Khamis, November 14

Hari jadi disambut di Chef Wan Cafe | My Travelogue of the World

Masa ni kami berjalan depan Padini Concept Store, IOI City Mall. Terjumpa pula kawan sekelas Dania masa SK Bukit Jalil dan ibu Anis ni saya kenal la. Mereka nak meraikan juga birthday boy (adik Anis) yang kebetulan sama tarikh dengan Dania...7 November.


Lagi gambar....


Kat depan pintu berdekatan dengan FOS, masing-masing berpisah. Kami ke belah kiri dan Farah dan keluarganya ke sebelah kanan sebab birthday boy nak makan kat Dip N Dip. 


Hiasan ke atau untuk jualan ke saya pun tak pasti. 


Kami duduk kat bahagian sini takde orang. Lega sikit sebab saya ni kot terbatuk pulak nanti. 


Tengok la hiasan lampu kristal tu. Cantik. Kalau tengok kat belakang tu ada frame gambar Chef Wan di luar negara. 


Ini bila saya set dengan staf situ supaya nyanyikan lagu hari jadi untuk Dania dan saya pilihkan apple pie. Bab bawa card dan nyalakan lilin tu saya tak tahu. Janji anakanda rasa diraikan. ❤. Beriya la saya angguk-angguk tanda boleh mulakan sekarang sebab tak nak bagi Dania obvious sangat saya deal dengan staf Chef Wan masa saya tengah duduk ni. 

Jadi staf ada yang pegang pinggan apple pie dengan lilin dan ada seorang staf bawa kad besar. 


Tersenyum birthday girl ya. Staf yang pegang kad ni berdiri la situ selagi saya tak suruh ok boleh pergi. 😅


Dah tiup apple pie...kita makan ya....


Seafood Yee Mee ni nampak menyelerakan tapi selera saya je yang tak ada sebab batuk-batuk jadi makan sikit dan selebihnya saya tapau. 


Ada potongan ikan juga dan bagi saya sedap ikan ni. 


Dania kata sedap spaghetti ni dengan meat ball. 


Burmese Curry Noodle. Kuah dia hubby kata pekat sangat dan katanya ini sangat direkomendasi untuk dicuba. Tapi hubby macam tak kena dengan tekak pulak tapi habis la seporsi ni. 


Gambar family dulu sebelum makan. 


Senyum semua.....


Deco Cafe Chef Wan kat IOI City Mall ni memang cantik. 


Kalau duduk kat sini pun cantik tapi kat sini meja dia panjang. 


Kita ambik gambar je kat sini. 


Di satu sudut ada lukisan Chef Wan. 


Tempat nak basuh tangan pun dihias cantik. 


Dinding berdekatan dengan kaunter bayaran. 


Kami duduk kat dalam kan....kalau nak makan kat luar pun silakan. Walaupun kat luar masih tak kena hujan la sebab ada bumbung. 


Alhamdulilah, Dania dapat diraikan kat sini. Hadiah semua dah bagi kat rumah dah. Bertambah usia 1 tahun lagi.....dah 20 tahun dah anak ummi dan ayah ni.

Moga jadi anak yang solehah.....

Habis dah la sambutan hari jadi untuk keluarga kecik saya ni untuk tahun ini. 






XOXO,
Ezna

 

18 ulasan:

  1. macam rupa mee rebus pulak nampaknya burmese curry noodle tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah rupanya sama tapi rasanya mungkin hanya orang tertentu je suka.

      Padam
  2. belum kesempatan lg nk try mkn kt cafe chef wan...suka tgk decoration cafe cantik...menu husband ezna tu skali tgk kuah mcm mee rebus....menu ezna tu kita suka tp kuehteow la sbb tk suka yee mee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Deco dia memang cantik. Yee Mee ni sedap tapi sebab tak berapa sihat kita tapau je.

      Padam
  3. memang sgt cantik deko2nya tu...happy birthday dania! meriah tu ada nyanyi2 bday dan kad lip lap tu hehhhe ari tu i nampak kad gini gak masa mkn2 kat restoran mohd chan kat area putrajaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang ada kad ni tapi kena ada yang bawa la. Geli hati I selagi I tak kata pergi....tukang bawa kad ni berdiri je situ. Hehe

      Padam
  4. Alhamdulillah...Nice food & deco =D

    BalasPadam
  5. Aah cantik sangat dekonya... Byk spot nak OOTD ni :)
    Mesti Dania akan ingat sampai bila² ni sambutan bday dia yg ke-20 ni .. kad bday Chef Wan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya PH banyak tempat dalam ni untuk OOTD. Lawa betul deco dia.

      Padam
  6. Happy belated birthday Dania. Nampak sedap semua makanannya. Price range?

    BalasPadam
  7. alhamdulillah... semua nampak menarik & restorannya..memang nice la decoration nya kann

    BalasPadam
  8. Sanah helwa Dania yang manis.
    Semoga sentiasa sihat, dipermudahkan segala urusan dan berjaya dunia akhirat.
    Cantik tempat makannya, menunya pun sedap-sedap.

    BalasPadam
  9. Nampaknya deco Cafe Chef Wan di IOI City Mall ni berbeza dengan Setia City Mall.
    Menarik pula seafood yee mee tu lagi-lagi ada potongan ikan dalamnya.

    BalasPadam
  10. wahhh best tuuu confirm dania happy dpt celebrate kt tmpt best...
    dah lama nak try mkn kat sini. katanya cucur udang kat sini👍👍👍

    BalasPadam
  11. Dalam keluarga saya yg paliiiiing suka dinyanyikan kalo birthday saat makan di restoran hanya Raka 😂. Tapi saya dan anak2 tak pernah suka. Kdg kami dah bilang ke Raka kalo nak makan di resto ketika birthday, dah wanti2 dia, jangan ada lagu2 apapun 🤣🤣. Tp trakhir kali dia ttp suruh staff nyanyi ketika birthday fylly. Nasib baik mood anaknya tak langsung drop 😂.

    Saya dah masukkan resto chef wan ini dalam bucket list pertama kalo nanti ke KL. Penasaran sangat. Di KLIA ada kan. JD Dec esok memang nak cari dan makan sana pas transit

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Breakfast makan pizza

International kami breakfast pagi ni ya....mulanya nak tengok2 lagi tempat lain tapi bila bau pizza tengah masak tu menusuk hidung tu wangi ...