Tuesday, February 19

Gold Coast 10 Feb 2013

Hari kedua kat Gold Coast, lepas breakfast kat hotel, terus menuju ke Movie World. Berpandukan GPS Tom Tom yang siap bawak kat sini. Hubby me download online kat website Tom Tom ni peta Australia. Kalau nak sewa kereta sekali GPS harganya mahal la sikit. 

Kereta kami park dekat je ngan entrance ticket booth.

   
Kasut yang sesuai adalah digalakkan yer. Mat Saleh me tengok pakai selipar ajer. 


Mr Tripod ambik gambar kami bertiga.


Actually me ambik pakej VIP. So boleh guna sehingga 30 Jun 2013 nak masuk ke sini. Sebenarnya me beli VIP sebab kalau beli tiket sehari ke Movie World dan Seaworld lagi mahal dari beli tiket VIP ni yang boleh masuk ke Movie World + Wet N Wild + Seaworld unlimited entries sehingga 30 Jun 2013.


First stop tengok 4D cerita Ice Age.


Near main stage.


Singgah sini sebab Dania teruja nak ke sini. After all budak2 yang excited kan...Errr me pun excited...hihihi...


Suka bebeno Dania naik ni. Err rasanya berkali-kali beratur kat sini.


Tetiba keluar Daffy Duck dan Bugs Bunny.



Ok...sambung main kat sini pulak.In between ada lunch jugak Sesiap bawak nasi + sambal tumis yang masak kat Apt.


Bumper car.


Anak-anak mat saleh main air kat sini. Time me pergi ni summer so cuaca panas terik.


Ok.....kami pun ke sini. Ingatkan coaster yang biasa biasa ajer....sekali.................at first beratur kat dalam spooky castle ni. Lepas tu naik kereta yang boleh muat 4 orang. Ingat macam ala ala tembak-tembak mummy macam kat Legoland. Sekali tembak-tembak memang takde. Lalu dalam castle tu dengan imej 3D karakter Scooby Doo. Dalam castle tu gelap. Me pun ala ala cuak. Tiba-tiba kena naik cam lif. Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..............................dang........ada track tinggi cam roller coaster Technic Project X. Masa keluar je lif, coaster kami kat track atas sekali.  Tiba je kat selekoh coaster ni laju. Ada satu tempat, coaster ni turun menjunam secara terbalik....ya allah ngeri you alls. Lepas tu coaster ni berpusing balik dan akhirnya kami selamat.......phewww.....

Please yek...siapa yang gi sini kalau tak berani jangan mencuba ye. Me dah terkena.......yang tak selamatnya Tripod kami terus hilang masa tu. Rasanya terjatuh masa time tinggi tu tak pun masa coaster ni turun terbalik.


Terus me cam takde mood lepas tu.....OMG......pengalaman ngeri me. Ok....kami cari prayer room kat sini. Actually tak berapa jauh dari Scooby Doo tu.


Ambik air solat kat dalam ni.


Ada rides ngeri macam ni jugak. Siapa yang berani boleh cuba....


Hubby bergambar ngan Superhero. Dania kata hubby nak tiru Green Lantern.


Parade pukul 3.30 pm.


Cat woman


Ini tak tau nama apa...


Bugs Bunny.



Batman.



Lepas parade, Dania sambung main. Me sempat pose ngan Tweety....hehe


Pukul 5 pm, Movie World tutup. Tripod kami yang kami buat report kat Guest Service Lost and Found tak jumpa lagi so momantai kalau jumpa derang akan call. In fact, kami pun boleh masuk lagi Movie World bila2 masa sepanjang percutian ni so agak melegakan. Kalau kena beli tiket lagi rasanya tak masuk dah.

Ada bendera Malaysia kat luar Movie World.


6 comments:

  1. waa beshnya boleh posing dgn character kartun mcm tweety etc tu :)

    ReplyDelete
  2. Saya tak berani naik roller coaster.. Susah juga kalau tripod hilang.. Seronoknya tengok gambar2 kat sana. Mesti kena datang sini kalau ke Australia..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails