Makan tengahari kat luar je sebab nak beli groceries sikit kat Tesco dalam IOI City Mall tu. Hubby awal pagi dalam jam 5 pagi dah bertolak ke Alor Setar sebab abangnya sakit. Kritikal juga sebenarnya. Kami tak dapat turut serta sebab Dania nak final exam dah Isnin & Selasa just in case apa-apa berlaku kan.
Berdua je la kita ya Dania. Macam tak biasa. Kami ke Secret Recipe. 😊
Lama tak makan carrot cake ni. Rajin staff ukir 'smile' kat pinggan ni.
Sama je Dania dan saya order Tomyum Kung.
Saya dengan pangku beg shopping lagi haa....senang nak shopping groceries nanti. Tak payah la beli plastik. Meja kami ni memang sesuai untuk berdua tapi bila banyak sangat atas ni jadi kecik pulak.
Lepas makan, singgah Tesco. Nampak Lekio Bunga ni. Masak apa ni?. Serius tak pernah nampak bunga ni.
Nak mencari cheese nak buat Mac & Cheese nanti dan nak buat wrap. Masa Dania exam ni plan nak masak yang simple tapi berkhasiat la.
Dania tukang tolak troli belian dan tukang scan item kat mesin bayar sendiri. Tukang bayar siapa lagi? Hehehe.
We 💜 You Ayah / Abang. Moga selamat perjalanan balik nanti...mungkin sehari dua hari kot kat Kedah.
XOXO,
Ezna
semoga yang baik2 je buat abang suami kak ezz...
BalasPadamgood luck untuk exam dania
Latest update dah stabil. :) Terima kasih mendoakan.
PadamSyafahullah utk abg iparnya 🤲🏻
BalasPadamLekio tu nampak mcm asparagus, ke bukan? Tak pernah jumpa/beli...
Terima kasih PH. Lekio tu macam bukan pulak asparagus tapi bila google bunga leek. Leek ni keluarga bawang.
PadamStaf yang tulis smile tu lelaki atau perempuan? Kalau lelaki, kot dia berkenan dengan Dania 😁
BalasPadamNampak macam asparagus, beza eh dengan lekio.
Lelaki sebab semua lelaki Ujie. Bila google bunga leek. Leek ni keluarga bawang.
PadamSeronok dating berdua. Teringat zaman dulu2 Cuya dan ibu akan naik bas pergi shopping sama2... Kenangan
BalasPadamSweet pulak bila ingat kisah lama2 ya Cuya....
Padamcarrot cake tu my fav, tiba2 terasa craving lps tgk pic u ni ezz hahhah
BalasPadamI pun dah lama tak makan carrot cake ni Suzz.....I yang suka. Dania suka cake lain.
PadamSedapnyer udang dalam tomyam tu
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan hb dan Abang Ipar Kak Ezna, Aamiin..
BalasPadamgeng la kita...MA pun now berdua je ngan Iris...
BalasPadamdap plak tom yam tu
SA rasa macam dah lama plak x spend time berdua ngan Dania...syafakillah buat abg ipar Ezna
BalasPadamSemoga cepat pulih dan sembuh lagi abangnya suami kakak yaaa.
BalasPadamSaya jadi nak juga sesekali jalan berdua dengan fylly 😄. Selama ini kalo jalan selalu ber4 atau ber 3 😄