Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, February 21

Gold Coast QLD - Coolangatta QLD - New South Wales 13 Feb 2013

Pagi ni lepas me dah siap masak-masak, Kami pergi ke Woolworths nak gi beli roti etc. Balik je hotel, hubby basuh baju kat laundry hotel dengan AUD5 wash + dry dan 50 cents untuk sabun basuh yang kena beli kat reception counter. Me teman Dania yang sibuk nak mandi pool. Panas-panas gini mandi pool adalah sangat cool.



Nampak Superduck ni. Me dah pernah try masa gi Singapore jadi me just ambik naik cruise ajer.


Nak beli tiket theme park boleh beli kat sini.


Ni ler cruise yang me ambik. AUD35 untuk dewasa dan AUD19 untuk kanak-kanak.


Eye on Surfer Paradise opposite dengan hotel kami. Malam lagi cantik Ferris Wheel ni.





Dari swimming pool boleh nampak Nerang River.


Settle semua, solat dulu di Gold Coast Mosque yang terletak di area nama Arundel. Lebih kurang 30 minit dari Surfer Paradise. Hubby kata ada label tin derma kat tabung derma masjid ni. :-)


We alls ke Coolangatta. Lebih kurang 40 minit perjalanan dari Surfer Paradise.


Cantik beach Kirra ni. Pasir putih bersih. Anjing tak boleh bawa kat kawasan beach ni. Seram me tengok kalau ada anjing-anjing ni.


Type kat GPS nak gi New South Wales. NSW ni negeri sempadan Queensland. Masuk ajer border NSW, GPS kata dah masuk time Sydney so 1 jam awal dari Queensland. Kalau lama lagi kami kat bumi Aussie ni, nak jugak drive sampai ke Sydney. Sydney lagi 800++km. Kalau balik Kedah 500++km. Cuma tambah lagi 300++ dah sampai Sydney. Nak cepat naik flight ler.


Pantai kat sini me rasa cantik sebab ada island kat belakang tu. Ada mat saleh yang tengah jalan dengan anak dier offer nak ambik gambar kami. Baik sungguh mat saleh tu. Agaknya sebab tengok foreigner kot. Our tripod pulak we alls ambik sehari selepas kejadian. Guess what? Habis skru tercabut dan tripod bengkok. Dah tak boleh guna lagi. Nasib ada lagi satu tripod lagi video camera.


Kawasan berbatu kat sini.


Unik juga kat sini sebab batu-batu ni dipenuhi lumut. Dania yang tukang ambik gambar :-)


Singgah isi minyak kat stesyen minyak Go.


Lepas tu drive balik area Queensland kat Coolangatta. Masa bertukar lewat sejam dari Sydney time. Now dah tukar Brisbane time. Singgah kat Eagle Lookout. Panorama kat tempat tinggi sini memukau. We alls makan kat meja dan kerusi kayu yang disediakan.


Ada kerusi nak tengok sunset pun boleh.


Inilah kawasannya.......saujana mata memandang......


Me kalau travel, duit me habis untuk sight seeing. Me tak shopping sangat. Ada la me beli souvenir tapi sikit ajer....:-)

8 comments:

  1. pic kat pantai tu tersgt cantik!!!!!♡

    ReplyDelete
    Replies
    1. me pun suka gambar tu ♡ ♡ ♡ Kat New South Wales tu.....border negeri Queensland :-)

      Delete
  2. cantek2 gambar u berPS....
    suwiit gambar u ngan hubby

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tq devi :-) u pun kalau ambik photo cun jugak. i suka tengok :-)

      Delete
  4. Nice view.. Indahnya pemandangan.. Suka gambar Kak Ezna dan suami.. so romantic!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya nak bergambar berdua gitu payah sikit lar sebab tripod takde. Nak tak nak soh la anak yang ambik gambar....hehehe :-)

      Delete