking tepi jalan. Hurmm.. telur dah tinggal sebiji, harganya macam mana, sis? Sama ke turun?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Kadang2 kalau nak pergi Pejabat Kerajaan kat Putrajaya tu kena parking jauh sikit kat tempat parking sepatutnya tapi ada je parking tepi jalan. Jaga2 ya nanti 'surat cinta' sampai. Harga roti canai sarang burung tu macam sama je....huhuhu.

      Padam
  2. alamak..nasib baik Ezna parking di tempat yg betul kannnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Memang parking tempat yang betul. Tak berani parking tepi jalan sebab Penguatkuasa sini aktif.

      Padam
  3. roti planta tk pernh cuba....dh nape 1 biji telur je hehe...lama tk bfast kt q bistro

    BalasPadam
  4. Ye betholll, boss SA dah pernah kena beberapa kali...

    BalasPadam
  5. Boleh memandu dah jadi keperluan sekarang ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul....tapi ada je yang takde lesen memandu. Payah nak gerak ke mana2.

      Padam
  6. Itulah kdg yg bikin kami tak JD sewa mobil tiap ke Malaysia, Krn tak paham masalah parkir. Kuatir kalo ternyata tak bisa parkir di sana, kena Saman pula. JD better sewa driver atau pakai grab lah selama di sana.

    Saya niih laah, tak berani bawa mobil di jakarta. Sebab seraaaam jalanannya kak 🤣🤣. Driver sini macam mantan pembalap semua 😅😂. Better saya pakai taxi kemana2 atau Raka yg drive 🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh tak bawa mobil ya?. Kalau kakak la payah juga tak bawa kereta kan....Dah memang rutin ambik anak sekolah dari Dania tadika lagi.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...