Khamis, November 7

Dania berusia 20 tahun hari ni 7-11

Kejap je masa berlalu. Anak ummi berumur 20 tahun hari ni. Untung juga birthday bulan lewat ni. Gambar di bawah aunty Dania....Erma whatsapp gambar ni. Mengikut file phone...masa ni umur 10 tahun. Maknanya darjah 4 dan masa ni belum baligh lagi jadi gambar ni ok la ya. Cat belakang pun masih kat rumah lama kami. Hasil hadiah Nippon Paint Tolong Rumahku bersama Era Fm.


Dania dah jadi sebesar ini dah.
Lahir kedunia masa bulan puasa. Lagi seminggu nak raya. Dr pakar bius baru balik solat terawih. 😅Dania anak yang baik dan mendengar kata. Hatinya lembut. Dulu masa sekolah rendah, dapat cikgu tuition garang untuk Matematik....bila ummi tanya macam mana?. Terus Dania menangis. Mungkin cikgu tu jiwa kacau sebab lepas tu macam bercerai dengan suami. Agaknya yang kena anak murid la kan?. Lepas tu berhenti dengan cikgu tu dan dapat cikgu tuition lemah lembut pulak. Memang ngam sangat la. Cikgu tuition ni sekarang ni buat PHD kat University of Birmingham. Pergi sana bawa satu family. Guna duit berniaga kek, kuih-muih. Memang terinspirasi saya dengar. Moga Dania pun jadi macam Cikgu Noor Raihan. Cikgu Raihan ni ambik subjek sains dan matematik. Cikgu kata Dania cepat belajar. Ya la ummi dia tahu la perangai anak macam mana kan....bila Dania happy....dia akan cepat tangkap apa yang disuruh. Kalau tak happy macam cikgu garang tu memang ummi hmmmm....esoknya terus berhenti. Ada ke masa tu marah sebab saya call kata dah habis ke?. Cikgu tu marah kata sibuk nak balik je. Tak boleh ke cakap elok2?. Saya memang pantang sikit bab camni. 


Ni hadiah yang saya beli. Topi bucket yang saya order dari kawan saya pula kebetulan baru tiba jadi masukkan je dalam beg jerut yang beli dari Poplook ni sekali. Hehe. Tulisan Korea sebab kawan saya tu melawat anak dia yang belajar kat Incheon Korea. Tulisan ni Dania yang tulis kemudian bagi kat Aunty Intan. Betul dah kot sebab Dania ada basic tulisan Korea ni. 


Kemudian saya beli yang ni. Beli dari pelajar yang baru je habis belajar pergigian kat Pulau Pinang. Siap google lagi. Hehehe. Lawa gigi dia guys....Nasib baik la dapat orang yang baik-baik ya. Lancome X Chiara Ferragni ni kolaborasi Lancome dengan Chiara Ferragni. Kalau nak cari yang ada stok pun ada kat Ebay tapi produknya kat UK. Ni kat Melaka je produknya. 

Bekas make up ni glitter berwarna pink. 

Credit : Chiara Ferragni

Ni dalam make up palette ni. Ada 1 shimmer gloss, 4 lip color, 4 eyeshadow, 1 blush, 3 highlighters dalam satu pallette ni. Puas hati dan comel. Hopefully Dania suka. Pernah mencari juga tapi akhirnya bertemu. 


Birthday kena ada kek. Dah la nampak post cake carrot kat blog Suzz. Udah craving cake pulak kat Rumah Kueh Kak Zu. Alhamdulilah. Petite Victoria Sandwich Cake ni yang saya beli. Dania suka perisa kek ni. Ada strawberry jam dan yang ni jenis sponge buttercake. 


Alhamdulilah untuk semua....birthday Dania ni nak pergi hantar goodie bag pula kat kawan-kawan sebilik masa asasi. Insya Allah. 

Letak sini nak bagi ingat bagi hadiah apa tahun ni. Nanti next year bagi lain pulak. Ada 5 orang yang saya nak bagi. Sorang akan dapat 1 face sheet Tony Moly ni. 


Ni perfume kirim kat adik saya Erma yang pergi kursus di London. Ada dua je bau best kat Primark jadi beli 2 ni je. Jadi kawan Dania ada yang dapat peach dan ada yang akan dapat lime ni. Ada juga untuk diri sendiri. Saya pilih peach. Dania pilih lime. 


Sorang satu dapat buku nota ni. Anak sendiri pun dapat. 😅. Moga dapat manfaatkan untuk tulis nota matapelajaran. 


Ummi dan Ayah love you so much!!!!




XOXO,
Ezna



16 ulasan:

  1. happy birthday dania....kejap dh 20thn ...tk lama lg ummi bakal dpt menantu :) dania yg lemah lembut dpt cikgu garang mau terkejut dia...nasibaik dpt cikgu lain plak kan...sronok kwn2 dania dpt adiah tu nanti

    BalasPadam
  2. Happy Birthday buat Dania 💐
    Moga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat 💙

    Cute dan cantik bekas make up tu.

    BalasPadam
  3. Wahh..dah 20 tahun dah Dania ye...Alhamdulillah...

    Happy birthday to Dania..semoga yang baik-baik sahaja untuk Dania, Ummi dan Ayah ye...Aamiin....

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...
    happy birthday dania, moga sukses selalu.
    dania lemah lembut, sopan santun nie, macam kak ezna je...
    kalau anak-anak linda menurun linda, menyinga je lah keje nya... hahaha

    BalasPadam
  5. happy birthday to Dania..moga jadi anak yg solehah, berjaya dunia & akhirat...aamiin..
    dah besar dah anak2 kita dulu yg kecik comei je kan..alhamdulillah..
    esok bday MA, Ahad pula bday Iris,,,beza 2 hari je.. he he he...dia pun request nak buat simple goodies utk kawan2 baik dia..

    BalasPadam
  6. Wahhhh...Meriah bday gift dania...Semoga yg terbaik utk dania...Sama la mcm che mek sy dpt mcm2 dr kami...Tp xde surprise sbb dia pilih sendiri...skrg dia tgh tggu fon sy utk slot masuk sim card dia =D...

    BalasPadam
  7. Sanah helwah happy birthday dania🎂🌹🎊🎉🎁moga terus cemerlang dlm pelajaran, dimakbulkan segala doa, hajat dan impian.aamiin🤲

    BalasPadam
  8. Happy birthday Dania 🎉🎉🎉🎂. Selalu jadi anak yg baik, lemah lembut, dan kebanggaan orangtua yaa 🤗. Semoga dimudahkan selalu hidup Dania dan sukses dalam pendidikan juga karir nantinya. ❤️

    BalasPadam
  9. happy birthday Dania sayang...sekejap je rasa kan kak dah birthday yang ke-20..my girl pun macam ni la agaknya nanti pejam celik sedar2 dah besar...
    moga yang baik-baik sentiasa untuk Dania

    BalasPadam
  10. Happy birthday sweetie Dania. 🌸🌸🌸🌸 Moga berjaya dunia akhirat.

    BalasPadam
  11. Happy Birthday Dania 🎈
    Semoga berjaya selalu dan dilindungi Allah sentiasa.
    Best² hadiah Dania dapat & yg dubagi dekat kawan² dia. Perfume tu the best I guess :)

    BalasPadam
  12. Sama usia dengan anak kedua saya...juga baru sambut ulang tahun yang ke 20

    BalasPadam
  13. happy birthday dania
    belajar rajin2 dan balas jasa ummi ayah👍

    BalasPadam
  14. Selamat Ulang Tahun untuk Dania,
    Semoga panjang usia, penuh berkah, tercapai apa yang di cita-cita kan dan selalu dalam lindunganNYA.

    Salam,

    BalasPadam
  15. Selamat Hari Lahir Dania.
    Akak tengok gambar² Dania memang seorang yang soft dan sweet.
    Semoga Dania sihat² dan sentiasa dalam lindungan Allah.
    Banyak hadiah Dania dapat tu. Beruntung juga kawan² rapat Dania juga dapat hadiah.
    Semoga Ezna dan suami sentiasa dimurahkan rezeki.

    BalasPadam
  16. Selamat hari lahir Dania, semoga membesar menjadi anak yang menjadi kebanggaan keluarga, manis sentiasa dan sentiasa dalam lindungan allah swt..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Breakfast makan pizza

International kami breakfast pagi ni ya....mulanya nak tengok2 lagi tempat lain tapi bila bau pizza tengah masak tu menusuk hidung tu wangi ...