Isnin, Februari 24

Meow dan Kedai Bunga

Masa Dania nak dapat anugerah masa bulan Januari tu, saya nak singgah florist ni tapi tutup pula. Mungkin tutup awal sebab ingat kot jam 8 malam tak tutup lagi. Kalau 2km tu semua bunga tiruan atau bunga yang dikeringkan tapi di sini bunga segar. Pergi sini selepas balik dari 2km Florist. Mulanya nak parking je kat sini sebab nak pergi fotostat sekali...mencari parking sampai membawa ke sini. Haruslah singgah florist ni. 

Selalu, bila lalu sini...Dania selalu nampak kelibat kucing gemuk gebu. Ok jom kita singgah. 


Masuk je florist ni. Ini lagi menggeramkan Dania. Siap ambik gambar lagi. Inilah majikan yang selalu Dania nampak dari luar. 


Di sebalik cermin florist pun ada juga terselit meow warna coklat. Kemain majikan asyik tidur je ya?. Orang datang nak beli bunga ni macam mana?. 😅


Gerbera kat sini. Harganya sangat berpatutan untuk 1 set ni. Saya dah menyukai Gerbera ni semenjak saya menghadiahkan Dania dan kawan-kawan bunga ni masa awal bulan Januari untuk Hari Anugerah Kecemerlangan. Rupanya Gerbera kat sini mengikut warna. Tak tentu juga warna apa yang bakal tiba. Nak yang segar beli la sehari sebelum majlis. Hmmm lepas ni saya gubah sendiri la lebih menjimatkan.


Cantik-cantik bunganya. 


Lagi bunga. Segar-segar nampaknya. 


Putih suci warnanya ni. 


Saya lebih suka bunga hidup berbanding yang tiruan dan yang dikeringkan. Rasa happy dan tenang je tengok bunga-bunga yang cantik berwarna-warni ni. 





XOXO,
Ezna
 

17 ulasan:

  1. Sukanya tengok bunga segar. Di tempat saya ni susah juga nak cari florist. Kalau adapun, tak banyak pilihan bunga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Florist bunga segar ni macam dah kurang dah sekarang ni berbanding zaman saya dulu.

      Padam
  2. Wahhh...Cantik2 fresh flower dekat kedai ni sis...Sy teringin nk pegi kedai 2km tu sis..Hari tu anak sedara dari Perak dtg sane utk borong bunga..Katanya lagi murah dari Ipoh =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh 2km tu macam banyak cawangan juga Niza. Cari yang terdekat. Harga dia memang sangat berpatutan.

      Padam
  3. Cantik² bunga tapi geram tengok si bulus tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunga cantik, bulus tu ya allah rasa nak peluk2 je.

      Padam
  4. comei2 nya anak bulus and bunga2...subhanallah..cantik2 nya

    BalasPadam
  5. Kalo untuk dilihat memang bunga hidup pasti LBH menarik. Tapi tuhlaah, butuh perawatan supaya dia segar lebih lama. Itu yg buat saya tak ada waktu 😂. Jadi alternatifnya mau tak mau pasti bunga tiruan 🤭

    Btw, itu kucing2 tak nak mencakar atau memainkan bunga2 yg ada yaa. Hebaaat. Kucing saya liat tanaman, langsung dikira mainan dia. Habis ditarik sampai cabut dari tanah 🤣

    BalasPadam
  6. bunga hidup memang cantik...
    haisyh, montel2 betul kucing nya

    BalasPadam
  7. Majikan penat fikir idea nak buat bouquet

    BalasPadam
  8. Boleh rambang mata kalau masuk kedai ni ... Dekat Sri Gombak ni tak perasan pula kalau ada florist gini. Sy pun suka bunga² segar, cantik asli la kan

    BalasPadam
  9. best tgk fresh flowers! kat swiss & germany memang merata2 lah jual fresh flowers kat mall yg i singgah

    BalasPadam
  10. Ada majikan di kedai bunga
    Jangan sampai ada bunga yang bau hancing nanti

    BalasPadam
  11. Wanita dan bunga memang x boleh dipisahkan..ye tak..SA suka Lily dan Sunflower, Rose pun suka gak..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pemergian dan Perpisahan

Dalam dunia ni ada bermacam cerita kisah suka duka. Hari ni dapat perkhabaran jiran lama kami meninggal disebabkan kanser hati. Kisahnya ber...