Selasa, November 12

Mencari kek hari jadi....

Hari Rabu best sikit sebab kelas Dania start petang. Kelas pagi dah ada potongan kredit. Tak payah ambik. 

Ni lauk tengahari yang saya masak iaitu udang masak kam heong. 


Sayur kacang buncis dengan telur. 


Lepas Dania makan tengahari, ni nak hantar Dania ke kelas. Hari ni kebetulan kena pergi tempat penyembelihan haiwan kat Blok C, Fakulti Pertanian. Ni Dania tengah sibuk nak pakai stokin. 


Nak pergi ke tempat penyembelihan kena pakai baju yang sesuai la tapi kasut memang kena kasut bertutup. Dr suruh pakai lab coat juga kat tempat penyembelihan tu. Nak belajar apa kat situ?.

Dania kata nak belajar bahagian badan kambing. Dah ambik Sains Haiwan kenalah belajar bahagian badan haiwan. 


Kemudian, saya ke Rumah Kueh Kak Zu. Pilih apa yang saya nak beli. Buttercake dan peach strudel. Masa ni tengah tunggu kek Dania yang siap tulis. 


Ok siap tulis dah Happy Birthday Dania. 


Sekarang ni dalam Rumah Kueh Kak Zu dah siap ada meja makan lagi. Boleh makan kat sini. 


Rak makanan dihias cantik.  


Display kuih-muih yang dijual. 



Kat dalam peti ni berjenis pastries, kek, puding dan frozen. 


Close up sikit apa yang diletakkan di dalam peti ni. 


Kek Dania ni bersaiz kecil je ni. Dalam dia Victoria Sandwich Cake. Saya pilih kek berbunga ros warna lilac. Ni kek hari jadi Dania yang ke 20 tahun. 


Alhamdulilah untuk rezeki kek Dania tahun ni. 





XOXO,
Ezna
 

11 ulasan:

  1. Wahhhh..Bestnya..Che mek sy lps bwk gi mkn daging pusing2 dkt chop stick terus xmo cake =D

    BalasPadam
  2. Seronoknya dapat raikan ulang tahun anakandanya.
    Teringat kemeriahan sambut birthday anak-anak sewaktu tinggal bersama. Sudah berjauhan, rindu pula suasana itu.

    BalasPadam
  3. Tak sangka! Kena sampai ke tempat sembelih!

    BalasPadam
  4. Cantik dan selesa Rumah Kueh Kak Zue ni... Lepak sorang² pun takde hal kan.. Kek bday Dania tu sweet la

    BalasPadam
  5. cute betul kek bday dania ni!! love it so much!!

    BalasPadam
  6. Sweet kek lilac colour.
    Comel plak tu.

    BalasPadam
  7. lama x g rumah kueh kak zue... seingat sy last pegi sblm pkp

    BalasPadam
  8. Salut lah, Dania memang sukaaa sangat mempelajari hewan ini yaa. Saya rasanya tak sanggub kalo harus belajar ttg bagian dalam tubuh hewan, secara langsung pula 😅😅. Melihat darah saja tak mampu, apalagi liat dari dekat 😅.

    Waaah cantiiik kue nya kak. Dania suka warna Lilac juga kah?

    BalasPadam
  9. Kalau dekat mau ulang-ulang ke sini je saya Kak Ezna..hihi

    Cantik cake Dania...sweet...

    BalasPadam
  10. Selamat berulang tahun untuk Dania.
    Semoga panjang usia, murah rezeki dan selalu dalam berkah dan rahmatnya Allah SWT.

    Salam,

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Breakfast makan pizza

International kami breakfast pagi ni ya....mulanya nak tengok2 lagi tempat lain tapi bila bau pizza tengah masak tu menusuk hidung tu wangi ...