Dulu pernah Dania buka akaun simpanan Bank Rakyat sebab kononnya nak masuk Matrikulasi. Matrikulasi ni dapat tahu dulu keputusannya dari UPU. Nak tak nak bukalah akaun ni dulu.
Jadi, memang tak masuklah Matrikulasi kat Kolej Matrikulasi Melaka sebab dapat tahu dapat masuk Asasi Sains Pertanian kat UPM. Lagi dekat...hehe....jadinya akaun simpanan Bank Rakyat ni memang idle la sebab sebelum tu kerja part time kat FOS selepas SPM kena buka akaun CIMB. Duit masuk dalam CIMB.
Tak nak banyak-banyak akaunnya....jadi Dania pun tutup la Bank Rakyat ni walaupun pegawai Bank Rakyat kata kalau dah ada akaun biarkan buka sebab memang nak buka akaun sekarang ni agak susah sebab bank nak elakkan buka akaun sebab nak jadi akaun tumpang je untuk scammer. Actually mana-mana bank pun susah nak buka akaun ya. Latest Dania buka akaun Ambank tu ya allah....banyaknya tanya. Mereka juga perlukan banyak dokumen tambahan.
Cara-cara :
1. Kena menghadirkan diri ke cawangan yang kita buka akaun Bank Rakyat.
2. Bawa bersama kad ATM dan kad pengenalan.
3. Tandatangan borang dan jawab soalan pegawai bank kenapa kita nak tutup akaun. Dania jawab sebab tak masuk Matrikulasi jadi pegawai bank akan tanya masuk institusi pengajian mana sekarang.....
4. Kad ATM akan dipotong. Nampak elok lagi walau dah dipotong ya....
5. Tunggu nombor dipanggil untuk urusan di kaunter dan kita akan mendapat balik duit yang kita masukkan di dalam Bank Rakyat.
Mudah je kan?. Cukup la ada 3 bank CIMB, RHB yang wajib buat untuk pelajar universiti awam dan Ambank masa kerja FOS masa degree (FOS tukar bank pula. Masa kerja lepas SPM tu CIMB).
XOXO,
Ezna
Kalau tak, Dania jadi adik junior kita lah kat KMM.. Hihihi.. Dulu linda belajar kat KMM lah
BalasPadamOh Matriks Melaka ya....Matriks ni yang dapat dulu jadi siap2 la buka akaun dia. UPU tahu pun lambat juga.
PadamBetul...byk2 bank wat penin je
BalasPadamTu lah MA. Kalau banyak sangat....idle je akaun tu tak ok jugak.
PadamKalau tak dimanfaatkan memang lebih baik tutup sahaja
BalasPadamYa betul Wak. Itulah yang difikirkan.
PadamAmmi pun nak tutup akaun BR 3-3 anak ni. Tunggu cuti sekolah nanti bila semua ada kat rumah kita pegilah sekali. Kalau kene ke cawangan di buka maknanya ammi kena ke BR Jalan Tangsi. Uihhhhh...
BalasPadamRasanya mungkin boleh tutup kat branch mana2 tapi yang Bank Rakyat ni tanya buka kat mana?.
Padammy zharfan ada dua akaun la so far ie maybank dan RHB...tabung haji tak dikira bank kan heheh sbb limited usage/access tak de ATM sendiri mcm bank2 lain
BalasPadamTabung Haji bukan bank tapi sama la dengan Dania ada tabung haji. Dah jadi 4 akaun dah. Tabung haji takde ATM pun nak kuarkan kena ke branch.
PadamBetul kalau banyak memang pening nak manage.
BalasPadamYa. Tu yg Dania sendiri decide nak tutup.
Padamnak tutup akaun pun byk tanya juga ye...nak kena pergi cawangan yang dibuka lg,susah juga
BalasPadamRasanya boleh je gi cawangan mana2 cumanya nanti mungkin cawangan yang Afzan pergi tu akan call cawangan yang Afzan buka akaun tu. Mungkin ambik masa sikit je la berbanding terus ke cawangan yang kita buka tu. Walaupun sama bank tapi mgkin ada prosedur jika cawangan lain yang nak tutupkan akaun cawangan yang lain. Nak tutup akaun pun kena tanya Afzan. Apatah lagi yang nak buka akaun....
PadamBetul, sekarang ni memang agak susah nak buka akaun bank. Tapi nak tutup akaun pun banyak songelnya juga ye.
BalasPadamAh ah ada juga soalan kena jawab. Kita jawab je apa yang ditanya. Ni semua salah scammer. Disebabkan mereka la skrg ni payah nak buka akaun bank.
PadamBanyak akaun kalau ada banyak duit best kan? Hihi...
BalasPadamBest PH. Malangnya akaun yg tutup ni tak bertambah pun duitnya. Hehe
Padamsha dlu memng byk bank, tapi xtau pla tutup bank kena p kaunter..sha biarkan ja kosong nnt xaktifla tu
BalasPadamsy pun tgh berkira2 jg nak tutup akaun bank ni... sejak keje dr dulu rs nya dah ada 5 akaun dah tp yg aktif 2 je... yg lain jd tukun tak nilai ($) hahaha
BalasPadamTukun pun Anies...pasti ada duit juga dalam tu.
PadamLast pakai bank rakyat ni masa zaman U dulu, tu pun sebab duit pinjaman pelajaran dpt dari situ. Skrg setia dgn maybank je 😆
BalasPadamSaya pun kalo terlalu banyak pakai bank, bingung juga. Hapalkan acc number tuh bukan mudah 😂. Apalagi kalau panjaaaang. Setakat ini saya hanya hapal no rekening HSBC dan CIMB saya. 2 rekening lain tak ingat. Krn memang hanya utk transaksi harian. Sementara CIMB dan HSBC buat main account for investment dan saving . Sengaja saya pisah2 kegunaan bank ini supaya tak tercampur uangnya.
BalasPadam