Monday, February 25

Malam terakhir di Surfer Paradise 15 Feb 2013

Pasar malam kat Surfer Paradise ni bukan macam pasar malam kita kat Malaysia kerana jual barang-barang kering ajer. Kami tak tau pun ada pasar malam ni. Sesaje nak jalan jalan kat tepi pantai sebab dah malam last kat sini.


Ayah ayah apa yang ada kat sini?


Mug dan pinggan yang berwarna-warni. Me sibuk snap gambar, sekali owner tu kata tak boleh ambik gambar. Me terkejut dan menyebabkan gambar ni ada garis garis macam ni. Sekali owner tu cam tergelak sebab me terkejut cuma me kata lucky me :-) Dapat me ambik gambar kat sini.

Kena hati-hati rupanya ada sesetengah kedai ada sign kata no photograph. Mana la me tau kan sebab kat Malaysia boleh ajer ambik gambar...hehehe...


Ni mercutanda kat Surfer Paradise.




Orang asli yang tengah main alat muzik. Bunyi dari alat ni me tak pernah dengar lagi.... first time ni.


Aksesori untuk haiwan kesayangan pun ada.


Cantiknya dress ni....


Ada orang picnic kat sini. Rupanya ada tempat nak BBQ disediakan di sini. Syok tak syok kalau BBQ ditepi pantai dengan angin sepoi sepoi bahasa bertiup...wahhhhh.....




Sibuk hubby suruh me snap gambar dengan Hummer nih. Panjang beb....kereta orang kaya-kaya.


Nampak macam beca kat sini tapi bezanya dengan beca kat Malaysia takde bumbung dan takde la hias-hias macam beca Malaysia dan pengayuh beca pulak pakai macam nak mengayuh basikal siap helmet.


Hubby nak makan kebab pada malam terakhir di Gold Coast.


Sedap sungguh kebab ni. Banyak inti diletakkan di dalamnya.



Ni ler Hard Rock Cafe pada waktu malam di Surfer Paradise. Masa ni lalu je dan tak masuk jugak.




Bye bye Surfer Paradise. Malam ni malam terakhir di sini. Mungkin kita akan berjumpa lagi or mungkin tidak.

4 comments:

  1. bestnye.. sejuk x kat sini kak? siang nampak macam panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak gi summer so memang panas lar. Kalau gi musim winter best sikit....tapi kat area ni memang takde snow cuma angin sejuk bertiup.....:-)

      Delete
  2. uniknya pasar ni---kat UK pun memang tak boleh sesuka hati snap2 pic mcm kat Msia sbb diaorg pentingkan data privacy etc

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails