Khamis, Februari 21

Khema Nan and Chicken Biryani kat Gold Coast Aussie best ke?

Masa kat Surfer Paradise, me ada gi makan kat kedai Indian Moghul Restaurant. Nama Restaurant ni Sher e Punjab. Ada tanda halal di Restaurant ye. Restoran Sher e Punjab ni opposite Golden Legends Malaysian Seafood Restaurant yang terletak bawah Hotel Mantra Legends. Restaurant Legends ni ada serve arak yek. Sher e Punjab ni takde serve arak.

Me order Khema Nan. Nan ni ada inti daging kambing. Me yang tak suka kambing pun suka Khema Nan ni. Ala-ala murtabak pun ada sebab ada inti kan.....rupanya macam Nan biasa ajer. 


Chicken Biryani 1 mangkuk. Me order yang pedas moderate ajer. Ada mild dan hot jugak. Dalam biryani ni ada banyak ayam.


Air order sky juice ajer. Air sky juice kat sini free ajer. Kalau kat Malaysia ada yang free ada yang kena bayar kan. Waiter cam terkejut sebab order sikit. Nak makan untuk 3 orang. Tapi....percaya atau tidak....kenyang order ni ajer untuk 3 beranak ni. Nasi punya portion ni nampak ajer sikit dalam mangkuk kecik ni tapi rupanya, boleh bertambah lagi. Makan dengan Khema Nan memang kenyang 3 beranak....alhamdulilah.

Tetiba cam terasa nak makan Khema Nan ni camno ek?....hehehe ;-)

3 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kisah food fest dan berjumpa ramai kawan-kawan

Lepas ambik Dania, kami nak ke Bangunan Canselori sebab nak tukar kad siswa RHB Dania yang takde gambar dan program pengajian pun dah bertuk...