Rabu, November 6

Beriadah berbasikal dan brisk walk

Hari Jumaat sehari selepas perayaan Deepavali, kami beriadah di Taman Canseri, Presint Diplomatik Putrajaya. Cuaca nampak baik petang ni. 


Saya dah mula brisk walk, Dania dan hubby tengah prepare basikal lipat tu. Senang ada basikal lipat ni sebab boleh simpan kat boot. Bila nak pakai kita buka. Save space. 


Nak terus ke nak mengundur?. Saya cukup takut nak lalu ni sebab ni kategori anak monyet. Kot la mak monyet ni ada takut dia kata saya ganggu anak dia. Banyak betul koloni monyet petang ni. 

Saya mengundur la. Guna jalan lain. 


Petang ni macam tak ramai orang beriadah. Bagi saya ok sangat la. Tenang sikit. Bahagian permainan kanak-kanak yang nampak ramai sikit orang. Mungkin ambik kesempatan bercuti balik kampung kot orang Putrajaya ni sebab cuti panjang kan Deepavali ni kalau ambik hari jumaat. 


Kat jalan pun lengang je. 


Peta Taman Canseri. 


Kelibat Dania dan hubby dah tak nampak dah kat jalan ni. Saya berjalan la sorang-sorang kat sini. Tak jauh mana pun dah patah balik sebab imaginasi kot la ada babi hutan ke tengah jalan macam mana?. Kat Putrajaya ni memang ada babi hutan. 


Ada plot untuk negara Kuwait kat sini. Katanya dulu kat Presint Diplomatik ni akan didirikan rumah untuk para Diplomat. Nampak juga dari negara lain kat sini. 


Dalam jam 6 lebih baru nampak hubby. Hubby citer lalu depan rumah banglo...rumah tinggal kat Presint Diplomatik ni. Dania kata ayah tak tunggu Dania. Rumah banglo tu bagi saya agak seram sebab rumah tinggal. Besar pulak tu kawasannya. 


Kalau nak tengok rupa rumah banglo atas bukit ni....ni haaa saya ambik tahun 2022. Pernah tahun 2022 tu hubby lalu kawasan ni dengan basikal lepas tu berbau wangi. Kemudian, kami ke sini dengan kereta dan bau tu memang tak ada dah la. Ni namanya takde kerja cari kerja 😅. Nasib baik takde apa2 dah lepas tu. Rumahnya macam cantik cumanya kawasan sekeliling dipenuhi pokok2 macam tak maintain. 


Lepas ni kami terus balik la...





XOXO,
Ezna



 

24 ulasan:

  1. syok tu berbasikal & briswalk tp ada monyet tu gerun juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Monyet tu buat takut je. Baiklah patah balik. Kalau lalu sebelah dia kot dia mengganas pulak.

      Padam
  2. riadah santai untuk kesihatan fizikal dan emosi kan dik :)

    BalasPadam
  3. rumah banglo sape la agaknya tu kan kak...tengok pun dah seram
    saya baru niat nak briskwalk dah tiba musim hujan plk hahaha alasan sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya rumah diplomat kot tapi macam tak berpenghuni. Besar banglonya....

      Padam
  4. Memang best nampaknya beriadah kawasan tu. Saya pun tak suka kalau jog terserempak dengan binatang sebab pernah kena kejar dengan anjing huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab kena kejar dengan anjing ada kisah jugak. Memang takut juga kalau terjumpa anjing.

      Padam
  5. Pernah jalan2 dengan kereta. Tapi sunyi sangat. Tak berani nak cycle atau brisk walk situ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Mulan sunyi. Masa berjalan tu kebetulan sunyi je lepas tu rasa tak sedap hati tu yang patah balik.

      Padam
  6. seronok dapat buat aktiviti riadah...linda rase mcm tak lama tak keluar ke taman riadah macam nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada kesempatan baru buat Linda. Selalu tak buat....hehe

      Padam
  7. Ya Allah sayangnya, rumah besar macam tuh, tp tak dirawat. Lebat sangat semak2. Takut saya ada ular 😔.

    Tapi utk sekedar brisk walk di sini kliatannya menarik ya kak.

    Sayapun pasti akan pergi putar balik kalo ketemu monyet. Takut 🤣

    Jadi area presinct diplomatic ini tak jadi utk trmpat2 para diplomat?

    Jadi inget saat mertua saya masih aktif jadi diplomat, tiap kali cari rumah tinggal hrs cari sendiri. So far selalu dpt yg besar saat di Jerman, Finland, jepang, Korea Utara, dan Amerika. Tapi saat di Bulgaria mereka lalu cari yg kecil, Krn lebih mudah perawatan 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha....sama la kita Fanny. Kakak takut kalau anak itu panggil ibunya. Pasti kakak pulak kena kejar. Kalau seorang diplomat pasti disediakan maid / helper kan?. Menarik ya mertua Fanny diplomat. Puas travel ke luar negara ni.

      Rumah embassy kalau sekarang terletaknya di Kuala Lumpur. Mungkin plan nak buat kawasan diplomat tak jadi di Putrajaya. Kalau embassy Indonesia terletak di Jalan Tun Razak, Imbi di Kuala Lumpur.

      Padam
  8. rumah tu sebiji je ke? x de rumah lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Anies. Kalau tak silap kawasan sini nak dibina rumah kediaman untuk diplomat. Jadi tak pasti kediaman dari negara mana yang usang ni. Memang seram juga sebab kawasan penuh pokok-pokok.

      Padam
  9. Aktivitas yang baik dan menyenangkan bersama keluarga tercinta Mbak.
    Sementara Mbak berjalan kaki, Dania dan suami bersepeda.
    Suasana lingkungan yang sangat nyaman dengan udara yang bebas polusi sangat mendukung untuk aktivitas bergerak badan demi menjaga kesehatan.

    Btw, kalau di Malaysia disebut sebagai "basikal", disini disebut sebagai "sepeda", Mbak.

    Salam,

    BalasPadam
  10. oo... besar juga kawasan Pescint Diplomatik tu. Walau monyet tu nampak kecik tapi menggerunkan juga sebab sejenis haiwan yang licik.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Breakfast makan pizza

International kami breakfast pagi ni ya....mulanya nak tengok2 lagi tempat lain tapi bila bau pizza tengah masak tu menusuk hidung tu wangi ...