Friday, February 22

Gold Coast - Mount Tamborine 14 Feb 2013

Hari ni nak jalan ke Mount Tamborine. Jadinya me pagi-pagi seawal pukul 5 pagi dah bangun nak masak. Hehehe...Kalau kat Malaysia rasanya tak bangun kol 5 pagi nak masak. Kat sini Subuh masuk pukul 4.30 pagi. Senang je nak masak rendang tok siap ni. Masukkan dalam air mendidih dah siap masak. Ni le bekal kami hari ini.


Sepanjang perjalanan ke Mount Tamborine, kawasan berhutan. Kami kena mendaki bukit. Ala-ala jalan ke Cameron Highland lar cuma hutan kat sini jarang-jarang compare hutan negara kita yang lebih tebal.



Kawasan kami nak pergi tu kat North Tamborine.



Dah tiba dah.......Cedar Creek Winery. Ni kawasan buat wine ni.



Tunggu dulu sebelum nak gi ke cave.


Ada kolam jugak so me ambik photo dengan Dania.


Me nak gi sini sebenarnya. Glow Worm Cave. Adults AUD 11, Kanak-kanak AUD 5.50. Kebetulan me ada voucher potongan 10% dari harga tiket so dapatlah murah lagi. Me dapat dari buku Hello Gold Coast. Me tau tempat ni pun sebab tengok buku ni lar.Boleh dapat free copy kat Airport dan tour operator.


Tour setiap 30 minit. Kami punya tour dijadualkan pukul 11.30 am.


Dalam cave ni tak boleh ambik gambar jadinya me ambik gambar kat luar cave ajer. Glow worm ni adalah peringkat larva. Rupanya cam mee panjang panjang. Uniknya dalam gua yang gelap tu, glow worm ni macam bintang kat langit. Warna hijau. Macam kelip-kelip cuma warnanya statik ajer tak berkelip macam kelip-kelip tu. Kalau sesiapa yang ada fobia dengan gelap jangan la masuk. Nanti anda panik.

Staff tu kata larva ni akan mengeluarkan cahaya hijau kalau lapar. Kemudian akan bertukar warna hijau terang kalau tersangat lapar. Jika tiada juga makanan, larva atau Glow Worm ni akan makan sesama sendiri. Glow Worm ni sejenis serangga. Jika Glow Worm betina dah jumpa Glow Worm jantan, mereka akan mengawan selama 30 jam. Uihhh lamanya. Bila Glow Worm betina mengeluarkan telur yang terakhir, Glow Worm betina ni akan mati manakala Glow Worm jantan akan mencari Glow Worm betina yang baru untuk mengawan. Kemain best ek jadi Glow Worm jantan ek?....

Untuk lebih info tentang Glow Worm di Cedar Creek Winery boleh click kat sini 

Ni la gua Glow Worm.

Me and hubby berphotoG kat kebun anggur kat Cedar Creek Winery.


Kat sini ada jual banyak jenis wine. Me tak masuk lar. Ambik photo dari luar ajer.


Kemudian kami ke Tamborine Rainforest Skywalk. Kami bayar AUD 44 untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Kalau bayar untuk sorang2 lagi mahal. Info sepenuhnya di sini


Me cuak juga nak jalan kat titi ni sebab berlubang titinya lepas tu tinggi pulak tu.


Tumbuhan hutan ni sekali tengok macam ular sedang melingkar kat pokok.



One of the lookout kat sini. Bawah tu air terjun.


Nampak cam biawak hitam kat kawasan hutan ni. Kanggaru atau koala bear tak nampak pulak....



Lepas tu singgah makan kat tempat duduk kat Mount Tamborine ni. Santai sungguh. Kat tepi jalan ada disediakan tempat untuk berehat / picnic. Sekali hujan turun daa......terus makan kat dalam kereta ajer.


Rumah kayu kat Mount Tamborine ni ala ala rumah kayu kat Malaysia ajer cuma rumah kita selalunya warna asli kayu. Kat sini rata-rata mereka akan cat warna kayu tu.


Sepanjang jalan kat Mount Tamborine ni ada signboard hati-hati kanggaru atau koala lalu. Me tak nampak pun kanggaru dan koala ni.


Rotary Lookout.


Sepanjang jalan kat Mount Tamborine ni banyak ladang yang ditemui. Hubby kata ala ala dalam cerita cowboy.


Kotku Mosque ni tempat kami solat kat area Eagleby.


Kecik ajer masjidnya. Kawasan masjid ni sangat luas. Jumpa ngan orang Turki kat sini.


Apa yang me perasan, masjid yang me pergi kat area Queensland ni semua ada CCTV kat dalam masjid. Deco dalam masjid ni ala ala zaman kolonial inggeris.


Me ambik photo kereta Skoda Yeti yang takde kat Malaysia. Skoda ni parking kat sebelah tempat ambik wuduk. Me berpusing gak la dalam masjid nak cari tempat ambik wuduk lepas tu anak orang turki tu bagitau nak ambik wuduk kat sini. :-)


Singgah pula Malaysia Makanan :-) Ada sijil halal kat Restaurant ni. Me nampak orang Arab pun datang makan kat sini.


Kawasan luar Restaurant.


Makan roti canai kat sini. Perasan tak? Sama ajer bentuk roti canai kat Malaysia Makanan dan Little Malaysia. Rupanya Malaysia Makanan ni abang yang operate. Little Malaysia ni adik yang operate. Both ada sijil halal dari kerajaan Australia. Bezanya kalau kat Little Malaysia, roti canai 4 keping. Kat Malaysia Makanan, roti canai 3 keping ajer dan takde teh tarik. Minum lipton ice tea air botol ajer dan air kosong. Dah 22 tahun aunty ni duduk kat Aussie ni. Aunty ni kata abang dier yang operate Malaysia Makanan ni. Ada lagi adik beradik mereka yang tua-tua kat Malaysia. Yang muda2 migrate kat Aussie dan bukak restaurant.


Saje singgah Australian International Islamic College. Mungkin macam sekolah tahfiz kat Australia ni.


Cari dalam GPS, akhirnya kami solat kat Masjid Oxley ni. Lebih kurang 80km dari Surfer Paradise. Huiii jauhnya dah kami berjalan.


Masjid ni sangat luas. In fact masa baru we alls datang tu ada kelas kat tingkat bawah. Me tengok kebanyakkannya orang berkulit hitam. Masa solat ada la sorang ni pakai telekung so me tanya orang mana. Rupanya orang Indonesia. Bagi me selalunya yang pakai telekung samada orang Malaysia, Indonesia atau Singapura kan....orang kulit hitam me tengok pakai baju berwarna terang nak solat.



****rasa seronok dapat tengok Glow Worm sebab me yang beriya nak tengok. Tambahan pulak Glow Worm ni hanya terdapat di Mount Tamborine kalau kat Queensland ni. So me rasa sangat bertuah. Hari ni pun dapat explore 2 buah masjid. Kat Queensland Australia ni dari satu masjid ke masjid yang lain adalah sangat jauh. Masjid selalunya terletak kat bandar kecil.  
















4 comments:

  1. cantek2 permandangannya..u ken abuat photobook ni satu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada terfikir gak nak buat photobook....idea yang bernas :-)

      Delete
  2. byk2 benda me nak masuk ladang anggur tu..sbb tak sempat nak buat masa me kat UK..tak jumpa ldg anggur dekat2 dgn notts..setakat ldg stoberi+epal ajer...me penggeli so tak suka worm or ular or apa sajer yg geli2 hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama worm tapi it's actually a larva bukan worm. Tak tau lak kenapa namanya worm pulak. Ladang Grapes ni derang buat photoshoot wedding dan boleh buat wedding juga kat Ladang anggur ni.....me tak le explore sangat ladang ni sebab berkira kira nak turun balik dari Gunung ni. :-)

      Delete

Related Posts with Thumbnails