Pada 8 Feb baru ni Dania balik sekolah pukul 1 tengahari lepas makan. Hari Jumaat petang ada aktiviti koku so Dania skip yang tu. Hubby pulak 1/2 hari je kerja. So sebelum Jumaat dah balik rumah solat kat masjid berdekatan rumah.
Solat berjemaah Asar dulu kat rumah sebelum teksi yang kami booked sehari sebelum dah tiba awal-awal lagi. Patutnya pukul 5 petang. Ni pukul 4.45 petang dah tiba dah depan rumah. Which is good. Kalau teksi lewat, maka lewatlah kami ke airport. Flight kami pukul 9.40 malam. Check in bag cuma 3 beg besar je. 1 beg ajer untuk barang makan.
Dah check in bag, kami makan dulu kat McD LCCT sebelum masuk balai menunggu. Nak tunggu lama tu yang agak boring sikit. Nasib la flight Air Asia on time jek.
Nasi lemak Pak Nasser ni kami bertiga order. Rupanya kami naik flight Air Asia sama dengan anak Chef Wan iaitu Serena. Tapi Serena ni naik lambat. Nampak la dia tengah dukung anak dia. Hubby dia mat salleh kan.
Kami tiba kat Airport Gold Coast jam 7.50 am waktu Gold Coast. Kalau kat Malaysia pukul 5.50 am lar. Nak dapatkan beg kami pun tak payah tunggu lama sebab senang nak identify sebab ada riben warna warni kat beg kan...tak nampak pulak Serena, hubby dan anak-anak masa ni....
Lepas je ambik beg, terus gi kaunter Hertz nak ambik kereta sewa kami.Dah sesiap pre booked masa kat Malaysia.
Ni ler airport Gold Coast. Airport ni kecik ajer. Tak le sebesar KLIA tu. Macam besar airport Terminal 3 Subang ajer.
Kami ambik kereta Toyota Corolla Ascent hatchback ni. Sesuai la untuk keluarga kecik me. Cantik jek no plet kereta ni. Kat boot muat 2 beg besar ajer. Beg makanan letak kat tempat duduk belakang ajer.
Tiba awal kat hotel kami pun terpaksa tunggu lagi sebab waktu check in pukul 10 pagi. Masa ni baru jam 8 pagi. So nak tak nak terpaksa la letak kereta kat dalam parking hotel sebelum jalan kaki nak cari breakfast. Pusing punya pusing punya pusing nak cari Restoran Maharani kat Surfer Paradise ni tak jumpa. Dalam perjalanan dapat call dari hotel kata bilik dah siap. So kami pun jalan kaki balik ke hotel balik. Letih ya amat. Udahnya masak air panas makan maggi dulu.
Hotel Tiki Village International menghadap eye on Surfer Paradise.
Bilik ni berkonsepkan apartment. Ni ruang tamu. Kat sebelah tu ada meja makan untuk 6 orang. Luar bilik kami tu tempat BBQ.
Ni dapur. Walau kecik tapi ada peti ais, toaster, tempat masak, peralatan dapur macam sudu, garfu, pisau, gelas, dishwasher. Pendek kata semua cukup la macam kat rumah.
Ni bilik mandi. Bilik mandi ni dipisahkan dengan sink. Bilik air kat belah kanan. Kat tengah sink dan bilik mandi ni kat belah kiri.
Ni lah bilik tidur kami 3 beranak. Hubby tidur kat sofa bed tu. Me and Dania kat katil queen.
TV yang terletak kat ruang tamu. In fact kat ruang tamu ada 2 set sofa bed. Kiranya apartment ni boleh muat untuk 6 orang.
cantek bilik tu..kemas dan nampak bersih
BalasPadamKemas Ayu. Sampai 2 orang kemaskan bilik ni...hehe :-)
Padammasa sampai kat airport gold coast tu, kastam tak strict ker ezz...ie brg2 mknn boleh bwk ke pegi OZ
BalasPadamYup strict Suzz kat sini cuma kita kena declare. Kami pergi kat lane kuarantin dan officer tu bukak beg makanan tu. Nasib baik lepas. I declare bawak beras. Yang beras tu masuk dalam beg lain. Tak check pulak beras tu. Beg makanan ni me bawak >10 maggi cup, makanan sedia dimakan macam serunding,nasi tomato segera, rendang daging segera, nasi beriani segera, nasi goreng segera, sachet gula >20, sachet minuman macam kopi, ice lemon tea, hot choc. Alhamdulilah lepas semuanya.
Padambestnyer sampai sana
BalasPadambest sebab tengok negara orang. Yg tak best tukaran duit sangat tinggi...
Padammmg sgt2 best....biler ler nak pegi nih......:)
BalasPadambiler dapt pegi negara kangaroo nih....:)nampak best sgt2.....
BalasPadamIni sya Allah....moga anda pun dpt ke sini......
Padamnak tanye... berapa sewa apartmen tu.
BalasPadam