Lambat sikit post yang ni keluar sebab lepas pergi Karnival Udara ni kena batuk-batuk dan demam. Kami ke Karnival Udara dan Antarabangsa Melaka ni pada 2 November 2024.
Credit : Google
Sebelum pergi tu siap-siap screenshot jadual pertunjukkan ni.
Kami singgah kat R&R dulu untuk makan pagi.
Siap isi minyak lagi kat R&R dan nampak motor besar2 berderet kat sini.
Tempat parking proper tak ada rasanya. Parking tepi2 jalan je pun. Nak buat event tapi proper parking tak ada which rasa eiiii tak patutnya la. Kami parking kat dalam kawasan rumah orang ya. Ada satu rumah ni buat tempat parking RM10. Better sikit berbanding tepi jalan. Mana tau kena hentam pula dengan kereta lain.
Kena beli tiket dulu ya. RM10/dewasa.
Masa masuk kawasan lapangan terbang ada aktiviti turun dari payung terjun. Kalau tak silap dari pasukan Paskal dan apa ya....tapi Paskal tu ada la. Sayup-sayup je nampak dari udara.
Ada dilepaskan asap juga.
Ada pameran helikopter juga.
Terjunan dari payung terjun. Gambar ni clear sikit.
Weststar ni ex husband kawan saya pilot kat company ni. Selalu bawa VIP naik heli. VIP la pun yang nak naik pun kan. Pernah nampak ex husband kawan saya ni kat Q Bistro Putrajaya. Boleh dia tanya saya kenal tak?. Takkan la saya nak cakap ohhhh ex husband *** ya?. Dia pun macam tak lama je kat situ sebab tau tau dah hilang 😆
Hubby dalam salah satu heli.
Bergambar dengan Kapten TUDM. Ex husband kawan saya yang saya cerita tu bermula dengan TUDM la. Bawa heli kemudian berhenti askar dan masuk swasta pula. Kemudian bertemu penyondo* di situ. Hmmm dan ceritanya bercerai la kawan saya.
Tengok pendaratan heli. Sebenarnya cuaca kat sini sangat la panas ya. Saya memang pakai topi tapi panasnya memang kaw kaw. Tau tau je la area Lapangan Terbang kan mana ada pokok-pokok.
Boleh tengok secara dekat Heli angkatan tentera.
Dengan pelajar flying academy. Dulu, Dania pernah cakap dengan saya minat nak jadi pilot tapi saya kata No. Sekarang ni saje saya usik2 kalau nak jadi pilot habiskan dulu degree. Ok dah tak minat dah ya. Kalau minat nak jadi pilot boleh belajar lepas SPM. Tak perlu pun Ijazah ni tapi....jika berlaku lagi macam masa era Covid19, flight tak bergerak dan pilot pun tak bekerja....macam mana?.
Kawan Dania ada seorang interview dah sampai ke tahap terakhir tapi yang last tu tak lepas. Mungkin rezeki dia kat Bachelor of Science Environmental and Occupational Health With Honours, UPM ni. Perempuan ya.
Bersama instructor The Singapore Youth Flying Club. Pakai coverall macam ni nampak macam dalam movie Maverick pun ya jugak. Actually Dania pun kena beli coverall macam ni untuk amali dengan haiwan. Dok fikir tak panas ke ya?. Dr kelas Dania nak warna dark grey coverall yang terpisah baju dan seluar sebab senang la kan. Cuba bayangkan nak ke tandas macamana?. Jenuh sikit la kan kalau 1 piece camni. Tapi....bila pilih dark grey dah tak sama macam senior atas Dania warna dark blue. Takpe kita tunggu je la.
Kapal terbang terkini katanya dari The Singapore Teen Flying Club.
Keluar pula maskot pelanduk negeri Melaka.
Ni hovercraft ke namanya?.
Ini pula jentera Airport Fire and Rescue.
Tertanya saya...polis ni bawa alatan apa?. Seorang ni mengesan kemunculan dron di udara dan seorang lagi bertindak untuk mematikan signal dron. Mana boleh ada dron terbang kat Lapangan Terbang ni sebab ada Helikopter, pesawat ringan dan penerjun udara. Ingat kot pengesan bom.
Hubby dengan basikal tua askar zaman dulu.
Basikal yang digunakan ketika zaman perang tak silap saya ni. Antik basikal ni. Katanya yang tertua berada di Malaysia.
Motor Harley Davidson zaman dulu.
Ini pakaian pasukan penyelamat air.
Berminat nak jadi Juruterbang Kapal Terbang / Helikopter Polis? Kelulusan akademik SPM. Tapi kalau nak jadi seorang Pegawai kena ada lulusan Ijazah. Kalau berminat kena apply masuk jadi polis dulu sebelum apply lagi untuk masuk jadi juruterbang. Info baru bagi saya. Ingatkan terus mintak jadi juruterbang je tapi kena masuk jadi polis dulu. Smart pula pakaiannya.
Close up.
Bergambar dengan co pilot pasukan PDRM.
Sama uniform dengan Pegawai di atas.
Banyak unit dalam pasukan polis ni.
Menyaksikan pertunjukan melepaskan bom tepung (Flour bombing).
Ada juga pasukan pengakap udara kat sini. Pemimpin pasukan pengakap ni kata mereka ni Air Scout. Mereka sukarelawan kat sini.
Crowd kat sini.
Gerai makanan dan minuman pun banyak tapi tempat duduk dia kurang.
Saya rasa menarik juga Karnival Udara Antarabangsa Melaka ni tapi mungkin penambahbaikan dari segi parking perlu diambilkira. Kami jalan dalam 800 meter ke tempat karnival ni. Kalau negara sejuk ok je nak jalan jauh sikit tapi cuaca kat Malaysia ni panas sangat. 😅
Ada ke yang pergi sini?. Terisi juga cuti panjang Deepavali kami.
***Terima kasih datang blog ni. Kalau dah ok sikit saya bw ke blog kawan-kawan ya. Bila batuk2 ni rasa mood pun tak ok. Mood nak menulis pun kurang je ni....
XOXO,
Ezna
wah siap bole bergambar dlm helicopter ye....bab parking tu sepatutnya organizer kena sediakan tmpt yg proper la utk pengunjung
BalasPadamYa kekurangan tempat parking. Dah terpaksa parking merata-rata tepi jalan....
PadamSitu memang leceh parking... Takde disediakan parking.. Kalau ada event memang payah lah...
BalasPadamRajen kak ezna ke melaka..
Ni first time pergi sini. Tak tau pulak parking takde....event ada, parking takde. Pelik gak kan....udah la kena parking masuk laman orang sebab kalau parking kat luar takut kena langgar kereta lain sebab sesak juga jalan kat luar tu sebabnya orang parking tepi jalan.
PadamParking terhad... Kalau untuk staff ada lah agaknya.. Utk orang awam, memang takde lah..harap jalan utama tu beso je... Oklah sikit
PadamMemang best karnival ni. Dulu nak sangat join aviation sebab suka fly. Arwah ayah awal2 tak bagi.
BalasPadamSama dengan Dania la Mulan....saya tak bagi....Hehe. Saya bagi yang atas tanah je....atas awan saya seriau.
Padammoga u cepat sembuh ezz! menarik event gini, cuma part cuaca panas tu, i tak tahan laaa sejak dh masuk umur 48 ni...akan jd sakit kepala berdenyut kalau cuaca panas or tmpt ramai2 org
BalasPadamTq Suzz.....event ni ok tapi cuaca panas betul....lepas tu dapat pakej batuk2 pulak.
Padamalahai bestnya dapat pergi event yang macam ni... Kalau dapat pergi bawa anak anak mesti diorang suka
BalasPadamMenarik sebab boleh masuk helikopter tu kalau nak tengok dalam macam mana.
Padamwuarghhh best nyaaa
BalasPadamdah macam mini LIMA pula ni
untung laa orang melaka dapat g event macam ni
thn dpn x yah sesak2 kat langkawi ya🤣
Haha....yg Lima tu teringin nak pergi tapi tak pernah sampai pulak.
Padambestnya.. Ezna rajin & minat yer pegi event mcm ni..best nya...
BalasPadamMA suka tapi x rajin sbb mengenangkan nak parking semua tu kan.. alahai. tapi kalau ada geng, jadi je
Bab parking memang event ni macam tak sediakan jadi pengunjung kena pandai2 parking.....
PadamSeronok la ada carnival ni..SA x tau pun ada event ni..kalau tau mesti nak pergi jugak bukan selalu kan dapat pengalaman macam ni..Ezna kalau ada info apa2 carnival nanti share la ngan kita...mana tau leh jumpa kat sana...
BalasPadamBestnya Kak Ezna...lain kali kalau ada rezeki nak pergi jugakla...
BalasPadamBetul kak, seharusnya disediakan tempat parking juga kan. JD tak bingung nak cari tempat.
BalasPadamSaya suka event begini. Dulu sukaaa sangat tiap kali melihat tentara angkatan darat, laut dan udara ini. Macam gagah. Tapi saya tak pernah ingin utk jadi seperti itu. Tahu diri Krn tinggi badan memang tak sampai 😂😂.
Ohhh pilot heli tuh divorce Krn ketemu pelakor yaa 😅😅. Saya nih kalo heli ntah kenapa takut nak naik. Banyak kejadian heli jatuh soalnya. Makanya kalo heli memang tak tertarik mencoba.
Baju overall itu saya dulu pernah sukaa sangat pakai. Memang bagus dan nyaman. Tp tuhlah, kalo nak ke toilet susah 😂. Akhirnya skr tak pernah pakai lagi