Jumaat, November 22

Year End Promo

Bila Dania dan saya je IOI City Mall. Hubby tak ikut. Dah dekat nak hujung tahun ni banyak la promo bertandang ya. Ini salah satunya kat Watson. Saya nak mencari sabun tangan ni kemudian ada promo beli 2 dapat 1 free. Jadi, saya ambillah 3 botol. Kalau 1 botol harganya RM6.20. Selalunya kalau sabun tangan ni saya pakai BBW tapi takpelah kita tukar la kali ni sebab stok BBW dah habis. Kat Watson ni juga nak beli ubat selsema tapi kena beli kat kaunter farmasi. Nasib baik ada Pharmacist. Kalau takde, tak boleh beli la sebab ubat ni dikawal. 


Ini saya ambik. Suka bau rose ni. Takdelah saya buka dan cium tapi selalunya bau rose ni best la. 500ml pulak tu. 


Syampu saya pun dah nak habis jadi saya ke Himalaya. Masa ni Dania pergi naik atas kot. 


Kat sini pun ada promosi Buy 1 free 1. Selected items je dan syampu termasuk dalam promosi ni. Instead ambik 1 syampu....saya ambil 2 syampu tapi harga untuk 1 syampu la. 


Ni gambar dari phone Dania bila lalu dekat Chagee. Punya ramai orang sempena Tear & Win. Beli Chagee dapat slip yang nanti kita boleh koyak dan tahu hadiah kita. Hadiah-hadiahnya best2 seperti beg berjenama Gucci dan LV, ada lipstick, perfume, I Phone dan lain-lain. Tak hairanlah ramai giler yang beratur. Dania cerita kat mana entah confession kata nak dapat air kena tunggu 3 jam. Tudiaaaaa aihhh....sanggup dengan tak sanggup je....


Dania teringin nak Llao Llao. 


Dania belanja ummi Llao Llao juga tapi ummi request nak paling kecik dan nak 1 je topping. Ummi pilih buah kiwi. Dania pilih 3 toppings.


Makan ni seperti biasa duduk kat area air terjun yang seberangnya tu Restoran Serai. 


Kali ni ramai betul yang duduk kat sini. Selalunya tak ramai orang. 


Lepas tu balik la. Bila tiba rumah, hubby pun tak balik dari surau lagi. Boleh pulak bila balik cakap tak jadi pergi ke?. Hehe....macam tak percaya saya cakap ada pergi tapi dah balik la. 

20 ulasan:

  1. Wow..Jimat byk nih..Bleh beli buat stock...=D

    BalasPadam
  2. cepat sangat balik..tu yang terkejut incikSuami nya..hihihi

    BalasPadam
  3. Ooh…inilah Chagee yang orang dok cakap di medsos tu 😄

    Saya pun suka makan ilao ilao, sedap rasa frozen yogurt dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Chagee ni masa hari kedua buat Tear & Win tu. Punya ramai orang.

      Padam
  4. ramai2 kat chagee tu sebelum kes viral tu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni hari kedua tear and win. Ada 2 hari je dia buat. Kes tu entah la kat branch mana...

      Padam
  5. Mak aiii... aiskrim tu! Llao Llao.... kena pergi KK kalau nak makan ni.

    BalasPadam
  6. Dah jadi port wajib Kak Ezna n Dania makan ice cream kat situ ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah betul tu sebabnya kat bawah ni tempat duduk hanya kat sini. Tempat duduk yang ada kat bawah sebelum ni dah takde dah. Tak nak bagi orang duduk la agaknya.

      Padam
  7. Hahahahah hubby kelamaan di surau ya kak 😅. Tak sadar istri dan anak dah bolak balik mall ke rumah 🤭

    Eh panjaaaang sangaaat chagee Q tuh 😱😱😱😅. Tak sanggub saya juga kalo harus antri sepanjang itu. Nasib baik pas coba chagee di Penang sepi dan nyaman .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Antri panjang kakak pun malas nak beratur. Dania cuma ambil gambar sahaja.

      Padam
  8. Bagus membeli ketika promo ni.. oh akhir tahun mmg macam tu eh banyak promo.. bagus dania dah belanja ibu dia makan aiskrim..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesekali anak belanja sebab dah ada duit kerja part time. Hehe

      Padam
  9. sabun rose tu i pernah beli jugak..cuma bau dia tak kuat sgt dan tak long lasting..i lg suka brand kustie ;) wahh cepatnya u jln2 mkn2 dan balik rumah hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ke?. Tak apa la you sebab ni untuk basuh tangan je. I nak tukar dari brand BBW yang I guna sebelum ni. Kalau BBW memang wangi sabun tangannya.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Breakfast makan pizza

International kami breakfast pagi ni ya....mulanya nak tengok2 lagi tempat lain tapi bila bau pizza tengah masak tu menusuk hidung tu wangi ...