Rabu, Februari 26

Restaurant Che Ta ke tu?

Ni masa saya gi IOI City Mall dengan Dania lepas Dania habis final exam pada 20 Feb 2025. Lepas dah makan kat Boat Noodle tu kami jalan-jalan dulu. 

Ternampak Restoran Rasa Rosz ni. Dania kata Restoran Che Ta. Apa lagi excited la saya nak tengok menunya. Ingat memang Che Ta punyalah. 😅


Macam-macam dalam menunya ni. Senang letak kat luar macam ni. 


Pembuka selera di Rasa Rosz. 


Ini pula pasta. Kalau ada pasta ni memang peminatnya Dania la. 


Siap ada Social Media Content tunjuk influencer review makanan kat Rasa Rosz ni. Rasanya next time boleh la kami singgah sini. Menu dia banyak juga. 


Ok....time ni saya ingatkan memang Che Ta la owner Rasa Rosz ni rupa-rupanya bila google, owner dia ialah Dato' Sri Rozita Ramelan. Mungkin namanya Rozita yang Dania cakap Che Ta yang punya. 😁. Ni Che Ta lain ni Dania.....😅

Bila baca biodata beliau...apa yang membuatkan saya impress ialah part yang ni 'beliau menolak tawaran ke Jepun dan United Kingdom selepas SPM kerana ingin bersama ibunya yang sering sakit.' (Ibunya sakit jantung kongenital). Saya rasa disebabkan pengorbanan kepada ibunya itu yang menyebabkan beliau menjadi ikon usahawan melayu di Malaysia dan jutawan wanita melayu yang berjaya di Malaysia.

Beliau melanjutkan pelajaran di UPM dan mendapat tajaan dari Mara. Beliau juga buat kerja part time di KFC dan hampir keseluruhan gajinya diberikan kepada keluarga. Masa mula2 kerja di Citibank sebagai penasihat kewangan dan pelaburan, beliau meminta izin dengan pegawai atasan untuk berniaga kepak ayam di malam hari. Beliau dikenali oleh rakan sekerjanya dengan nama jolokan 'Rozita Kepak Ayam'. Beliau juga beri duit kepada keluarganya untuk meringankan beban terutama adik2 yang masuk Universiti. 

Kat Citibank pula disebabkan prestasi kerja beliau yang hebat, beliau dinaikkan pangkat untuk menjaga akaun HNWI (High Net Worth Individual) untuk individu yang mempunyai aset melebihi 1 juta. Disebabkan prestasi yang terbaik diberikan oleh beliau, beliau dihantar ke Singapura dan Indonesia untuk menjaga HNWI Indonesia. 

Boleh dijadikan inspirasi juga kan?. Saya rasa berkat doa yang tak putus dari seorang ibu dan ikhlas berbakti kepada keluarganya. 

Ok ni cerita lain pula tapi masih di IOI City Mall. Dania ke Bandai kedai Jepun ni. 


Ada karakter yang Dania minat iaitu Mofusand. Karakter kucing. Ada jual item Mofusand dalam bola dalam mesin ni. Dania tengok je. Tak beli pun. 


Ni lah karakter Mofusand. Pakai topi comel2 makanan ke, buah-buahan ke tak pun pakai topi haiwan. 

Credit : Google

Banyak la karakter anime kat sini. Saya pun memang tak kenal la kecuali Mofusand ni ha....tak pun Hello Kitty & friends. 


Dia ada labelkan macam hobby etc kat sini. 


Lepas tu singgah pula Lotus ni nak beli apa tak ingat tapi eh eh ternampak Park Seo Joon yang jadi duta Milo yang pernah datang Malaysia. Kalau iklan youtube Milo Park Seo Joon ada sebut 'Jom minum Milo'. Duta Magic pun ya jugak dan duta Sketchers. 

Saya juga baru-baru ni ada marathon KDrama Hwarang. Ada la Park Seo Joon yang pegang watak gelaran 'Dog Bird'. Rupanya beliau anak raja kepada Putera Mahkota kerajaan Silla. Ingat kot Evertts Gomes yang berlakon jadi adik Mira Filzah dalam Curang Tanpa Niat. Saya pun ada maraton citer ni. Nanti la saya citer. 


Dalam pukul 3 lebih camtu saya dan Dania pun balik la. 😊





XOXO,
Ezna

 

16 ulasan:

  1. Kagum saya baca biodata Che Ta.
    Betullah, janji Allah itu memang pasti. Hilang satu peluang, 1001 satu rezeki masuk asbab muliakan orang tua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Amie. Sampai berjaya la beliau disebabkan pengorbanan kepada keluarga. Kagum....

      Padam
  2. Ni kalau bdk2 cosplay anime suka kedai bandai ni sis =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah....peminat anime kan? Dania minat Mofusand tu.

      Padam
  3. Kuatnya usaha dia, pemurah pada keluarga, Allah murahkan rezekinya.

    BalasPadam
  4. inspiring kisah che ta tu..boleh jd motivation utk saper2 yg nak jd bisneswoman

    BalasPadam
  5. Kagum dengan kehebatan usahawan wanita yang tak jemu berusaha gigih untuk berjaya.

    BalasPadam
  6. Mofusand ? Aih... uncle tak kenal ni....

    BalasPadam
  7. terinspirasi juga saya dengan kisah Dato' Sri Rozita Ramelan.....saya belum mampu untuk berbuat demikian

    BalasPadam
  8. Hebatnya Che Ta ini berkorban demi ibu dan keluarga. Berkat duit gajinya tu sampai Allah ganda2kan untuk dia

    BalasPadam
  9. Eh makin banyak plak restoran baru buka kat ioi tu..nak kena terjah ke apa ni kan...betul doa seorang ibu untuk anak berjaya kan...

    BalasPadam
  10. Oh HNWI di Citibank sama dengan di HSBC yaa. USD 1 juta. dulu tiap tahun saya harus mereview nasabah2 HNWI di cabang saya. Bukan mudah, Krn mereka merasa uang banyak JD tak suka ditanya2. Padahal tetap harus dilakukan KYC atau update data tiap tahun . Sebab utk menghindari money laundering

    Saya dah tak kenal kartun2 anak skr lah. Mofusand ini baru tahu setelah baca tulisan kakak 😁

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pemergian dan Perpisahan

Dalam dunia ni ada bermacam cerita kisah suka duka. Hari ni dapat perkhabaran jiran lama kami meninggal disebabkan kanser hati. Kisahnya ber...