Masa nak ambik Dania kat main campus, ada laluan yang diletakkan kon dan depan Bangunan Canselori tu dah naik dah beberapa khemah. Tak lama lagi UPM nak konvokesyen dah pada 30 November - 6 Disember 2024. Dok fikir nak masuk lagi ke dalam untuk kelas Dania pada 3 Disember dan 5 Disember 2024 nanti. Masa tu banyak la laluan kena tutup ni. 😎
Akhirnya sebab saya dah lama tak makan ikan pekasam dan ikan patin....maka......ke Johan Patin Temerloh, Bandar Baru Bangi la kita. Lagi satu nak pergi hantar kain dekat rumah kawan saya nanti. Ok lepas ni saya cerita. Elok je ada parking depan kedai. Jangan lupa bayar parking ya. Kat sini memang rajin penguatkuasanya. Tak bayar kang dapat 'surat cinta' pulak nanti. Kena install apps Flexi Parking.
Masa ni tengah menunggu ikan patin. Tengah masak lagi tapi adik tu kata tak sampai 10 minit la. Alhamdulilah ada ikan pekasam dan saya ambil daun salad dan tomato ceri lepas tu tempoyak.
Ikan patin dihantar terus ke meja. Saya memang minta bahagian ekor.
Total semua RM35.50 termasuk teh o ais dan teh o ais limau. Dania pada mulanya kata tak nak la makan ikan patin. Lepas tu ummi tengok bertambah je ikan patin dalam pinggan sekali dengan kuah tu. Ummi gelak dalam hati je la. 😆. Mana taknya ikan patin tu panas-panas lagi dalam periuk besar baru masak. Sedap la nak makan panas-panas dengan nasi. Semua habis kecuali ikan pekasam tu saya ada tapau la.
You alls makan ikan patin tak?. Ada orang tak lalu nak makan....
XOXO,
Ezna
kita tk mkn ikan patin tp ada outstation ke ganu aritu singgah R&R bos ajak makan menu ikan patin...sedap juga
BalasPadamfav Pia ni kak..dulu dia ada dekat rumah memang tiap2 minggu beli ikan patin..
BalasPadamikan patin tempoyak sedap dimakan masa banjir mcm skrg ni....
BalasPadamTak tolak ikan patin. Kalau ke mana-mana kedai makan jumpa ikan patin memang tak fikir dua kali untuk ambil.
BalasPadami suka ikan patin esp kalau masak asam pedas :) i tak mkn kalau yg ada tempoyak tu sbb memang tak mkn tempoyak
BalasPadamMakaaaan dong 😄😄👍. Patin sedaaap. Tp sama kayak kakak, saya hanya suka ekor kalo ikan. Tak suka kepala. Ada orang cakap, yg suka kepala biasanya suka memimpin, sementara ekor lebih suka jadi followers
BalasPadamApapun lah, saya memang bukan tipe pemimpin 🤣🤣.
Tp kenapa suka ekor, Krn dagingnya lebih tak fishy, bagi saya.
Saya suka jugak makan gulai Ikan Patin, tapi hb saya tak...nasib baiklah ada certain foods yang ada depan mata saya makan, takde tak carik hehe....
BalasPadamTak pernah makan ikan patin
BalasPadambaru je makan ikan patin semalam, alhamdulillah. dulu MA pun x makan ikan patin ni..sekali try, emmm...sedappp
BalasPadam