Ahad, Februari 23

Chef Kecik Boulangerie

Masa nak pergi rumah Zalilah, tiba-tiba ternampak Chef Kecik Boulangerie ni. Terletak kat tepi jalan je. Itu yang ternampak tu. Laaa kat sini ke rupanya?. Saya tahu Chef Kecik ni sebab tengok blog Mama Tisya https://mamatisya.blogspot.com/ So apa lagi, bila balik, saya dan Dania singgah la kat sini. 😅


Ni waktu operasinya. Saya pergi ni di @ Se.Duduk Square, Kajang.


Bila tiba sini, Dania pun dah excited. 


Bila tengok macam-macam yang dipamerkan di sebalik cermin ni. 


Cinnamon Roll ni saya tapau 2. 


Since Zalilah dah bagi kek, jadi saya tak beli kek. 


New York Pistachio beli 1 dan Apple Crumble pun 1. 


Kalau nak makan kat dalam ni pun selesa je tapi sebab dah petang nak sampai cepat kat rumah. 


Chocolate Kunafa ni harganya mahal juga kat sini. Mungkin guna bahan-bahan premium la kan. tu sebab harganya premium juga. 


Puding Crossant pun ada. 


Total belian saya. Dah dapat potongan 50% off untuk yang saya beli kecuali Cinnamon Roll. Maybe ada shelf live la kot. Bila dekat2 nak tamat....dapat la harga murah sikit. Saya beli pun dekat2 Chef Kecik Boulangerie ni nak tutup. 

Hubby kata amboi...banyaknya beli. 😆. Geram tengoknya Abang....kalau boleh Ena nak beli semua 😝


Selesa je nak makan kat dalam ke kat luar ke. 


Kat luar ni ada buaian yang striking warnanya ni. 


Amboi seronoknya berbuai kat sini ya. 


Close up Butter Croissant. 


New York Croissant perisa Pistachio. 


Apple Crumble ni sedap saya suka. 


Cinnamon Roll ni wangi betul. Sedap makan masa panas jadi bila balik kena panaskan selama 30 saat dalam microwave. 


Chef Kecik Boulangerie
Se.Duduk Square, Jalan Kajang Villa,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. 

Chef Kecik ni ada dua lagi cawangan di Bukit Bintang dan Eco Majestic. Peminat pastry dan cake boleh la cuba kat mana2 cawangan ni.





XOXO,
Ezna


 

8 ulasan:

  1. Selalu nampak sebelum ni kat medsos, bestnya kalau dia buka cawangan kat JB.

    BalasPadam
  2. semua pun nampak sedap tu ezz!! ni i try slow2 BW sambil2 pilih pics utk entry swiss..ada dekat 2k pics laa rupanyaaa

    BalasPadam
  3. ugh, semuanya menarik utk di coba. lawan dgn coffee latte pula.

    BalasPadam
  4. semua nampak sedap.. wah, bestnya ada buai kat luar nya

    BalasPadam
  5. Wangi sampai ke sini Kak Ezna hihi...

    BalasPadam
  6. Wahhh..Semua nmpk sedap & buat sy terliur =q

    BalasPadam
  7. Darj semuanya, cuma cromboloni yg saya tak suka. 😁. Lainnya oke. Terlebih croissant, sukaaa sangat. Yg rasa butter tuh sedaaap. Kalo dah diisi Macam2, saya justru kurang suka.

    Nantilah nak coba kesini pas sept. Kalo teman saya yg suka dessert jadi ikut, dia pasti senang makan di sini. Krn memang hobinya dessert

    BalasPadam
  8. mmg sedap2 belaka pastries chefkecik...rindunya.....best tu dpt byk diskaun

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pemergian dan Perpisahan

Dalam dunia ni ada bermacam cerita kisah suka duka. Hari ni dapat perkhabaran jiran lama kami meninggal disebabkan kanser hati. Kisahnya ber...