Isnin, November 11

Makan malam di Melaka

Makan malam kami di mana?
Cari dalam google nak makan Mee Udang jadi dibawa kami ke sini. 
    

Sebelum makanan tiba, Dania bagi kucing treats dulu. Mula bagi kat kucing dewasa sekali datang anak-anak kucing ni join sekali. 


Mee Udang Kak Rose nama diberi. Kuah dia agak pedas ya. Saya dan hubby makan Mee Udang ni. 


Dania pula dengan nasi ayamnya. 


Pintu masuk ke sini betul-betul depan traffic light jadi agak payah nak masuk dan keluar. Kalau traffic light merah dah kita stuck dalam ni nak keluar kalau line kereta tu panjang.

Suasana maghrib yang indah. Ambik gambar dulu la ya. 


Belah sini masih ada langit yang berwarna merah. 


Singgah solat kat Masjid Al Aminin, Batang Tiga, Melaka. Masjid dengan senibina yang ada unsur negara cina. 


Ada penghadang kayu diantara muslim dan muslimat. 


Menara Masjid Al Aminin. 


Alhamdulilah, dah selesai semua kami bertolak balik. Jalan agak jam juga kat highway jadi kami singgah rehat kat R&R berdekatan untuk melelapkan mata. Bila driver dah ok sikit sambung la balik perjalanan.

Tiba rumah pun dalam 12 tengah malam macam tu. 





XOXO,
Ezna

19 ulasan:

  1. Wow..Nmpk sedap mee udang tu sis =q

    BalasPadam
  2. masa mula2 bukak food court nie, pernah singgah..tapi, tulah..tak berkenan sebab betul2 dekat traffic light...jalan tu memang laluan linda lah pergi balik kerja masa duduk melaka dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Linda....kedudukan food court ni tak strategik. Nak masuk kedai dan nak keluar kedai susah.

      Padam
  3. masjid ni alhamdulillah kami dah pernah sampai. mee udang tu belum pernah srsa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah. On the way kami singgah mana2 masjid yang selesa.....

      Padam
  4. Mee udang tu mcm menarik. Kalau cuti atau hujung minggu memang 'bercinta' nak jalan-jalan dalam Melaka ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya jalan sini pun sebab ke Karnival Udara Batu Berendam. Idak kami pun tak sampai sini....

      Padam
  5. Cantik mee udangnya... melengkau-lengkau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Udangnya meriah tapi ni ambik yang biasa. Kalau special ada 5 ekor udang.

      Padam
  6. Pedas ya Mee Udang, alaa kita kurang kuat pedas tapi nampak sedap.

    BalasPadam
  7. Dania dan kucing berpisah tiada.
    Mesti dia rajin sembang² dengan kucing ya.

    BalasPadam
  8. Uncle suka melaka, tapi tak suka jem dia!

    BalasPadam
  9. Dania & kucing berpisah tiada :)
    Mee udang tu nampak sedaplah...

    BalasPadam
  10. Tak pernah singgah masjid ni tapipernah lalu...mee udang tu nampak sedap tapi pedas kuahnya ye...

    BalasPadam
  11. Sedih kalo liat kucing dengan anak2nya terlantar seperti ini... Semoga lah mereka selaku ketemu dengan orang baik yg bagi makan macam Dania.

    Mee udangnya dari looks saja dah mantap, udangnya 3 pula 😍😍

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Breakfast makan pizza

International kami breakfast pagi ni ya....mulanya nak tengok2 lagi tempat lain tapi bila bau pizza tengah masak tu menusuk hidung tu wangi ...