Friday, August 6

Baju Raya

Puasa bakal menjelang tiba. Baju raya you alls dah siap tempah ke?. Me bersemangat nak raya tahun ni sebab baju raya i dah siap tempah bulan 6 lagi. Ha ha ha. Baju kurung pun dah siap berjahit manik dan thanks to my friend Siti Rohaya sebab jahit manik baju i dan Dania. Tahun ni tema baju raya i warna merah jambu combine dengan warna perang (brown). Masa nak jahit manik ni. Baju i warna perang. I beriya suruh my friend jahit dengan manik warna merah jambu. Dan hasilnyer, my friend kata cantik kombinasi warnanyer.

 Jahitan manik baju i dan Dania belah kanan. Belah kiri tu i buat contoh suruh my friend jahitkan. Kalau tak sama pun seakan-akan sama pun takpe. Kanan atas, jahitan di hujung tangan dan kanan bawah, jahitan di bawah baju kurung. Jahitan manik dan baju raya i sedondon dengan Dania

Kasut raya Dania pulak i beli kat Kinderdjik Warehouse Sale masa awal tahun. Kasut Crocs masa tu sangat murah berbanding harga kat Crocs Store tu. T-Shirt Raya Dania pulak beli masa Sale kat Jusco di mana i terserempak dengan Ayu Rafikah (masa tu baby tak keluar lagi). I tengah pilih2 sampai tak sedar Ayu ada kat sebelah. Bayangkan betapa khusyuknyer i???....
Untungkan dah bersedia dari awal?. Bila bulan puasa, kita boleh concentrate beribadah dan blogging. Hee hee. Nak gak masuk blogging tu.....

So you all, apa tema warna baju raya this year????......


3 comments:

  1. jeles2 :p me bwk dari msia bj yg bkn raya pun, bj kebaya mana ntah..tp hubby & kids memang me bwk bj raya last year ie kaler biru :P

    ReplyDelete
  2. tak fikir lagi... warna oren kot. fav colour cikOni. haha... pakai cotton je tahun ni, tak panas. :D baju t-shirt Oni dah beli dah :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails