Selasa, Februari 25

FOMO handbag Brïk.?

Dania memang berkenan dengan bag ni. Ummi ada beli satu untuk Dania sebelum ni tapi bersaiz kecik. Comel nau saiznya. Ni Petite Chroma in Dark Denim dalam Denim series. Dah masuk dalam kategori FOMO ke ni? 'Fear of Missing Out'?. Masa beli ni surprise dari Ummi sebenarnya. Dania tak tahu.


Kali ni bila Brïk buka pembelian online maka, saya pun battle la untuk belikan untuk Dania beg yang besar sikit. Sporting ummi pun ya. 😅. Pada 21 Feb 2025 jam 9 malam dibuka untuk pembelian. Website di bybrik.com 

Pilihan Dania yang pertama Upsized Chroma in Sangria tapi dah sold out pula jadi pilihan warna yang seakan sama ialah Cherry. Material agak berkilat. Saya rasa seakan ala ala Candy Bag jenama Furla yang pernah mereka keluarkan dulu. 

Sebelum ni jadi viral sebab Brïk buka pop up store di Semua House alehnya sebab ramai sangat yang beratur beli, disuruh balik pulak yang belakang-belakang tu. Ada pula yang sanggup beratur berjam-jam. Dah jadi macam fenomena tudung Fareeda dulu pulak. Kali ni ummi sanggup battle online je ya. Tak sanggup nak beratur nun kat Semua House KL nun. 

Setelah tunggu di talian selama 15 minit, akhirnya baru dapat membayar. Selagi tak bayar, selagi tu barang ni bukan jadi hak milik kita walaupun dalam cart. Ok selamat check out dan warna Cherry ni jadi hak milik Dania. 😊. Kalau tengok lepas tu banyak dah sold out. 

Credit : Brïk

Bentuk beg ni bila dibuka seperti di bawah. 

Credit : Brïk

Dania nak warna Sangria tu tapi dah sold out jadi Cherry pun jadilah. 

Ada je design macam ni tapi tak berkilat jenis matte. Boleh la ke website Brïk. 


Credit : Brïk

Ada sesiapa lagi dah pernah beli brand Brïk ni?. Anak-anak muda zaman sekarang ni selalunya suka la brand ni. Zaman saya dah berlalu dah jadi sekarang ni zaman anak je la. 

Belajar rajin-rajin ok Dania?. 






XOXO,
Ezna



 

12 ulasan:

  1. Alahai comey sis layan kehendak Dania...Sy x pernah ade bag dr brand ini..Hrp2 che mek x nmpk bag ni & mintak dkt sy XD

    BalasPadam
  2. Kita pun macam berkenan rekabentuk dia cuma tak berkenan tang berkilat tu.

    BalasPadam
  3. comel je beg nie..kak M belum besar lagi...lepas tu, selalu jugak tak bawak beg yang ada...jadi, pakai je mana ada dulu...kikiki

    BalasPadam
  4. Cuba la nasib nak beli online..tiba bab nak bayar hang...xde rezeki bila yang SA berkenan nak hadiahkan kat adik tu sold out...erm..xde rezeki nampaknya...

    BalasPadam
  5. cute betul! memang sesuai utk remaja ;)

    BalasPadam
  6. Warna biru tu cantik lah... nampak elegant

    BalasPadam
  7. saya teringin nak ada satu bag brik ni, comel sangat. kaler cherry tu cantiklah. saya minat yg tu, tapi kat website dah sold out kaler tu

    kalau saya pun tak sanggup beratur berjam-jam utk benda2 FOMO ni. takpela, kita sanggup je beli kat website walaupun lambat sikit kan hehe

    BalasPadam
  8. Beg yg buat ramai beratur tu ye... PH pun dah lepas fasa nak beli² bag ni. Tunggu sikit hari lagi Kakak besar sikit bolehlah layan dia beli bag etc...
    Lawa, nanti posing dgn bag tu ye Dania :D

    BalasPadam
  9. wahhh beg ni la org beratur pnjg tu kan? bestnya dania dpt beg! hehehe

    BalasPadam
  10. Orang rumah saya peminat beg juga...pakai dua tiga bulan dan lepas tu hadiahkan dengan anak-anak buah

    BalasPadam
  11. Comel memang. Tp kita sama kak. Masa2 nak koleksi aneka macam tas, sampai rela antri, udh bukan prioritas saya lagi. Sudah tak tertarik . Skr ini kalo beli tas pasti nya saya pilih fungsi Saja. Kalo tas lama msh bagus, agak sayang membeli tas baru.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pemergian dan Perpisahan

Dalam dunia ni ada bermacam cerita kisah suka duka. Hari ni dapat perkhabaran jiran lama kami meninggal disebabkan kanser hati. Kisahnya ber...