Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, August 25

Apa kuih kegemaran di bulan puasa?

I bulan2 puasa ni mesti teringatkan kuih Jala Mas. Dah beberapa tahun dah kuih ni mesti menjadi pilihan i untuk berbuka. Selalu i dapatkan kuih ni masa Bulan Puasa kat Pasar Ramadhan Seksyen 14, Petaling Jaya. I mula start makan Jala Mas ni bila my roomate kat UiTM Terengganu, tapau Jala Mas masa dia balik kampung. My roomate Cik Normi ni orang Kelate jadinyer dah tentu Jala Mas ni senang je kot dapat kat Kelantan Ye ke Suzz??? Peliknyer i yang habiskan Jala Mas my friend sebab my friend tak suka Jala Mas sebab manis.....Rezeki jangan ditolak weiiii......Tu lah first time i rasa dan taste bud i tersuka-lah pulak Jala Mas ni. Then beberapa tahun sehingga i kahwin i terjumpa balik Jala Mas kat Pasar Ramadhan Seksyen 14 ni lah. Mula dari situ, tiap kali Bulan Ramadhan i akan cari Jala Mas kat pakcik ni. Hubby selalu cam la Pakcik ni. Orang Kelantan tak silapnyer. Tapi....bukan 30 hari i makan kuih nih....mak takut terkena Kencing Manis la plak.....Adalah 1-2 Ramadhan i merasa. Kena sentiasa menjaga kesihatan eh.....


Ni i google pasal Kuih Jala Mas kegemaran i. 

Kuih jala mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput, tetapi mempunyai cara penyediaan dan rupa yang berbeza. Kuih jala mas disediakan dengan kuning telur yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak. Selepas beberapa lama apabila masak, adunan itu diangkat dan kemudiannya ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu sahaja dalam bekas. Kuih jala mas mempunyai bentuk yang berjurai seperti mi halus. Ia biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan, perkahwinan dsb. Ini disebabkan cara membuatnya yang cerewek dan hanya menggunakan kuning telur menyebabkan kos yang tinggi. Pada kebiasaannya telur itik digunakan kerana ia mempunyai saiz kuning telur yang lebih besar. Selain itu, ia biasanya dihasilkan bersama kuih tahi itik kerana untuk tidak membazir putih telur yang baki.

Kuih jala mas ini lebih popular di sebelah pantai timur, terutama di Kelantan dan Terengganu. Pada masa dahulu, ia biasanya dikhaskan bagi hidangan raja dan kaum bangsawan. Ini disebabkan kos penghasilan yang mahal dan cara menghasilkannya yang rumit. Sehingga kinipun, dikalangan orang biasa ia terhad pada peristiwa istimewa, terutama sebagai hantaran pada acara perkahwinan, atau pertunangan.

Taken from : http://ms.wikipedia.org/wiki/Jala_mas

Ohhh patutlah lah yek....bukan kuih sepanjang masa ni. Ada masa tertentu jek....nak try buat??? renyah la plak. I rather beli je kot....he he he......


4 comments:

  1. memang byk jual kat kelate ni..tp me tak suka pun heheheh
    bln puasa, me suka beli kuih like popia and ketupat sotong..kenal tak mcm mana rupa/rasa ketupat sotong tu?rasanya kuih kelate jugak tu :)

    ReplyDelete
  2. @mama zharfan

    Alaaa sedapnyer. Rasa manis lemak2 gitu tapi kandungan gula sure tinggi.....hee hee

    ReplyDelete
  3. kuih ni mmg sedap..awal2 puasa hari tu ummi cikwa bawak kuih ni dr kelantan...so,kawan2 kt ofis pon sebuk2 duk tnya camne rupe dan rs kuih ni...cikwa lak mkn skit bleh laa..mkn byk xmo...manis kn

    ReplyDelete
  4. @awjan

    Sedapnyer cik wa. akak pun makan sikit je. Tapi mmg teringin. Nak nak bulan puasa.

    ReplyDelete