Buat anak-anak kat Institut Pengajian Tinggi (IPT). Dah tebus ke Baucar buku RM100?. Ia bermula dari 30 Oktober 2024. Dania dah tebus pada hari pertama lagi.
Credit : Kementerian Pendidikan Tinggi
Boleh tebus baucar buku ni melalui platform My Siswa Place.
Credit : Kementerian Pendidikan Tinggi
Kalau tengok kat website mysiswaplace.my ni banyak genre buku yang boleh dibeli.
Credit : mysiswaplace.my
Dania dah tebus la baucer kat My Siswa Place ni pada 1 November 2024. Harga buku semua tolak la baucer RM100 (Terima kasih KPT) tu dan Dania cuma tambah RM33.55 je. Ini termasuk kos pos untuk 3 buku dan lebihan harga buku.
Bila check kat website My Siswa Place ni, ada masalah 'shipment picked up failed' oleh DHL. Ini untuk pembelian buku dari Iman Publication dan Popular. Keduanya ada masalah yang sama.
Printscreen : mysiswaplace.my
Kalau kat Popular ni Dania order buku Almond : A Novel. Dania cerita novel ni pun dibaca oleh RM dari kumpulan K-Pop...BTS. Amboiii tau ajer. Mana entah dapat infonya.
Saya pun cari info tentang RM baca buku Almond ni. Terjumpa kat X (twitter) JooniesLibrary.
Kalau kat Iman Publication pula pilihan Dania ni 2 buku dari Teme Abdullah.
Selamat Tinggal Purnama Strain Pertama
Credit : Iman Publication
dan....Selamat Tinggal Purnama Strain Kedua.
Credit : Iman Publication
Disebabkan lama sangat nak terima bukunya jadi saya terus DM (Direct Message) Iman Publication kat Instagram. Ye lah Dania order pada 1 November 2024, hari ni dah 19 November 2024 kan....
Bagus Iman Publication menjawab pertanyaan saya. Takdelah Dania ternanti-nanti novelnya. Bukan DM kat Iman sahaja, DHL pun saya turut call dan menurut DHL jika percubaan pertama untuk pick up buku gagal, parties yang terlibat perlu call balik DHL untuk set kan tarikh supaya DHL boleh pick up buku2 untuk dihantar. Saya suspect in bulk la buku-bukunya since penebusan buku ni untuk pelajar Universiti satu Malaysia kan. DHL pula saya rasa kurier yang dipilih untuk menghantar buku2 pembelian dari My Siswa Place.
Akhirnya, buku yang Dania beli dari Popular tu bertajuk Almond : A Novel dijadualkan dihantar hari ini ke rumah.
Ini adalah inisiatif dari pihak Kementerian Pendidikan Tinggi untuk membantu menerapkan budaya cintakan ilmu dan buku sekali gus dapat memugar budaya membaca dalam kalangan pelajar IPT serta bakal merancakkan lagi industri buku akademik dan wacana ilmiah tempatan.
Terima kasih Kementerian Pendidikan Tinggi!
Anak you alls yang IPT tu dah tebus ke?.
XOXO,
Ezna
Iris dah tebus dah, Ian x sure plak .. kena tanya dia ni
BalasPadamOh ya Dania ada tebus sebelum ni E Belia tapi yang tu beli air ke apa pun boleh guna touch and go e wallet. Kali ni buku sahaja dan tempat pun dah ditentukan.
Padamzharfan lom redeem lg voucher ni..nak kena remind him lah lps baca entry u ni
BalasPadamYa Suzz redeem je sebab nanti takut burn pulak. Macam ada tarikh luput jugak rasanya.
PadamAnak Mrs. A senyap aje tak tahulah dah tebus ke belum
BalasPadamCe cuba tanya sebab sayang juga tak tebus sebab dapat RM100 tu.
PadamUtk sek men & SK pun ada. Abang & Angah dapatlah sbb diorg sekolah KPM, dah selamat sampai dah buku² diorg. Nak up entry tak sempat lagi 😅 Adik Kakak kategori sekolah swasta, tak dapat baucer buku ni :(
BalasPadamHappy reading Dania! Karya Teme Abdullah, patutlah lambat shipped out, ramai yg membeli agaknya.
Lar.....sek swasta tak dapat ya?. Ada pulak swasta dan sekolah di bawah kementerian....hmmm.....
PadamKalau tengok kat website tu masih ada stok lagi. Agaknya betul la PH kata tu lambat sebab karya Teme kan.....apa pun alhamdulilah buku dari Popular dah selamat tiba.
Nak tanya anak solehah ni dah redeem belum. Thanks for sharing Ezna.
BalasPadamYou are welcome Mulan.
PadamBagus juga skim baucer ni kan?
BalasPadamBagus UG. Sekurang-kurangnya RM100 duit buku kerajaan dah bayarkan.
PadamBagus juga ada voucher begini utk para students yaaa. 👍.
BalasPadamBuku teme Abdullah yg ini menarik tak kak? Kemarin saya beli yg bayang sofea, ceritanya agak tak sesuai dengan genre yg saya harapkan pula. Tapi mungkin saya memang tak terlalu suka cerita yg not like a real, kecuali harrypotter hahahaha. Tapi syukurnya novel 5 lainnya yg saya beli di Penang bagus2 alur cerita. Sukaa sangat