Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, August 26

Permainan tradisional i masa kecik kecik

Alahai teringat la plak masa i kecik2 i suka sangat main batu serimban kat sekolah. Mesti u alls pernah dengar kan pasal batu serimban. Zaman i masa tu famous dengan permainan ni....

 Gambar kanak2 bermain batu serimban

Taken from : http://tradisional-bib.blogspot.com/2007/03/permainan-batu-sermban.html

Ini apa yang i google....


Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.


Taken from : http://malaysiana.pnm.my /03/0302batu_seremban.htm

Masa kat sekolah dulu, i dengan few of my friends bermain waktu rehat atau dekat akhir tahun. Kami buat uncang kecil diisi dengan samada pasir atau kacang hijau. Mak Mak yang rajin tu buatkan lah untuk anak. Kami selalu main dengan buah / uncang tu berangka 5. Sangat glam permainan masa tu. Waktu sekolah rendah, remember tak kalau beratur ikut ketinggian. I selalu di bahagian belakang sebab antara yang tinggi. Huh 2 orang kawan baik i masa tu Lily dan Amy selalu dapat beratur kat depan sebab mereka errr......faham faham la.....hee hee.....

Antara kelebihan orang yang tinggi ni, jari tangan sure lah besar dan panjang. Okay, jari tangan i yang panjang tu mempunyai kebolehan untuk bermain batu serimban. Selalu ada 2 kumpulan  di mana setiap kumpulan ada 3 orang. Orang selalu boring bila time i jalan sebab i main selalunyer lama turn i tu....(Itulah kelebihan jari tangan panjang ). Selalunyer i juga akan menang. Bukan semua game la. Tapi banyak game i menang. Hee hee. Memori sungguh. I main dengan bersungguh2. Dengan jari tangan yang panjang, u boleh capai semua buah sekaligus. Masa tu time rehat dah tak ingat naka makan dah. Ingat main jer...

Permainan yang kedua yang i main ialah permainan getah. Getah diikat panjang2 kemudian ada 2 team bermain. Setiap satu team selalunyer ada 3 pemain. 


Ni yang i google....

Permainan ini dinamakan 'main getah' kerana bahan yang digunakan ialah getah halus berbentuk gelang yang digunakan sebagai pengikat bungkusan atau barang-barang kecil. Ia sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan dan biasanya mereka bermain di dalam rumah. Tempat bermain adalah di atas simen atau lantai papan yang tidak berlubang. Permainan ini merupakan permainan masa lapang terutama di musim hujan kerana pada masa itu kanak-kanak terpaksa berada di dalam rumah. Untuk meluangkan masa lapangnya mereka melakukan permainan ini. 

Taken from : http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=497&menu_id=48&c3=40&click=1

Statement kat atas tu tak semestinyer tepat sebab i bermain kat kawasan sekolah waktu rehat dengan kawan-kawan i. Kawasan bertar tu. Uihhh kalau jatuh sangat la sakit.....

Okay....permainan ni jugak untung untuk mereka yang tinggi sebab kena lompat getah yang sama level dengan kepala. I pun masa ni orang suruh lantik jadi lelong. Lelong ni bermakna kalau team kita tak dapat lompat peringkat tu, i yang kena tolong lompatkan untuk they alls. Kalau i boleh lompat peringkat tu. Maka, team kami akan ke peringkat seterusnyer. Ada i remember getah tu digoncang macam dragon. 2 orang team lawan akan menggoyangkan getah ke atas dan ke bawah (macam rupa naga/dragon la kot.....) , team i akan cuba merentasi getah tu. Kalau tersangkut, lelong yang kena tolong. Kalau lelong pun KO, alamatnyer habis la turn kami.

Dulu masa sekolah rendah i antara yang tinggi. Bila mai sekolah menengah i antara yang sederhana. Antara yang tinggi my senior, Kak Siti Suraya atau i panggil Kak Asyu. Kak Asyu ni adik kepada Permaisuri Siti Aishah yang berkahwin dengan Sultan Selangor yang mangkat beberapa tahun dahulu. I tak pulak tanya detik perkenalan mereka......mesti you alls nak tahu kan bagaimana orang kebanyakkan boleh bertemu jodoh dengan Sultan pulak tu. Kat mana jumpa???......




2 comments:

  1. batu seremban kat kelantan dipanggil selambut...me suka main tu..sbb sambut2 batu guna tgn tu nama selambut heheh

    ReplyDelete
  2. teringat zaman kanak-kanakk.. bestkannnn. Budak2 sekarang ni semua main game depan PC jekk.. isk isk isk

    ReplyDelete