Saya nak ke Jabatan Akauntan Negara, Putrajaya untuk membuat tuntutan wang tak dituntut. Dah check ke?. Boleh ke laman web https://egumis.anm.gov.my/ kalau nak check kot la ada wang yang tak dituntut.
Dekat tingkat bawah, kena ambil pas pelawat dari pegawai keselamatan untuk ke Tingkat 1. Kemudian saya ambil tiket no giliran Semakan Wang Tak Dituntut.
Sila pastikan pakai yang sopan ya. Tak boleh pakai seluar pendek nak ke Pejabat Kerajaan. Ada uncle cina tidak dibenarkan naik ke atas sebab pakai seluar pendek. Pastikan juga kasut juga jenis bertutup.
Sebelum tu memang dah kena prepare 2 item ni ya.
1. Fotostat IC depan dan belakang.
2. Penyata bank anda yang masih aktif.
Pas pelawat dan no giliran. Ada 8 orang je kat depan saya ni.
Nak tunggu giliran saya dalam 30 minit jugak la. Selesai semua dalam 45 minit. Kaunter ada 3 tapi nak layan setiap orang tu lama sikit.
Ada satu tuntutan saya yang kena dapatkan surat dari pihak bank ****. Bila dah dapat tu kena submit semula di sini dan balik semula ambil no giliran ya 😅. Boleh pilih untuk tuntut apa yang boleh atau nak tuntut semua sekali selepas dapat surat dari pihak bank ****. Saya memilih untuk tuntut apa yang boleh dulu. Tuntutan yang satu tu kemudian la buatnya. Ada la dalam RM100++ tuntutan wang tak dituntut saya ni. Ada kawan hubby sampai RM2000 wang tak dituntut beliau ya...ada orang kat kaunter masa saya tunggu giliran tu boleh tuntut sehingga RM1000. Jadi, check la link kat atas tu. Mana tahu ada wang kita yang tak dituntut lagi.
Dulu sebenarnya saya pernah nak tuntut wang ni siap ke Jabatan Akauntan Negara. Permohonan saya rejected sebab masalah satu bank ni la format surat dia bagi tak sama macam Jabatan Akauntan Negara nak. Saya dah beritahu bank ni suruh ikut format. Tak ikut kome....😞. Lepas tu saya malas dah nak pergi bank tu balik....
Kali ni bila Jabatan Akauntan Negara dah longgarkan yang kita boleh tuntut apa yang boleh dituntut dulu. Yang tak boleh dituntut boleh buat kemudian. Kalau dulu, semua docs complete baru boleh buat.
Oh ya...duit akan dimasukkan ke dalam akaun kita dalam tempoh 1 bulan. 😅 Lamanya ya tapi takpelah dah settle la satu hal...cuma tuntutan RM30++ dari satu bank tu nak kena minta dulu suratnya...
***Hari ni Dania ada paper keempat final iaitu Turkish Language 1. Moga dipermudah urusan. Sebelum ni dah ada listening & speaking test dah.
***Update terkini...
(Tuntut wang tak dituntut : 28 Jan 2025 / Wang tak dituntut masuk akaun : 3 Mac 2025).
XOXO,
Ezna
Kalau tuntut online pun boleh kan?hari tu pernah cek je.. Tak pernah lah tuntut lagi
BalasPadamBest dpt claim duit tu..i pernah check online, rasanya ada dlm rm15 gitu..then bila submit claim, tak dpt plak, ada apa ntah document tak complete, lps tu i mls dah🤣🥹
BalasPadamByk jgk tu sis...Sy dah claim bbrp tahun dulu..Ade la dlm RM200++...=)
BalasPadammacam xde tapi nak check la..mana tau ada plak kan
BalasPadamBetul...hari tu ada part yg MA x tuntut sbb dokumen nya mcm2 sgt...nasib yg satu tu amount nya beribu juga...alhamdulillah dipermudahkan
BalasPadamAgak kurang paham saya dengan yg dimaksud. Sebab rasanya tak ada yg begini di sini 😄. Tapi kalo memang kita berhak claimed, pastilah saya claimed juga, walaupun saya lihat dulu nominalnya. Kalo kayak kak Suz yg bilang hanya RM15, dah lah ikhlaskan aja.. rasa tak worth it dengan procedure dan jumlahnya 😅
BalasPadamok ezz, done khatam BW all ur entries yayyyy
BalasPadam