Sabtu, November 9

Cendol famous di Melaka?

Bila dah tiba di Melaka ni, jom la kita makan cendol terkenal kat Melaka ni. 

Kami parking kat sini kebetulan ada yang keluar parking. Rezeki.....sebab area sini memang penuh parking dia. 


Dapat tempat kat tepi Sungai Melaka. 


Dania makan Macaroni & Cheese dengan ayam. Dania kata macaroni sikit je.


Saya pulak order Seafood Yee Mee. Nampak tu macam ayam kan? Bukan....tu adalah ikan. Sedap juga tapi portion Yee Mee dia sikit.  


Ni lah Cendol fampus di Melaka ya. Cendol Kampung Hulu. Isteri owner ni sama-sama gang masuk Contest saya dan Suzz. Saya pilih Cendol tapai. Unik sebab terus diletak tapai yang dibalut daun apa ya... sekali dalam ni. 


Ada 1 scoop ice cream juga dalam ni. Beli 1 je boleh share bertiga sebab portion dia besar. 


Ada juga yang bawa kuih keria antarabangsa kat sini. Jadi kami beli. Dania kemain suka ya. Lembut je isi kuih keria ni. 


Masa duduk kat tepi sungai ni ada beberapa bot lalu. 


Tadi bot Mamee, ni pula bot biru. 


Ni pula kami dah keluar dari Makan Avenue dan nak menuju ke Masjid pula. Lalu kawasan Cina ni dan nampak naga melingkar kat atas. 


Sana sini naga....ya ya nak meraikan saya yang juga lahir pada tahun naga....😅


Lalu juga tepi sungai. Bye.....kalau ada kesempatan kita jumpa lagi...


Kita sambung kat post selepas ni la ya....





XOXO,
Ezna

 

25 ulasan:

  1. Bestnya lepak tepi sungai sambila ngeteh... saya tak berapa suka cendol.. boleh boleh je la.. tapi kalau suami saya.. tak boleh tak.. mesti nak singgah kalau nampak org jual cendol.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Yan tak suka sangat cendol ya. Macam akak makan juga. Sedap hirup time cuaca panas ni. Tapi cendol ni beli 1 je la sebab kami share bertiga.

      Padam
  2. Tapai tu dibalut daun getah kot.
    Sedapnya cendol!

    BalasPadam
  3. Lama nya tak makan cendoi kg hulu.. Memang sedap lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah rasa durian, original dan yang ni tapai.

      Padam
  4. wahhh siap ada tapai lagi ya
    rasanya tu daun getah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Anies....unik sebab dia letak tapai daun getah sekali. Ingat tapai dah siap masuk dalam cendol.

      Padam
  5. Cendol ayu macha tu sedapp esp kalau mkn sekali sekala🤤

    BalasPadam
  6. Lama tak pi Melaka. Bestnya makan cendol tepi sungai.

    BalasPadam
  7. memang sedap kan cendol Kg Hulu ni, kak ana suka sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Kak Ana....sesekali dapat cendol ni.....alhamdulilah.

      Padam
  8. Lepak tepi sungai, best...
    Cendol tu diletak tapai sekali ye? Nampak menarik juga tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya PH....Tapai tu diletak camtu....nak makan kena buka daun tu....

      Padam
  9. Ian & Iris heboh nak gi melaka jugak sbb...dah lama x pegi katanya

    BalasPadam
  10. ammi ni kawin dgn org melaka tapi jarang2 nak ke bandar melaka ni

    BalasPadam
  11. SA suka lepak sini...rasanya blom pernah bawak suami kat sini...kena pi lagi sekali nanti ni

    BalasPadam
  12. Waah harus coba cendol ini 😍. Waktu di Melaka ada coba cendol di 2 tempat. Yg 1 failed, satunya lagi sedaaaap. Tp tak istimewa macam yg cendol kampung hulu ini, pakai tapai pula 😍

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Breakfast makan pizza

International kami breakfast pagi ni ya....mulanya nak tengok2 lagi tempat lain tapi bila bau pizza tengah masak tu menusuk hidung tu wangi ...