Jumaat, November 15

Kambing dibuang ibu & kambing terlepas

Budak Ansci (Animal Science) kena buat apa je?. 
Pagi-pagi nak kena ke ladang kat tempat kambing sebab nak belajar pasal rumput yang sesuai untuk ternakan. Kena jalan sikit la dari fakulti ke ladang. 

Ada kambing yang menjenguk nampaknya. 


Lepas tu ada seekor anak kambing cute yang dikatakan berumur 4 minggu. Ibunya dah tak nak dah kat kambing ni. Kesian kan?. Kecik lagi dah kena buang ibu kambing. Nama kambing ni pulak Pearly. Mungkin sebab badan dia putih ala ala mutiara. Tak sampai hati pulak tengok muka innocent dia. 


Disebabkan kambing ni dibuang ibunya, bila student Ansci berada kat sini dia ikut je. Sambil Dania kata kejap-kejap student ni bergambar, kejap-kejap student yang lain pulak bergambar. Dania kata dia tak bunyi sangat la. Siapa yang pakaikan loceng kat Pearly ni?...

Ada ibu, ibu pun tak guna ya.....tak hiraukan Pearly ni....balik rumah Dania basuh semua baju seluar termasuk topi sebab kata ada bau kambing 😆

Nak menguruskan haiwan ni kena berlemah lembut juga, tak nak haiwan tu tak selesa bila tersalah pegang. Tapi yang ni macam manja je....


Ada juga rumah sembelih kat Department of Animal Science. Dania dan kawan-kawan kena pergi sini sebab nak belajar tentang bahagian badan kambing. Setiap kumpulan disediakan seekor kambing. Memang ada disuruh untuk menambat kambing dengan kemas kat tiang takut jadi macam senior dulu2...kambing terlepas. Dania kata kambing kumpulannya macam tak relaks. Kemudian....zassss kambing cabut lari. Dah satu hal kena tangkap. Kawan satu group Dania yang berlari ni. Tukang ambik video Dania. Hehe. Akhirnya kambing berjaya ditangkap oleh senior yang kebetulan berada kat situ. Baju putih ni lab coat. Mereka kena pakai masa ke rumah sembelihan. 

Kambing ni akhirnya akan disembelih untuk pengajaran pelajar Ansci. Dania ada tunjuk la rupa kambing yang telah selamat disembelih kerana mereka semua dibawa ke peti sejuk beku.  


Ini pula ketika amali di ladang untuk preparation untuk tanam rumput Ruzi. Dania kata kena tabur kapur. Setiap kumpulan ada satu petak untuk ditanam rumput. 

Benih rumput Ruzi atau panggilan sainstifiknya Brachiaria Ruziziensis adalah tumbuhan menjalar yang ketinggian dia lebih kurang 1.5 meter. Digunakan sebagai padang rumput kekal atau separa kekal untuk meragut, memotong dan makanan hijau atau jerami

Sumber :  https://saujanafeedmill.com/v1/benih-rumput/

Dania cerita pelajar Ansci perempuan naik traktor kat ladang. Ini bukan pengalaman pertama Dania. Dulu masa amali pertanian masa asasi pun pernah naik juga dan masa pesta konvo kat ladang buah-buahan.

 

Tapi nak melaporkan ni pun kena ada guideline sebab tak boleh la tunjuk gambar haiwan yang disembelih.

Menarik juga program ni untuk mereka yang memang pencinta haiwan. 





XOXO,
Ezna


 

27 ulasan:

  1. Kena betul² minat kan nak ambik course ni. PH suka haiwan tp tak sanggup nak berpanas², tengok haiwan yg dah disembelih dsbnya mcm Dania lalui ni.
    You go girl 💪🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sendiri pun tak sanggup sebab memang takut sikit bab haiwan ni PH. Tu yang cakap kalau minat takpe. Apatah lagi nak berpanas. Terima kasih ayat last tu PH :)

      Padam
  2. memang nak yang betul-betul pencinta haiwan ni yang acah-acah diva tak boleh ambil course ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul sangat betul. Kalau acah2 diva kang susah nak disuruh bersihkan kandang haiwan atau nak kena bersihkan haiwan.

      Padam
  3. Wahhh..Menarik sgt nih..Nnt share lg sis =D

    BalasPadam
  4. Seronok la course ni, arwah ayah suruh ambil course lain. Comel la Pearly.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah suruh ambik course apa la tu?. Pearly tu comel tapi ibu dia tak nak dia dah.....kurang kasih sayang.

      Padam
  5. dania pencinta haiwan..bkn smua bdk berani nk dukung gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya setuju Amy. Ummi dia pun sejenis tak berani dan tak mungkin akan ambik course ni.

      Padam
  6. Nampak bersih jew anak kambing tu.

    BalasPadam
  7. dania nampak sgt natural dan pro lah bila pegang dan posing dgn anak kambing cute tu ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab Dania minat haiwan. I memang surrender la you. Apa2 haiwan pun tetap takut. Kalau ambik gambar I, mau muka I pun macam tak selesa. Hehe.

      Padam
  8. Laaaa... agak-agaknya kenapalah si Pearly tu dibuang ibu nya eh
    Senior Dania mesti dah pro kejar kambing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha tu lah musykil juga sebabnya Pearly baru berumur 4 minggu. Senior Dania kebetulan ada kat situ. Dialah yang menangkapnya....

      Padam
  9. alololo comel je dia
    teringat video anak kambing yg sy tgk hari tu
    lbh krg mcm ni jg laa

    BalasPadam
  10. Jadi hewan2 di sini nantinya memang akan di sembelih kak? Student laki2 nih harus bisa sembelih nantinya atau tak? Saya memang tak akan sanggub kalo bab sembelih 🤣. Tiap idul adha aja tak pernah mau lihat sembelih kurban 😅. Tak sanggub liat darahnya macam Sesak napas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya bukan semua disembelih. Mungkin yang terpilih sahaja kerana ada juga untuk student Animal Science ni ditugaskan untuk menjaga haiwan di sini. Selain daripada itu nak belajar juga tentang tabiat kambing di sini, apa makanan yang disukai, penyakit yang dihidapi sebab nanti juga akan dijadikan kajian untuk pelajar Undergrad, Masters dan PHD.

      Kakak pun takut nak melihat haiwan korban Fanny tapi untuk haiwan korban lebih baik kita sendiri melihatnya sebelum dikorbankan untuk mendapat pahalanya. Lepas dikorbankan kakak sedih juga tapi haiwan yang lain maaf kakak tak tengok la kalau nak disembelih. Takut.....

      Padam
  11. memang pearly kenal lah Dania lepas nie...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pearly ni nak perhatian Linda. Semua nak bergambar dengan dia macam selebriti. Hehehe.

      Padam
  12. Interesting ye course Dania...baru tau ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau betul2 minat haiwan memang ok tapi kalau tak minat tak boleh juga....unik sebab kena deal dengan haiwan yang kita tak faham dia nak apa sebenarnya.

      Padam
  13. Kesian nya dah la kambing.. kena buang dgn mak pulak.. nasib la kambing.. Dulu kecik2 di kmpung kambing bgi lepas je tak kesah dia makan apa hahaha

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Breakfast makan pizza

International kami breakfast pagi ni ya....mulanya nak tengok2 lagi tempat lain tapi bila bau pizza tengah masak tu menusuk hidung tu wangi ...