Isnin, November 4

Breakfast bersama, shopping pun bersama

Pada hari Rabu, sehari sebelum Deepavali, Kelas Dania yang sepatutnya jam 2 - 5 petang dibawa ke pagi jam 9 pagi - 12 tengahari. Pelajar yang baru ni kelas pagi mereka Pertanian dan Kehidupan cancel jadi mereka request nak bawa kelas petang tu ke pagi. Dania pula on the other hand dah dapat pengecualian kredit untuk kelas pagi tu. Tak payah ambik dah. 

Kami makan dulu kat Haura Cafe. Kalau nampak ada pasta ni Dania punya la ni. 


Nasi goreng ikan masin ni saya punya. 


Hubby punya. 


Kesian pulak tempat Dania ni macam kena cahaya matahari walaupun tempat kami duduk ni berbumbung je. Mementang la pelajar sains haiwan, baju pun haiwan juga 😅. Mofusand ni karakter kartun kucing yang pakai topi buah-buahan atau haiwan. 


Dalam gambar ni pun sama. Silau dia kat tempat Dania je. 


Hari rabu sehari sebelum Deepavali ni memang sekolah dah cuti ya? Semenjak anak tak sekolah ni kat Uni memang tak tahu pasal cuti sekolah ni. Nampak ramai juga budak-budak makan kat sini. 


Ada apam balik Seri Menanti kat Haura Cafe ni. Apam ni selalu jumpa masa kenduri kahwin. 


Lepas balik dari kelas Anatomy and Physiology of Domestic Animals 1 kami pun menuju ke IOI City Mall. Mulanya nak survey je akhirnya beli jugak. Ni dekat Outpotz, IOI City Mall. Himpunan produk dari Korea kat sini. 


Beli face mask sheets ni dari Tony Moly. Kalau beli 10 face mask sheets dapat la 4 face mask sheets for free. Beli siap-siap untuk goodie bag birthday Dania. Nak bagi kawan-kawan yang Dania baik. Selalu bila birthday Dania...kawan2 yang Dania baik akan dapat gift atau makanan la. Tengok la kalau nak hantar makanan sekali nanti. 


Ada 14 face mask sheets ni. Ada juga untuk diri sendiri dan Dania. 


Kalau pembelian lebih daripada RM100 boleh pusing wheel ni which pembelian tak sampai pun RM100. 


Pergi pulak Watson. Ada sudut K-Pop la pulak. Dania nak beli barang dia. 


Lepas Watson, lapar la pulak.....jalan la tengok menu kat Ayam Penyet ni. Macam tak terasa la nak makan nasi pulak. 


Singgah Jolibee akhirnya. Dania belanja hooray....


Dania order ayam goreng dengan spaghetti. Ni set dia. 


Dania tak terasa nak makan nasi...tu yang makan spaghetti tu. 


Ada juga 1 chocolate ice cream. Share je la. 


Teringin nak makan cheese burger. Errr halusnya burger dia. Isi dia beef patty dan cheese dengan mayonis je. Sedap lagi cheese burger 'M' lagi tapi dah boikot tukar la sini.  


Kenapa entah gambarnya blur camni. 


Lepas makan, masuk Sephora dan nampak brand ni. Dania kata Selena Gomez punya brand ni. 


Saje belek2 tak beli pun. 


Nampak Beetle ni parking belakang Beetle saya. Cantik dia make up buat macam dalam movie Herbie. Herbie tu nombor 53 ni la.  


 Balik rumah, dah kenyang senang hati la. 





XOXO,
Ezna

6 ulasan:

  1. Balik rumah.. Kalau kenyang memang senang hati.. Hihihi...

    BalasPadam
  2. bestnya ronda2 mkn2 dan shopping2 tu

    BalasPadam
  3. Share laaa dengan nasi nasi goreng ikan masin tu. Sedapnya.

    BalasPadam
  4. wah.unik kereta tu, gigih owner nya yer

    BalasPadam
  5. Waah Tony moly 😍😍. Dulu saya pakai skincare ya, tp brand ini tak masuk Indonesia. JD susah nak cari. Hrs ke korsel atau Malaysia yg terdekat. Akhirnya saya ganti semua skincare ke COSRX, masih Korea punya brand juga. Alhamdulillah cocok. Yg terpenting dia dah masuk Indonesia, JD tak payah beli kalo habis.

    Saya pun tak suka Jollibee kak. Dulu sempat ada di Indonesia, tp tutup. Rasanya memang kalah jauh dengan burger yg jadi kompetitornya . Ga bisa bersaing dia dengan brand burger di sini. Jadi sepi selalu . Tak heran akhirnya tutup.

    Cantiiik pula beetle tuh 😄😍. Memang owner-nya fans berat Herbie yaa

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Breakfast makan pizza

International kami breakfast pagi ni ya....mulanya nak tengok2 lagi tempat lain tapi bila bau pizza tengah masak tu menusuk hidung tu wangi ...