Rabu, November 20

Butang yang sangat cantik di KLCC

Hujan renyai-renyai membasahi bumi Kuala Lumpur malam ni. Hujan renyai-renyai ok lagi tapi kalau lebat risau pulak bab banjir. Area KLCC ni pernah banjir kan?. 


Tiba kami ke KLCC, menuju ke surau dulu untuk maghrib. Lepas tu kami ke food court Tingkat 2 KLCC. Saya teringin nak makan Tteokbokki tapi ada dalam 6 ketul je kot. 😅


Air yang kami order, 2 Teh O Ais dan 1 Teh tarik. 


Dania makan mee tarik. 


Hubby makan mee tarik dengan lauk kambing.  


Tiba-tiba....hehe suspens pulak. Dania nampak Buttonscarves kat hujung food court ni. Memang tak perasan ada buttonscarves selama 2-3 kali makan kat food court ni sebab kami selalu duduk bukan kat hujung sangat. Kali ni duduk tengah sikit tu yang nampak. 

Buttonscarves ni dari Indonesia. Saya pernah dapat hadiah 3 helai buttonscarves dari blogger Fanny. Terima kasih Fanny ya. Buttonscarves juga mempunyai beberapa outlet juga kat Malaysia. 

Masuk je buttonscarves ni bau sangat wangi. Nampak kat kaunter pun ada jual minyak wangi jugak. Haaa ni lah butang yang sangat cantik tu....💝


Cantik cantik hijabnya....ada yang kosong dan yang bercorak. 


Ini salah satu yang bercorak bunga. Tepinya laser cut. Halus je seakan sulaman. 


Ini pula variasi yang lain pulak. 


Ini corak yang halus je. Seakan tak nampak coraknya. 


Saya belikan Dania sehelai buttonscarves ni since Dania tak ada lagi buttonscarves. Staff kat sini cakap design kat Malaysia ni kurang sikit la dari Indonesia. Kalau kat Indonesia lagi banyak design dia. Kat Malaysia ni kira limited la. 

Limited pun tapi masih ada yang cantik-cantik. Dania punya saya pilihkan yang kosong tapi ada corak embossed. Tepi2 tu laser cut dan Dania punya buttonscarves berwarna rose gold. Kain dia seakan cotton tapi macam licin sikit dan kesat (Dah licin kesat pulak....masalahnya ada 2 rasa kat fabrik ni). Licin pun tak la selicin satin. 


Sementara itu, Dania sorang-sorang ke Kinokuniya untuk mencari buku idaman hati. Dania beli yang ni untuk melengkapkan siri Good Girl's Guide to Murder. Buku pasal penyiasatan kes pembunuhan. Berat pulak rasanya genre ni. 😳


Dah selesai kat Kinokuniya turun la escalator nak balik kemudian ada pelancong dari India tanya ini ke Suria KLCC? Saya kata ya. Kemudian beliau tunjuk kat mana nak cari tempat makan ni....Saravanaa Bhavan ni. Nasib baik la saya tahu sebabnya tadi masa makan kat food court Dania nak cari Jalebi kat tempat makan ni la. Tempat makan ni makanan dari India yang menyediakan makanan Vegetarian. 

Dalam perjalanan balik, ternampak pintu gerbang yang penuh dengan cahaya berwarna-warni ni. 






XOXO,
Ezna
 

17 ulasan:

  1. lawa corak tudung warna gold based kelabu yang kak ezna tunjuk tu..

    BalasPadam
  2. Boleh tahan lawa² design hijab kat buttonscarves tu noo... teringin pulak cheq nak cari sehelai dua kat online 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa pi cari kat online. Memang design ni cantik-cantik.

      Padam
  3. famous jugak brand ni..my PA bg hadiah bday utk our colleague tudung brand buttonscarves ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh ye ke you?. Memang tepi2 dia laser cut tu halus je. Signature buttonscarves kot. I baru tahu ada outlet kat sini.

      Padam
    2. Saya beli juga utk kak suze, suka tak 🤭. Tapi waktu itu saya beli color hijau kalo tak salah. Nak cari pink dah habis

      Padam
  4. Cantik tudung brand ni, first time tengok. Ada online juga ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada rasanya....tapi baru tahu je ada kat Malaysia.

      Padam
  5. cantik2 tudung nya...kalau MA pun mau terjebak jugak ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye MA...tu pun masa tak panjang pun masa memilih.

      Padam
  6. Benar Mbak hijabnya cantik-cantik. Sepertinya bahannya lembut ya.
    Foto terakhir bagus sekali dengan cahaya yang beraneka warna.

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya. Patut bangga ni produk dari Indonesia ni. Memang cantik kainnya. Saya suka.

      Padam
  7. sama pulak genre kesukaan Kyra & Dania ni. Tu yang sampai terbawa2 nak ambil bidang forensik katanya nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menarik tu forensik tu Ammi. Memang kena masuk kelas sains la. UKM, UITM dan USM ada tawarkan bidang forensik.

      Padam
  8. Saya pun suka beli BS nih, dan biasa memang utk souvenirs ke teman2 karena packaging dia bagus juga. Waktu itu KSH utk ke Suzie, kak SA , kak Retna dan kak ezna lah 😁. Saya sendiri malah belum pernah ke offline store nya, selalu beli online. Soalnya offline store dia jauuh dari rumah saya 🤣.

    Btw, genre buku yg dibeli Dania nih baru saya sukaaa ❤️❤️. Kalo dah berbau thriller, atau penyiasatan memang sukaa sangat 😍

    BalasPadam
  9. Ye ke baru perasan.. ke saje makan situ dan lepas tu eh eh ada buttonscarves dan eh eh masuk jom tgk dan alaa terbeli hahaha..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Breakfast makan pizza

International kami breakfast pagi ni ya....mulanya nak tengok2 lagi tempat lain tapi bila bau pizza tengah masak tu menusuk hidung tu wangi ...