Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, August 24

Minat seni tak??

Masa i muda muda dulu, okay to be exact masa sekolah rendah dulu, i amatlah aktif dalam aktiviti seni ni. I remember masa tu i terlibat dengan 3 tarian. Tarian india (jangan gelak eh....i pakai baju nampak pusat dan gelang kaki yang bising tu....), Tarian cina dan tarian melayu. Wahhh glam i dapat masuk ketiga tiga tarian ni. Tarian Cina masa i darjah 1 atau 2.Tarian India masa i darjah 3 kot dan Tarian Melayu masa i darjah 5 dan 6. Tarian Melayu ni i wakil sekolah untuk Pesta Muzik Daerah Petaling. 

 Pakaian macam ni lah i pakai masa menari Tarian Melayu tu. Pakaian seakan Puteri Perak dengan baju melayu bercekak musang sedondon yang i pakai dulu warna biru dengan selempang dan kain sampin. Rambut i disanggul dan diletakkan cucuk sanggul. Langsung takde gambar lama masa i pakai baju tarian ni

Photo taken from : http://artmelayu.blogspot.com/2008_09_07_archive.html

I pun remember dulu my papa melarang i pergi ke tempat persembahan tarian ni kerana takut i mengabaikan pelajaran i yang masa tu nak ambik UPSR. Degil i ni rupanyer. I pergi jugak.....tak terkata my papa. Actually my mama yang melembutkan hati my papa. Hehehe....entah sape i mengikut entahlah....okay, selain dari main purpose nak masuk Pesta Muzik, kami ada juga mengadakan persembahan di Muzium Negara kalau dapat jemputan. I remember juga nama pereka tari kami kak fara. Kalau tak silap mungkin kat Fara yang nyanyikan lagu Bagaikan Puteri tu. Masa tu dia tak pakai tudung lagi......

Okay citer pasal UPSR plak.....i berjaya mendapat 4A 1B. Tak dibanggakan sangat pun sebab kalau 5A boleh apply pergi TKC (Tunku Kurshiah College). Wah glam ohhh TKC zaman i. Tak TKC pun Tun Fatimah Johor. Hee hee. Kalau rasa TKC tu glam maknenyer you alls pun sezaman ngan zaman i ler....he he he.....haaa....ada ngaku??

Okay bercakap mengenai Tarian Melayu ni. Tarian kami ada unsur zapin. I remember juga, ada 2 of my friend and me included, kami juga wakil netball untuk sekolah. I position GK. Boring betul la. Bila musuh dapat bola dah tentu i kena blame. Haishhh. I suka jadi GS taww....leh masuk bola dalam jaring....

Okay...okay......i masa sekolah rendah sangat la aktif. Selain wakil sekolah Tarian, i juga wakil Sekolah netball dan join aktiviti kokurikulum seperti Kelab Renang, Tunas Puteri dan i seorang Pengawas. Fuhhh aktif tu. Bila naik Sekolah Menengah, i slow down sikit sebab kena masuk boarding school.....

Wahhh ingat lagi ke kenangan sekolah rendah u alls????

8 comments:

  1. best kan kenangan sek rendah :) :)

    ReplyDelete
  2. hoho..teringat juga kenangan sekolah rendah, masuk pancaragam..masuk koir tapi tak la sampai masuk menari :P mungkin sbb ai tak cute...kikikiki

    ReplyDelete
  3. Ena..kenangan time sekolah rendah..huhh.. menari mmg x reti, keras.. tp pantang ada peluang menyanyi kat pentas. Teringat penah masuk rancangan kanak2 kat radio, dorang rakam aktiviti persembahan kat sekolah..hos dia Jamal Kerdil...Sekolah menengah lain plak citernya ..

    ReplyDelete
  4. kita sukaaa netball, pagi petang siang malam main netball masa study dulu, GS pendek dorg panggil, nyampah tau. part menari, kayu. tak lembut langsung sbb lbh suka berlari kat padang :)

    ReplyDelete
  5. @mama zharfan

    I sangat suka zaman sekolah rendah i sebab tak payah fikir pasal masalah...he he he

    ReplyDelete
  6. @Sitisifir10

    waaa...aktif gak u yer....isk tak kira cute ke tak la masuk tarian ni. janji ada minat. he he he....;-)

    ReplyDelete
  7. @SeNSeOfBaKiNg

    Emmmmm patut la nabil terer eh...ikut mama dier....waaa nyanyi sket untuk ena leh??...he he he

    ReplyDelete
  8. @cha

    He he he...suka sangat menggelarkan orang kan.....isk isk...tapi terer nyer....i suka GS tapi masa sekolah rendah they al soh main position GK....Boringggg!!!!

    ReplyDelete