Saya ada mengikuti siri ini The Legend of Nang Nak. Kalau nak tonton siri ni kena tonton sampai 30 episod ya. Bila dah tonton awal2...kena la tonton sampai habis ya.
Banyak versi dah ditayangkan kat TV kan. Kita dah tahu dah ceritanya tentang Nak yang mati ketika melahirkan anak dan suaminya Mak pula kena berperang. Bila balik Mak nampak Nak tu macam normal je menunggu ketibaan Mak tu balik dari berperang. Padahal Nak tu dah mati.
Credit : Google
Cerita ni diterajui oleh dua pelakon ni.
Mak dilakonkan oleh Tuchapon Koowongbundit. Muka ada persis Jung Kook pulak saya tengok.
Credit : Google
Pelakon watak Nak pula ialah Preyakarn Jaikanta. Lawa sangat bagi saya persis Maudy Ayunda pelakon Indonesia.
Credit : Google
Ini pula seorang anggota polis yang sepatutnya berkahwin dengan Nak bernama Luang San. Wataknya dilakonkan oleh Chanatip Phothongka.
Credit : Instagram champ_chanatip
Nak seorang anak orang kaya sepatutnya berkahwin dengan Luang San tapi pada hari perkahwinannya, Nak lari dengan Mak. Mak pula ada yang meminatinya sejak kecil iaitu Sroi. Sroi ni pula dari kecik boleh nampak hantu. Pernah la masa kecik2 Mak menyelamatkan Sroi yang disorok dengan hantu. Sroi pula ada seorang kawan hantu yang mati kena bunuh. Orang lain tak nampak kecuali Sroi ajer.
Kahwin la Mak dan Nak secara rahsia ni kemudian Mak membawa Nak ke sebuah rumah usang kepunyaan ayah Mak. Kawasan tu memang sunyi dan terletak di tepi sungai. Medium pengangkutan orang kat situ ialah melalui air. Mereka akan keluar menggunakan sampan. Rumah yang usang tu dibersihkan hasil kerjasama Mak dan 4 rakan baiknya iaitu Tui, Thim, Teng dan Thum. Nama pun seakan sama sampai sekarang pun tak ingat mana satu diantara 4'T' ni. Haha. 4 sahabat ni macam gila-gila sikit perangainya yang menjadi penyeri cerita ni. Ada adegan kelakar juga.
Dari kiri Maan (ibu Mak), Sroi dan 4 kawan-kawan baik Mak. Seorang yang ikat rambut tu dah ala ala Johan Era FM pulak saya tengok.
Sroi ni duduk dengan ibu kepada Mak. Ibu Mak bernama Maan. Gempar la penduduk kampung bila dapat tahu Nak lari dan berkahwin dengan Mak. Ibu bapa Nak pun mencari Nak sehinggalah ibu Nak tu meninggal kerana terlalu rindu kat Nak. Akhirnya ayah Nak pula jadi mental dan akhirnya meninggal. Masa ni Nak tak tahu pun pasal ibu dan ayahnya dah meninggal. Sroi pula yang ada hati dengan Mak pun frust la. Mak hanya menganggap Sroi ni sebagai adik sahaja.
Ketika Mak ditugaskan untuk pergi berperang dengan kawan-kawan 4 'T' tu, Nak pun melahirkan anak dengan dibantu oleh bidan kampung tapi payah Nak nak melahirkan sehingga banyak pertumpahan darah dan Nak pun meninggal dunia. Anak Nak tak sempat keluar pun. Masih ada dalam perut. Ketua kampung, bidan dan ibu Mak serta beberapa orang kampung ada masa pengkebumian Nak. Cara memilih tanah untuk ditanam mayat Nak tu dengan menggolekkan telur ayam. Jika telur ayam tu pecah kat satu kawasan tu....kawasan tu la kena tanam mayat Nak.
Kisah kali ni banyak la menceritakan kisah kampung Ban Phra Khanong. Ada kisah penyeludupan dadah Opium yang didalangi oleh orang besar dan ketua kampung Ban Phra Khanong. Anak ketua kampung bernama Hom yang bertugas untuk menyeludup Opium dan ketua di atasnya ialah Anuchat iaitu bapa saudara kepada anggota polis bernama Luang San (yang sepatutnya berkahwin dengan Nak). Bapa saudara Nak ni macam orang penting juga. Lagi tinggi pangkatnya dari Ketua Kampung.
Lagi 5 episod nak habis dah cerita ni yang keluar di Netflix Isnin - Jumaat. Setakat 25 episod ni Mak masih tak tahu yang isterinya Nak dan anaknya Dang tu 'hantu'. Padehal semua orang dah tahu termasuk kawan2 Mak. Episod ke 26 baru Mak nampak yang Nak sebenarnya hantu bila dia perah limau yang diberi oleh sami kat sambal Nak. Nampak
Apa kesudahannya?. Kita tunggu episod seterusnya. You alls pun bolehlah tonton.
Bila dah banyak episodnya jadi ada adegan yang macam drag. Contohnya bergurau senda kawan-kawan Mak kadang panjang pulak plot dia. Mak pun masih tak tahu isterinya hantu padehal dah episod ke 25. Pilihan 3 pelakon utama ni bagi saya bertepatan sebab memang sesuai je dengan watak dan mempunyai rupa paras yang cantik dan handsome. Cerita pun bagi saya tak seram sangat sebab ada suntikan elemen kelakar. Ada 3 hantu utama kat dalam cerita ni iaitu hantu kepada Luang San, hantu kepada Sroi dan Nak. Hantu kepada Luang San tu ialah penjahat yang dibunuh oleh Luang San tapi jadi hantu yang baik dengan Luang San sebab Luang San berjanji nak jaga keluarga hantu ni. Sebab tu walaupun dibunuh oleh Luang San dia baik dengan Luang San. Boleh gitu eh? 😅
Saya memberikan rating 3.5 / 5 untuk The Legend of Nang Nak Netflix ni.
XOXO,
Ezna
berepisod pulak ye cerita nang Nak nie...
BalasPadamdulu2 tengok yang movie aje
Ya sampai 30 episod tu yang adegan tu kadang2 drag tu.
PadamSy pernah tgk cerita ni =D
BalasPadamCerita ni macam banyak versi ni....kali ni versi 30 episod. Jenuh nak tengok setiap episod.
Padamkurang suka tgk cerita thailand
BalasPadamOh Ammi kurang minat ya....
Padamnama Mak dan Nak tu jd pening la sbb dlm BM perkataan tu ada maksud dan perkataan yg sgt common hahah tp jln citernya unik laaa
BalasPadamYa Suzz. Macam ala ala lagenda pun ada citer Mak dan Nak ni. Haha memang confuse sebab keduanya bahasa kita ya.....
PadamOwh... ada episod pulak ke?
BalasPadamwaduhhhh banyak laa pula episodnya...
BalasPadamnak tgk dulu laa trailer nya kalau best boleh proceed ;-)
Eh ada serial nya jugaaa? Saya tahu filmnya saja. Bahkan dibuat remake di Indonesia. Yg main suami istri vino g Bastian dan Marsha Timothy.
BalasPadamTp yg movie nya saja saya blm nonton kak. Dah save in my list, tp blm sempat 😅😅. Nampaknya baguus memang kan. Tapi tuh lah kelakar sampai tak tahu istri dah jadi hantu 😂. Okelah, nak nonton juga, tp rasanya saya movie saja. Serialnya banyak sangat episode 😅
Tak pernah tgk lgi cerita Nang Nak ni.. mcm best dan tak menyeramkan jer jalan cerita nya huhuu.. 30 episod tu.. banyak..
BalasPadam