Ambik Dania lepas kelas Bahasa Turki selesai. Plan nak ke He & She UPM ni la.
Bila masuk He & She Coffee ni takde pulak kaya toast. Jadi keluar balik la. Sebelum tu wefie dulu la kat cermin ni.
Balik rumah masak la main dish. Ayam pandan. Kebetulan pokok pandan belakang rumah ni sihat jadi kita buat la ayam pandan ni. Nak balut pandan ni disebabkan takde pencungkil gigi kayu untuk sematkan kat daun pandan supaya kemas, jadi saya selit2 je daun pandan ni. Tu yang nampak tak berapa nak kemas tu.
Resipi :
1. Ayam
2. Daun pandan
3. Garam secukup rasa dikisar *
4. Halia dikisar *
5. Serai dikisar *
6. Gula melaka dikisar *
7. Bawang putih dikisar *
8. Kicap tiram
Perap ayam dengan bahan kisar * dan kicap tiram. Perap selama 30 minit - 1 jam. Lagi lama perap lagi sedap rasanya. Kemudian masukkan seketul ayam dalam daun pandan. Balut kemas dan sematkan cungkil gigi supaya daun pandan tak terbuka.
Bila selesai semua ayam digulung dalam daun pandan, goreng la ayam tu sehingga masak. Fuhhhh masa menggoreng tu keluar la aroma pandan tu. Memang wangi satu rumah.
Sedia untuk dihidangkan. 😊
Cuti panjang kalau ambil cuti hari Jumaat. Dania pun takde kelas Integriti dan Anti Rasuah hari ni. Dr dah cover banyak dah last week.
Selamat bercuti!.
XOXO,
Ezna
Ramai yang amik cuti tersepit ni kan..SA je x amik...
BalasPadamSuami ambik jadi dapat la cuti lebih sikit.
PadamLinda dah cuti sebelum raya.. Hihihi..jadi jumaat kerja lah.
BalasPadam. Nak jimat cuti
Oh sebelum raya dah cuti eh....tapi ramai juga yang ambik cuti hari jumaat.
PadamSedap ni, aroma pandan menambat selera... Ramai cuti hari ni kan...
BalasPadamYa PH. Kat tempat kerja hubby katanya berapa orang je kerja.
Padamcantik la outfit u posing2 dlm cermin tu..nampak muda!!! i like the colour choice too!
BalasPadamTQ Suzz. Warna pastel.
PadamSedapnya ayam pandan
BalasPadamSedapnya ayam pandan
BalasPadamBau dia harum semerbak.
PadamAnak uncle pun ada yg kena kelas Integriti dan Anti Rasuah tu
BalasPadamWajib ambik pulak subjek ni UG. Dulu tak payah pun. Dah tambah lagi 1 kredit.
PadamMenarik pula subjek Integriti dan Anti Rasuah tu. Subjek elektif ke?
BalasPadamBukan elektif. Subjek wajib universiti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Nak grad kena ada subjek ni. Rasanya macam IPTA semua kena ambik.
PadamMenurut Dania, mudah tak bahasa turkiye kak? Saya kalau belajar BHS asing nih dah lambat skr. Apalagi kalo bahasa asing yg aksaranya berbeda 😂😂. Makin susah untuk paham 🤭
BalasPadamBahasa Turki ni masih guna huruf rumi A, B, C tapi ada huruf O bentuk macam ni Ö. Dania kata ok lah sebab hurufnya masih ada A,B, C....kalau anak-anak ni cepat belajar. Kalau kakak....hehe susah nak belajar dah Fanny. Tak sama dengan bahasa cina, bahasa tamil, bahasa thai, bahasa korea yang aksara yang baru.
PadamKakak setuju kalau aksara berbeda macam bahasa di atas susah nak faham.
MA pun cuti jumaat lepas, panjang la skt cutinya
BalasPadam