Sehari selepas berjumpa dengan Fanny....saya rasa saya perlu jumpa Fanny lagi ni sebab apa....(nanti saya explain)
Pagi tu disebabkan Fanny nak naik shuttle ke KLIA jam 1 pm, jadi saya lari kejap kat Rumah Kueh Kak Zu nak belikan sedikit kuih melayu. Kemudian ke IOI City Mall. Dah parking siap....lari kejap ke Typo dalam ni. Zas Zas Zas....dah tahu dah apa yang nak dibeli. Kena pantas ya.
Kemudian, barulah call Fanny. Ingat Fanny dalam bilik. Rupanya kat Oriental Kopi baru je habis makan. Nasib baik la saya tahu Oriental Kopi tu kat mana. Saya minta Fanny tunggu sekejap. Ok....dah jumpa dah kena wefie lagi. Saya cakap dengan Raka, hari datang Fanny cantik. Nak balik pun Fanny cantik....hehe.
Sekejap je la cakapnya pun sebab saya tak nak kacau kalau Fanny dan Raka nak last minute shopping sebelum mereka ke Bandara.
Nak letak sini apa yang diberi jadi next time boleh bagi hadiah yang lain. Kita ni kan lupa....kang terbeli barang yang sama. 😅. Ada la sikit hadiah untuk Fylly dan adiknya. Kuih-muih pula 2 packed untuk Fanny dan Raka. Maaf tunggang langgang dah kuihnya tu....senyum Fanny terima hadiah buat anak2. Ibu mana tak senyum jika dapat hadiah untuk anak2 kan?.
Saya sebenarnya terkejut dan terharu dalam pada masa yang sama tengok hadiah ulangtahun Dania tu. Banyak ya sampai 6 item jadi saya rasa kena juga bagi extra untuk Fanny walaupun saya rasa hadiah saya ni kecik je nak dibandingkan dengan hadiah Fanny untuk Dania. Itulah sebabnya saya perlu jumpa Fanny lagi walaupun sekejap.


Cantiknya Fanny. Saya pun rasa segan, sebab terima hadiah dari Fanny, rasa amat berharga dan susah-susah je. Semoga murah rezeki Fanny. Seronok dapat berjumpa depan mata. Alhamdulillah.
BalasPadamPernah cakap Fanny ada iras Laudya Cynthia Bella. Manisnya sama. Moga murah rezeki Fanny lagi ya....barang yang dihantar buat teman2 blogger pun bukannya kecil. Nampak beberapa barang dalam satu bungkusan. Akak tahu sebab akak ke pejabat pos mini sekali.
Padam