Jumaat, November 1

Menjejak Cafe Kopi Mesin & Exchange Student

Lepas hantar Dania, macam biasa saya breakfast dengan hubby. Kali ni makan kat Tareem. Tak jauh la dari UPM tu. Roti tampal untuk saya. 


Roti telur untuk hubby. Beza roti tampal dan roti telur ni....roti tampal....telur ditampal di atas roti canai manakala roti telur...telur tu dicampur sekali dalam doh roti telur. 


Berdua ajer. 


Lepas tu on the way nak balik, kami lalu Fakulti Kejuruteraan UPM ni. Kami ternampak Cafe baru iaitu Kopi Mesin. Kot la nak makan petang nanti ada la Cafe baru. 


Pertama kali masuk dalam kawasan Fakulti Kejuruteraan. Selalu masuk kat Kolej Kejuruteraan sahaja nak drop Dania jumpa gang2 sebilik masa asasi kat sini. 


Fakulti Kejuruteraan ni kemain luas. Dari hujung sini sampai hujung sana. Kat Fakulti ni je ada 8 Bacelor Kejuruteraan yang ditawarkan seperti Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem, Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi dan banyak lagi. Ketiga-tiga Kejuruteraan yang disebutkan ni program yang 3 kawan asasi sebilik Dania ambik. Kan gang sebilik dia 3 Fakulti Kejuruteraan, 3 lagi Fakulti Pertanian. 

Ni pula boleh nampak tasik kat situ. Fakulti ni ada satu tasik yang luas. Dan ada banyak jugak panel solar kat sini. 


Tenang je dapat study kat sini. Kat UPM ni Fakulti Kejuruteraan terpisah dari Main Campus. Sama juga macam Fakulti Pertanian. 


Ternampak Perpustakaan untuk Program Kejuruteraan dan Senibina. Fakulti Rekabentuk Dan Senibina ni ada seorang kawan Dania tukar program dari Bacelor Hortikultur, Fakulti Pertanian ke Bacelor Senibina, Fakulti Rekabentuk dan Senibina. Dengar cerita turut berpindah kolej ke sini. Kalau dulu kolej kawan Dania ni kat dalam Main Campus. 

Ada jejambat juga menghubungkan Pelajar dari kolej ke Fakulti ni (kat bawah jejambat ni jalan jadi lebih selamat ikut jejambat ni). Kalau Fakulti Kejuruteraan dekat sikit. Kalau nak berjalan kaki dari kolej ke Fakulti Rekabentuk dan Senibina, jauh jugak la dalam 1.2km. Kena naik bas la kata Dania samada bas MRT atau bas UPM. Kolej tu maksudnya asrama kediaman....


Ni pula Fakulti Rekabentuk dan Senibina. 


Ada Nigerian Student Day. Maknanya mungkin kat fakulti ni ramai pelajar dari Nigeria. Kalau kat Fakulti Pertanian, ada pelajar dari China dan Indonesia dalam program lama Dania. Kawan sekelas lama. Kalau kawan sekelas baru ni ada pelajar dari China dan Bangladesh. Kalau exchange student satu semester tu ada la dari Korea, Perancis, Brunei, Jepun, Amerika Syarikat yang masuk subjek dalam Agribusiness. Kalau exchange student untuk subjek dalam Animal Science ada pelajar dari Jepun dan China. 


Gambar selingan, pelajar exchange dari Perancis iaitu Costa Bastian. Pelajar ni ambil Kejuruteraan Pertanian kat negaranya.  Dania pernah la tunjuk sekali masa tunggu Dania ternampak Costa ni dan saya panggil. Hehe. Interview jap. English dia memang power. Selalunya kalau Perancis ni English ni sukar sikit la sebab mereka menggunakan bahasa ibunda. 


Ni pula Dania dengan Ha Tae Joon. Pelajar exchange dari Korea Selatan. Universiti pula Kangwon National University. Tae Joon ambil Pertanian kat negaranya. Kalau kat Korea Selatan, jangan la ambik gambar mereka...kalau main ambik je boleh kena saman ya. Kena minta izin kalau nak ambik gambar. 


Ok ni cerita pasal Fakulti Rekabentuk dan Senibina (sebelah Fakulti Kejuruteraan). Kawasan sini landskap dia memang hijau dan cantik. Sejuk je mata memandang. Kat Fakulti ni ada 3 program pengajian yang salah satunya Senibina Landskap. Mungkin pelajar ni juga yang mereka landskap Fakulti ni. 


Nak mencari Cafe Kopi Mesin je tapi sampai menengok Fakulti Kejuruteraan jugak.

Credit : Instagram kopimesinupm





XOXO,
Ezna





 

9 ulasan:

  1. Wow..menarik ni...mcm My DAnia plak..U dia macam xde student luar negara, ke ada..yg SA selalu nampak kebanyakkan anak- anak felda, ada dari Sarawak, Sabah dan ada bangsa orang asal ( anak orang asli), Indian ada tapi chinese macam x pernah nampak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin sebab IPTA kot SA. Ada kolaborasi dan nanti ada juga pertukaran pelajar dengan Universiti yang berkolaborasi dengan UPM ni. Ada student datang Malaysia dan ada student Malaysia ke luar negara.

      Padam
  2. UPM antara University yang tertua.. Jadi dah well known jugak lah... Tu yang banyak pelajar dari luar negara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Student yang datang ni dari Uni yang berkolaborasi dengan UPM. Ada yang dapat biasiswa utk pertukaran pelajar ni. Kalau pertukaran pelajar ni kadang kena guna duit sendiri juga dan fees dia tu mengikut harga Uni sana.

      Padam
  3. ni kira mcm university tour jugak ;) very informative :) i lately ada jugak kdg2 kuar dating berdua dgn mr hubby (mkn2) esp kalau boys tak nak ikut, tp biasanya razeen masih lg suka mengekor (sbb dia kecik lg)...ariff tak berapa suka nak ikut dah sbb dh form 3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uni tour first time ke faculty ni you. Selalu lalu je. Kali ni masuk terus. Luas fakultinya. Kami memang bertiga la sebab Dania memang suka mengikut sebab dia seorang.

      Padam
  4. Kalau dah 1.2km dari kolej nak ke kampus memang kena naik bas ler. Berpeluh ketiak kalau berjalan sebelum masuk kelas. Tapi kalu balik kelas bolehlah kot nak keluarkan peluh kalau sebelah petang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu. Dah la cuaca kat negara kita ni panas. Kalau sesak sangat saya rasa mereka berjalan je....

      Padam
  5. Waaah ramai international students. Saya dah bilang anak saya, nanti kuliah di Malaysia. Kalo negara lain, boleh tapi usahakan beasiswa. Kenapa saya ingin mereka kuliah di sana, Krn dekat dengan jakarta. Tak jauh saya kalo nak tengok 😄. Dan lagi bahasa di sana pakai English.

    Anak bungsu pula dah wanti2, kalo kuliah hrs di negara yg makannya nasi 😂😂😂. Memang anak 1 tuh tak bisa lepas dari nasi 😅. Beda dengan kakaknya 🤭

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Breakfast makan pizza

International kami breakfast pagi ni ya....mulanya nak tengok2 lagi tempat lain tapi bila bau pizza tengah masak tu menusuk hidung tu wangi ...