Selepas Mitsui, kita parking di KLIA1 sebab nak makan kat sini. Kami menuju ke Food Garden KLIA.
Ayam claypot pilihan hubby dan Dania.
Close up ayam claypot.
Ini pula lauk pauk dan nasi saya. Nasi ni 1/2 je dengan sambal belacan dan ulam raja. Ada juga paru. Dapat makan macam ni pun saya berselera dah.
Duduk dekat tingkap.
Kawasan yang luas dalam ni.
Ada banyak variasi makanan kat sini.
Cantik pulak bergambar kat sini sebab ada rak dengan pasu berdaun.
Lepas makan kami ke surau.
Memang selesa la sebab surau berkarpet tebal.
Kemudian kami pusing-pusing la kat dalam airport ni. Banyak dah kedai dalam ni. Chef Wan pun ada.
Dulu masa tahun 2022, kami ke Switzerland time tu kedai-kedai macam tak banyak kat airport ni.
Nampak penginapan kapsul. Tapi bagi saya tak selesa sebab kecik je space dia.
Kyochon kat sini punya besar tempatnya. Dulu kat sini KFC. Dah tutup dah KFC.
Kat sini tempat kami dinner dulu sementara menunggu flight ke Switzerland jam 2.45 pagi 2 tahun yang lepas.
Cantik tempat makan ni.
Tempat makan macam ala ala kat taman.
Siapa kenal Chef ni?. Ada jadi juri masa Masterchef Australia Season 16.
Jamie Oliver pun ada di Kuala Lumpur International Airport.
Baru tahu ada Jamie Oliver kat sini. Saya pernah nampak kedainya di Kuta, Bali. Tak sangka pulak kat Malaysia pun ada.
Tak ingat farmasi Guardian ke Watson ada jual sarang burung. Harganya memang mahal ya. Kawan saya dulu ada jual sarang burung jugak. Dia kata part paling renyah tu nak bersihkan bulu burung daripada sarang dia. Kena teliti membersihkannya.
Ada ikan dalam silinder kaca kat tengah airport.
Dania kata macam mana nak bagi ikan makan sebab tempat dia tinggi.....
Ada hiasan Deepavali juga.
Jom tengok bilik air kat KLIA1 ni pulak. Masuk je bilik air berbau wangi.
Kat tempat persalinan anak ni atas dia ada bentuk seakan awan tergantung.
Di satu sudut ada lukisan.
Saya rasa bilik air kat sini memang selesa la sebab tak ada bau yang kurang menyenangkan. Sesuai dengan Lapangan Terbang Premium berbanding KLIA2.
Banyak flight dijadualkan tarikh ni.
Di satu sudut, pelajar dari Jepun menyusun beg. Saya nampak ramai diantara mereka membawa paper bag Beryl's. Macam mana saya tahu dari Jepun? Saya tanya salah seorang pelajar lelaki ni. Lagi pun boleh dengar juga bahasa yang dituturkan.
Bila nak balik, berapa lama kami menghabiskan masa di airport ni?. Tudiaaa....5 jam 41 minit. Kenalah bayaran sebanyak RM26.
Actually in between, kami ke KLIA2 juga. Parking je kat KLIA1 ni. Tak nak confuse airport yang mana jadi saya buat post yang berasingan untuk KLIA2. Sambungannya lepas ni....
XOXO,
Ezna
Tandas paling best sudah tentunya di KLIA1 & 2. Sudahlah luas, wangi dan selesa sangat.
BalasPadamNak jaga supaya pelancong asing tak cium bau yang kurang enak.
PadamBetul, tandas KLIA both luas dan wangi. Belum lagi terkena yg tak elok. Wahh dah macam2 cafe/restaurant ada di KLIA ya.
BalasPadamBanyak betul cafe kat sini....
Padamnak masuk parking guna TnG kena pastikan ada banyak baki dalam tu...takot keluar2 tak cukup pulak dia..hihihi
BalasPadamBetul....kami kena RM26. Huhuhu....
Padambyk juga tmpt mkn tu...kita kalo smp airport mmg tk sempat nk tgk apa yg ada hehe...lama tk fly...fly pn urusan keje bkn holiday...last outstation ke sarawak last year....
BalasPadamSebab Amy nak kena kejar flight. Ni santai2 boleh la. Kalau nak kejar flight kadang2 makan yang sempat / dekat je.
PadamLama tak KLIA 1 ni...
BalasPadamDah tutup ye KFC situ? Byk kedai² baru nampaknya ni
Ya PH. Lokasi KFC tu dah ganti Kyochon dah. Pernah breakfast kat KFC situ tahun 2019 sementara nak tunggu flight.
PadamWahhh..Seronok nmpk KLIA 1 nih...
BalasPadamDah banyak kedai dalam ni.
Padamdulu memang selalu la kat KLIA 1 ni...masa keja kat bangkok dulu...
BalasPadamseronok sbb besar berbanding ngan KLIA 2...
Dah lama tak masuk KLIA1. Terakhir saat saya ke jepang 2019 Krn naik MAS. Tapi December ini akan transit lama di KLIA1 Krn naik MAS lagi 😄.
BalasPadamMakin bagus nampaknya. Saya penasaran dengan restoran chef wan itu. Sering baca soalnya. Nanti nak coba lah 😍