Isnin, November 18

Alumni UTM teruja

Hari ni kiranya saya breakfast dengan hubby. Sebelum ni dekat seminggu juga tak breakfast dan hantar Dania ke kelas sebabnya saya diserang batuk dan demam lepas balik dari Karnival Udara Antarabangsa Melaka tu. Nasib baik tak selsema. 

Hari ni nak breakfast di Warung depan kubur di Sg. Merab. Selalunya saya tak ambil la gambar perkuburan Islam ni. 


Kami berdua order nasi lemak. Hubby dengan nasi lemak sotong dan saya dengan nasi lemak paru. Ada sebahagian nasi lemak saya beri kat hubby sebab lepas kurang sikit batuknya tu tak lalu pula nak makan. 


Warungnya masih ada tempat duduknya pagi pagi ni. 


Kat tepi jalan ada pula lori UTM. Apa lori ni buat area ni?. Nak hantar barang ke?. Alumni UTM pun tak lepaskan peluang ambil gambar dengan lori. Hehe. Hubby memakai baju Mickey Mouse. Dah berusia 10 tahun dah baju tu. Beli pun sebab nak masuk Disneyland Anaheim di Amerika pada tahun 2014. Boleh baca trip kami tu kat sini


Kat area sini kena parking tepi jalan sebab warung dia pun tepi jalan. Cuma berhati-hati je lah masa nak berjalan ke kereta dan nak keluar kereta. 





XOXO,
Ezna


 

12 ulasan:

  1. Cantiklah warna lori UTM tu, maroon.

    BalasPadam
  2. wahh lama sungguh bertahan tshirt disney tu yer ezz...sbb pakai jarang2 ker .. nice laa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama betul you. Nak kata jarang2 pakai pun mungkin juga sebab ada gambar Mickey Mouse tu....

      Padam
  3. semoga kembali selera makan seperti biasa ye kak ezna...batuk nie memang berchenta sikit nak hilang

    BalasPadam
  4. Ehhhh..Gerai ni sy pernah pegi ni sis...Dekat sgt dgn rumah kak ipar =D

    BalasPadam
  5. Ada sentimental value pada baju & lori hehe...
    Get well soon ye Ezna 🤲🏻

    BalasPadam
  6. Ya Allah tgk nasi lemak tu sempurna jer kejadian nya... Lapar dah ni... Huhuu

    BalasPadam
  7. Kenapalah saya jarang jumpa nasi lemak yg benar2 sedap kalo ke KL nih yaa. Kurang jauh rasanya eksplor saya 🤣. Drooling sangat lihat yg punya kakak

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Breakfast makan pizza

International kami breakfast pagi ni ya....mulanya nak tengok2 lagi tempat lain tapi bila bau pizza tengah masak tu menusuk hidung tu wangi ...