Ada masa2 tengahari tu macam nak makan yang orang lain masak jadi ya...lepas ambik Dania kat kelas Bahasa Turki....kita makan-makan je la dalam UPM ni. Malas pula saya nak pergi tempat jauh sikit.
Makan dekat Umai Cafe akhirnya.
Saya teringin nak makan bihun ladna.
Dania pulak nasi goreng patayya dia. Kalau Umai je mesti nasi goreng ni.
Kalau makan kat Umai Cafe ni tak ramai la jumpa orang. Kalau makan kat Umai Serumpun tu...jap jap mesti jumpa orang...😅. Kawan Dania memang ramai tinggal kat Kolej Serumpun.
Lepas tu singgah Pusat Kesihatan Universiti sebab nak tanya perlu ke ambik suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) atau lebih mudah bahasanya Kancing Gigi. Student yang belajar kat Fakulti Pertanian kena ambik suntikan sebab student ni kena deal dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Nasib baik tak kena sebab dia kira dalam 5 tahun kot suntikan tu bertahan. Dania dah ambik masa Asasi Sains Pertanian dulu tahun 2022. Nak kena tanya jugak sebab Dania duduk luar dan suntikan ni dia ikut Kolej. Pelajar Asasi UPM tak payah ambik dah.
Lepas tu balik la rumah. Tengok Dania masih mengekalkan cara dia buat assignment untuk program yang baru ni. Kadang baru dapat assignment dia terus siapkan dan terus hantar. Macam mana saya tahu?. Saya check website Putra Blast. Tempat lecturer suruh hantar assignment, post lecture slides, post info test etc. Baru je saya check dan katanya ada 1 assigment tu dihantar 5 days earlier. Sesekali kena pantau juga walaupun dah masuk universiti.
XOXO,
Ezna
Alhamdulillah... Semoga Dania terus konsisten...
BalasPadamSenang sikit sistematik macam nie... Senang dapat info
Risau sebenarnya kita yang mak mak ni....tapi bila check dan Dania siapkan rasa lega sangat.
PadamSeronok hari- hari dating ngan anak...
BalasPadamDah tinggal kat rumah. Masa Asasi je dok kampus.
Padamterbaek lah dania! siapkan semua task dan assignment awal2!!!
BalasPadamKadang siap bagitau I lagi...ummi jangan kacau ya...Dania nak buat kerja....hehe
PadamAnak perempuan insyaallah dorang agak komited. yang lelaki ni takut juga sebab bila dah start main game semua jadi lupa, semua last minit.
BalasPadamHaa bab game ni memang tak dinafikan tapi ada juga girl yang main game jugak. Bab ni risau juga tapi kalau pandai bahagikan masa ok la. Kalau ralit payah juga.
PadamDulu saat kuliah saya pun termasuk yg awal kalo nak hantar assignment 😄🤭. Soalnya biar tenang JD tak buru-buru kan nak buat. Dan lagi target saya saat itu bisa lulus tepat waktu . Krn itu fokus sangat kuliah.
BalasPadamBihun ladna itu menarik lah kak. 😍😍. Sedap nih pasti .kalo nasgor Pattaya sering makan dulu, JD tak penasaran rasanya