Pernah x gi interview dan dilayan teruk???

Wah musim citer interview eh??...i tengok kat blog Hot Family. Wah....interview kat company yang hebat hebat you.....Okay, apa yang i nak cerita ni.....

I pernah pergi interview kat company ni G******R (alaaaa company tayar tu kat Shah Alam). Masa interview 1st time, i kena interview ngan 2 orang. Tahap eksekutif je they all berdua ni. Ok. Interview went well. Masa tu i kerja kat Kontena Nasional Berhad Saje nak test market. I remember i mintak post Traffic Controller dalam division Customer Service. Siap tanya i main sukan apa? I kata main badminton kat Kontena Nasional. Well  bolehlah main untuk G******R. Semangat berkobar kobar ye...he he he. i siap hafal salah silah company G******R nih They all very impressed. Internet kan ada. I google je....

Lepas tu i dipanggil untuk interview kali kedua. Kali ni dengan Manager dalam division yang i mintak tu la. Interview kali kedua pun went well. Manager siap minum air 2-3x sebab i tanya banyak soalan kat dier....he he he. Entah kenapa i sangat confident. I rasa sebab semangat waktu muda kot...Entah la.....Manager ni berbangsa Cina tau.

I kena pulak panggil interview kali ke 3 dengan Manager HR yang berbangsa Melayu. I greet Manager tu then dia tengok resume i. Dengan qualification u nih....u sesuai kerja kat company Transport or Shipping. Sambil baling resume i dan duduk kat kerusi Manager tinggi tu dan mata dier direct tengok i. Perghhhh rasa macam nak menangis. Terkejut okay???.....Okay...Okay....airmata i dah bergenang dah. Rasa humiliate sangat dan rasa frust sebab masuk kali ketiga interview. Orang keliling kata kalau kali ketiga interview maknanyer dah nak dapat cuma maybe they all nak berkenal-kenalan dengan kita dulu. Kaki kanan dah separuh masuk la tu...Tapi ada kan interview yang they all nak tengok tahap kekuatan diri kita sebab division ni kena deal dengan customer. Customer dah tentu macam2 peel kan.....Entah la sampai sekarang i terfikir.....chinese2 tu boleh accept i tapi bangsa sendiri buat gitu pulak. Takpelah ada hikmah di sebaliknyer.......Maybe HR G******R tu nak test skill balingan dier tu.....

Enjoy cartoon kat bawah ni.

Taken from : www.cartoonstock.com


4 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. i think dia saje nak test kot tu.. tu yang buat eksyen sikit.. tengok u tahan ke tak.. but if it my first time kene, of cos, i tak reti macam mane nak react.. at least u got one experience of stress interview :)

    BalasPadam
  2. i still igt masa interview ngan seorang manager berkaki lebar dia tanya I...antara buah manggis dan mangga mana lebih manfaat...ntah apa2...I jawab buat kelapa...terus tak dapat...keh keh ...balik terus cerita ngan sis I...adk I terus cakap "how stupid u are"...nampak sgt suka lawan tauke...

    BalasPadam
  3. i tak de plak pengalaman interview mcm uolls...so far dua kali jer job interview in my life, 1st masa nak masuk keje dgn UOB (i kan scholarship holder UOB) so interview tu just formaliti ajer..and then 2nd time, interview nak masuk keje UIA, still ok, sbb my ex-lecturer now dh jd colleague (and also my co-supervisor)yg recommend utk i dpt keje kat UIA (she's one my 'angels' in my life)..other than my mom, my family, and frens (like ezna, ayu) and i can feel virtual chemistry with mira (em's family ) tu :)

    BalasPadam
  4. masa diinterview dulu my big bozz tanya kenapa pelangi ada 7 color? saya jawab sbb Allah nak jadikannya begitu. hahahaha... sngt inesen.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.