Sabtu, Februari 1

Pokok-pokok di halaman rumah

Lepas balik breakfast sempat la membelek pokok-pokok. Rasa tenang je bila tengok pokok-pokok yang menghijau ni. Bila tengok ke langit pula, nampaknya cuaca sangat baik pagi ni. 


Rimbun sungguh pokok sepit udang ni. Kalau dah banyak sangat nanti akan ditebang sikit supaya populasi dia takde la banyak sangat. Pokok jenis beranak ni. 

Nampak tak pokok palma batang gemuk tu?. Dikorek dari tanah kat rumah lama dan dibawa naik kereta dan ditanam pula kat sini. Alhamdulilah sihat dia. Kalau nak beli sebesar ni kat nursery mahal harganya. Hubby sayang tu pasal bawa ke sini. Daunnya pula ala ala kipas. 


Pokok betik ni hari tu tengok putik keluar satu je....bila tengok balik banyak putik keluar la...alhamdulilah...moga banyak la buahnya nanti. Saya sibuk nak ambik pucuk betik ni...hubby kata dah berbuah baru ambik. Dia takut pokok ni mati 😅


Pokok betik ni nak sama tinggi dengan bumbung di porch dah. Sebelah palma tu pokok kemboja yang rajin berbunga. Pokok kemboja ni pula lagi tinggi daripada bumbung porch. Kadang-kadang kalau ada monyet yang terlepas...dipatah-patahnya ranting pokok kemboja ni. Notty derang ni. 

Pokok betik ni la yang tumbuh 'magic' ni. Entah haiwan apa yang membawa biji benihnya. 


Ada je yang tak berkenan dengan pokok-pokok ni contohnya ada jiran saya ni. Saya ada bagi pokok kemboja ni. Dah berbunga dah kat kawasan rumah dia. Dibuangnya pokok kemboja tu. Ada pokok serai pun dibuangnya serai tu. Hubby minta serai yang dibuang tu untuk ditanam kat belakang rumah....ha kau....sihat pokok serai yang dibuang tu ditanam kat belakang rumah saya. 

Kat belakang ada pokok mempelam, kelapa, rambutan budak sekolah, ubi kayu kerinting, pokok cekur manis dan pokok nangka madu, serai, pokok kari (jenis tinggi), nanas dan pandan. 

Tepi pula ada pokok bunga kantan, pokok kemboja, pokok puding (yang orang negeri sembilan masuk dalam rendang. Saya tak pernah buat lagi). Ada juga bunga memanjat thunbergia warna purple dan bunga kesidang warna putih dibiarkan menjalar kat bumbung tepi. Bunga kesidang atau kerak nasi ni bau dia wangi ala ala daun pandan. 

Kalau kat depan sebelah dengan tembok jiran pula sepanjang tu ada pokok puding warna merah halus. Meninggi je pokok ni nampaknya. Ada juga bunga raya warna kuning.





XOXO,
Ezna



 

16 ulasan:

  1. Besar kawasan rumah Ena ni, boleh tanam pelbagai jenis pokok.
    Sy suka gardening, terapi juga sebenarnya kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gardening terapi tu betul. Menenangkan jiwa time kita tengah kusut. Apatah lagi tengok hijau je.

      Padam
  2. Luas tanah rumah kak ezna.. Banyak pokok boleh tanam tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila banyak pokok boleh tanam, daun pun banyak yang gugur juga....

      Padam
    2. daun yg byk gugur tu yg tak rajinnnn nak kemasss hehehe

      Padam
  3. Balasan
    1. Seronok....boleh jadi aktiviti santai berkebun pulak nanti.

      Padam
  4. Bestnya banyak pokok2 kat luar rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Udara segar dan nyaman juga boleh melindungi dari angin yang kuat gak Cie.

      Padam
  5. bestnya rumah u byk pokok2 tu ezz...green view sgt!!! kebetulan ptg semlm i buat ops buang pokok pandan sbb dh semak terlalu byk kat my mini garden tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. You ok lagi...nak kemaskan pandan you. Jiran I macam satu pokok pun takde. Semua ditebangnya termasuk pokok kemboja I bagi yang dah berbunga....

      Padam
  6. Subur pokok² nya tu Ezna.
    Rajin menanam eh.
    Ada je orang yang terlalu minimalist taknak serabut dengan pokok².

    BalasPadam
  7. wahhh best nyaaa ada pokok nangka maduuuuuuu
    bila agaknya berbuah tu ya ;-)

    BalasPadam
  8. saya dah buang semua pokok bunga sepit udang tu. susah nak jaga. Jadi sarang semut la.. lepas tu tunggul yang tua tu susah betul nak buang.

    BalasPadam
  9. Besar kawasan rumah u Ezna....seronok macam2 boleh tanam

    BalasPadam
  10. Kenapa malah dia buang yaaa. Tak suka gardening apa Jiran kakak itu? Saya memang tak ada gardening Krn rumah tak pakai halaman. Tp mama saya sukaaaa sangat. Makanya rumah mama yg di Aceh dan Medan, halaman dibuat luas, Krn utk tanaman2 mama. Kalau tangan hijau dan dingin, apapun yg ditanam berbunga 😄👍

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cara tukar program bacelor di UPM

Setelah selesai 2 semester di UPM @ 1 tahun, please alert dengan iklan Permohonan Pertukaran Program di SMP (Sistem Maklumat Pelajar) ya. P...