Rabu, Ogos 20

Bila hubby cakap makan di luar sahaja.....

Alang-alang nak ambik Dania, kita makan je la kat Food Court tu. Apa lagi seronok la saya ya. Hehe. Bukan selalu pun. Sekali sekala je. Hubby beli air kat Zus berhampiran sebab kopi kat Food Court ni habis. 


Dania pun seronok makan luar sebab boleh pilih makanan kegemarannya iaitu Mi tarik dengan dumpling. Lepas kerja lapar la sebab sepanjang tu kena berdiri je. 


Aihhh ayah Dania pun Mi Tarik jugak. Ni Mi Tarik daging dan ada cendawan shitake jugak. Saya suka dengan cendawan shitake ni. 


Saya nak makan Beef Roti ni je. Dah nak masuk 3 kali makan Beef Roti ni tak jemu-jemu. Masa ni pula baru masak Beef Roti ni. Lagi la berselera makannya. Ni namanya roti klasik daging. Hubby beli lagi satu Beef Roti jenis roti pusing daging pedas. Nampaknya memang saya menyukai la roti klasik daging ni 😋


Dania cerita ada orang jenguk dia kat Parkson. Rupanya saudara belah hubby. Najibah dan anak-anak. Yang cam Dania tu anak sulung Najibah ni. Najibah ni kiranya anak saudara hubby. Ibu Najibah tu sepupu hubby jadinya pangkat saya dengan anak2 Najibah dipanggil Tok Tam. Alamak rasa tua pulak ya 😆. Najibah bahasakan Mak Lang dengan Dania. Suami Najibah dulu cikgu disiplin Dania masa bersekolah di SMK Putrajaya Presint 18 (1). Kalau Dania masih bersekolah di situ kena perform jugak la. Kena datang awal ke sekolah. Idak malu la sebab saudara kepada cikgu disiplin kan?...Tapi cikgu disiplin sendiri cakap Dania bagus sebab gelap2 lagi dah datang sekolah. Hehe. Ye lah rumah dengan sekolah dalam 9km jugak la. Kena la pergi awal kan. Tak lama kat sekolah ni bila saya apply kan SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi kat Dania. 

Ni ada cerita kelakar bila Dania bersekolah di SMK Jalan Empat. Makan la kat Taman Warisan Pertanian, Putrajaya jam 11 lebih. Pastu Dania kena tanya dengan 2 orang pekerja kerajaan sebab makan kat Putrajaya padehal jam 11 lebih. Pelajar di Putrajaya sesi pagi ya. Tak ada sesi petang so pekerja tu suspect macam Dania ponteng sekolah. Bila Dania cakap Dania sekolah kat Bandar Baru Bangi dan datang pun dengan mak. Kasut Dania masa tu warna putih sebab sekolah di Bandar Baru Bangi pakai kasut sekolah warna putih manakala di Putrajaya pakai kasut sekolah warna hitam (masa tu kasut sekolah warna hitam belum sepenuhnya dikuatkuasakan). Udah kedua pekerja tu malu dan belanja terus Dania dan ummi sebab syak yang bukan-bukan. 😐

Tapi....tertanya jugak sebab rehat pekerja kerajaan jam 1 tengahari. Makan jam 11 lebih tu kiranya makan awal dari sepatutnya la kan?. Hmmm siapa yang kantoi sebenarnya?. 

Meleret pulak ceritanya ya. Hehe. 


Dania kerja kat Alamanda ni bukan jumpa pelanggan je tapi jumpa saudara-mara juga. Baru2 ni jumpa Aunty dan sepupu Dania.




XOXO,
Ezna


 

2 ulasan:

  1. SA suka gambar last tu...banyak sale rupanyaaaa...mee tarik Dania tu nampak sedap la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah SA kebetulan ada sale kat Parkson. Dania memang suka betul la Mi Tarik tu pastu ada dumpling pulak dalam tu.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bila hubby cakap makan di luar sahaja.....

Alang-alang nak ambik Dania, kita makan je la kat Food Court tu. Apa lagi seronok la saya ya. Hehe. Bukan selalu pun. Sekali sekala je. Hubb...