Jumaat, Februari 21

Karnival Wilayah Persekutuan di Putrajaya

Masa weekend, kami ada ke sini. 


Ramai yang berpiknik kat tengah ni. 


Pengunjung ramainya kat area sini....mungkin sebab ada Karnival Wilayah Persekutuan agaknya. 


Masa nak melintas jalan, ternampak kereta KDN. 


Saya nak singgah sini. Jom tengok apa yang ada. 


Sebelum tu, ada juga jualan kembali ke sekolah oleh Mydin. 


Dah beli ke kelengkapan masuk sekolah?. Macam saya dulu suka prepare awal2. Saya tak suka nak bersesak-sesak sangat. Suka suasana tenang je masa membeli. 


Ni meja kecik kat lantai tu. 


Ni pula gerai kat Jelajah Makanan. 


Jangan ada hantu kat sebelah udah le. 


Haaa tudia umat manusia dalam ni. Mula dah rasa tak selesa tapi Dania mencari-cari apa yang nak dibeli. 


Saya pulak teringin nak makan cempedak goreng. 9 biji = RM15. Fuhhh mahal juga ya. Hubby beli juga. Selalunya bab makanan, walau mahal tetap akan diusahakan untuk beli. Dapat sedikit pun ok je. Janji lepas rasa teringin tu. 


Orang kedai ni suruh saya rasa buah cempedak. Memang manis. Ambil la seulas nak rasa. 


Tanghulu ni ala ala makanan Korea kan?. Buah-buahan yang disalut gula. 


Dapat juga saya meja makan kat tengah ni. Kebanyakkan memang ada orang je. Dapat la makan cempedak goreng. Bila makan, berserat buah cempedak ni. 


Couple sebelah saya. Isterinya tengah menyusu anak, suaminya menyuapkan isterinya makan. Bagus betul couple ni. Mana yang baik dijadikan contoh. 


Dania order air matcha. 


Tiba-tiba lampu dan kipas dimatikan. Riuh pulak dalam ni. Saya rasa sebagai tanda dah habis dah event ni. Nak bagi orang cepat-cepat balik. Masih ada gerai yang memasak lagi menyiapkan pesanan pengunjung. Hari ni 9 Februari, event ni habis jam 5 petang. Tapi ni dah dalam 6 lebih camtu. 


Cantik Istana Kehakiman ni. Nampak klasik je bangunan ni. 


 Moh la balik....event dah habis dah. 





XOXO,
Ezna

8 ulasan:

  1. Seronok juga kalau makan2 'macam ni. Lama tak pergi event yang sebegini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak cari makanan yang unik atau yang kita suka boleh gi event ni cumanya pengunjung punyalah ramai Cuya.

      Padam
  2. Sedap cempedak tu...Mahai tu sis =D..Sy pernah beli by biji...Byk ulas jgk dpt time tu...Puas hati mkn =D

    BalasPadam
  3. Nak pergi tapi tak sempat. Sekarang makanan yang dijual di karnival2, food fair memang agak mahal kan. Betul jugak kata penjual, sewa tapak mahal.

    BalasPadam
  4. sampai habis event uols dlm tu ye, gigih betul ni. seronok melihatnya.

    BalasPadam
  5. Sukaaaa lihat suami istri yg saling support dan pengertian macam tuh. Suaminya pasti care sangat mau menyuapi istri ❤️❤️❤️❤️.

    Mahal juga cempedak gorengnya kak, mungkin Krn sewa di sana juga tinggi kan. Teringat cempedak langganan saya di Penang sebiji 1rm. Eh tapi bisa jadi dah naik 🤣

    BalasPadam
  6. meriah betul event gini! i sejak umur late 40s ni dh tak de mood nak gi event2 la ezz

    BalasPadam
  7. Berbaloi tak Kak Ezna cempedak goreng tu?saya tengok macam berbaloi hihi...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pemergian dan Perpisahan

Dalam dunia ni ada bermacam cerita kisah suka duka. Hari ni dapat perkhabaran jiran lama kami meninggal disebabkan kanser hati. Kisahnya ber...