Dapat gambar ni dari Dania. Dalam dua minggu sekali untuk subjek Animal Agriculture kena pergi ladang. Kali ni kena tanam rumput Ruzi. Nama panjang rumput ni Brachiaria Ruziziensis. Rumput ni diantara rumput yang diberi kepada animal.
Tukang ambik wefie ni pelajar dari China (depan sekali). Jauh merantau nak tuntut ilmu. Ingatkan cina Malaysia rupanya dari China jadi tak faham la kalau cakap Bahasa Malaysia.
Setiap satu group kena tanam di dalam tali yang disediakan. Sempadan group ditandakan dengan tali. Kat belakang ni pun nampak tali-tali tu.
Memang kena pakai topi ya untuk mengelakkan panas. Bucket hat Dania tu kiranya boleh cover keliling kepala. Kalau pakai topi biasa tu hanya cover depan je la. Belakang dia tak cover.
Alhamdulilah nampak Dania enjoy la apa yang dia buat.
Bersyukur jika anak enjoy apa dia buat. Nak paksa teruskan program lama macam tak adil juga sebab hatinya memang berat ke arah Animal Science. Ada kawan saya tanya kenapa....Dania tak boleh buat ke program sebelum ni? Saya kata kalau tak boleh buat takkan sampai 2 sem dapat sijil dekan....ni bukan pasal tak boleh buat tapi minat. Bila pergi kelas je sebab kena pergi kelas bukan sebab happy pergi kelas. Ada beza dua ni.
Kali ni memang nampak la kesungguhan tu jadi saya sendiri sebenarnya yang suruh Dania tukar program kalau betul-betul minat. Dania dia tak nak tukar pada mulanya sebab tak nak ummi dan ayah susah sebab dah 2 sem kiranya katanya wasted la apa yang belajar. Tapi...bagi saya 2 sem kiranya ilmu yang extra la sebab bila masuk Animal Science, mereka tak belajar apa yang Dania belajar tu....Dania dah ada extra subject seperti Business Law, Intro to Food Science, Farm Practice (yang tanam pokok jagung dan sayur tu), Agribusiness Accounting, Agribusiness Management.
Cumanya bila tukar program ni nanti grad lewat setahun la dengan kawan-kawan satu batch kecuali kawan-kawan yang ambil program Dr Perubatan dan Dr Perubatan Veterinar. Mereka akan grad sekali sebab program mereka pun 5 tahun.
Tak apalah kan lewat setahun pun kalau dah minat, teruskan ajer. Pejam celik pejam celik sebenarnya setahun tu kejap ajer. Dalam menuntut ilmu yang baik ni tak ada yang rugi pun. Buat yang terbaik macam program sebelum ni. Insya Allah...Dania boleh!!!.
XOXO,
Ezna
Setuju tu..biar belajar apa yang kita minat..nanti-nanti bidang kerja pun masuk bidang yang kita minat juga...
BalasPadamYa Sue. Tu yang ummi dia menggalakkan tu. Kalau ummi dia senyap je....belajar la subjek2 yang kurang minat. Dania minat juga cumanya hatinya ke Sains Haiwan ni.
PadamWahhh...Best tengok student life..Teringat zaman kita study dulu..Memula study dlm main campus..Lps tu main campus reno, kena gi kelas dekat stadium shah alam skali dgn student UITM/UTM..Pernah la terserempak sekali dgn Farid Kamil & the geng naik kancil mase habis kelas... Tetibe rindu zaman study..Doakan sy dpt bg anak2 sy merasa student life mcm ni =D
BalasPadamFarid Kamil rasanya UITM kan?. Akak batch UITM tapi seniorrrrr lagi. Hehe. Time tu tak pernah lagi kena gi kelas kat Stadium Shah Alam. Moga anak2 you boleh masuk Universiti yang terbaik untuk mereka dan dapat belajar program yang mereka minat dan seterusnya berjaya di dalam karier masing2. Aamiin.
Padamrumput ni yg katanya sesuai utk bagi lembu tu kan?
BalasPadamRumput ruzi ni sesuai untuk ternakan ruminan seperti lembu, kambing dan kuda.
Padamoh nama rumput yg kena tanam tu ruzi..1st time dgr
BalasPadamunik betul nama rumput ni...all the best utk dania!
BalasPadamAnimal science ni lebih kurang mcm veterinar jugak ke?
BalasPadamSetuju kak. Tak ada ilmu yg sia2. Dania beruntung juga bisa belajar ttg pertanian 2 Sem di awal. Lagipun menuntut ilmu nih tak ada batas usia. Sampai tua pun msh bisa belajar. Jadi walau telat setahun dari teman2, tak apalah.
BalasPadamSaya pun begitu, malah 2 tahun telat. Krn sebelum ke Penang saya dah belajar 2 tahun di university di Banda Aceh. Lalu akhirnya saya tinggalkan Krn diterima di Penang. So, saya graduate sama2 dengan adik saya.
seronoknya....nampak Dania have fun sgt
BalasPadamsuka mcm ni..x de la dok dlm kelas ..kuliah je kan
teringat zaman MA belajar dulu..paling suka bila ada kitchen class..sbb leh masak2 & makan..ha ha ha...