Selasa, November 19

Masak untuk keluarga...

Hubby ada membeli petai kat pasar jadi saya tak tunggu lama untuk masak petai ni. Terjadilah sambal tumis petai. Tapi....sebelum masukkan petai ni saya asingkan dulu udang ni sedikit sebab Dania tak makan petai. Bila dah asingkan tu barulah selebihnya petai dimasukkan ke dalam sambal tumis ni. 

Bila hubby balik kerja dia kata bau wangi....padehal bau petai tu. Bila makan bertambah bahagia pulak rasanya ya...rasa penat-penat masak tu berbaloi je. Alhamdulilah. 


Ada juga tenggek burung ni. Tenggek burung ni susah juga nak mencarinya. Bila dah jumpa haruslah beli. 


Tenggek burung ni makan pula dengan Sambal Uleg yang dapat masa kenduri kahwin di Warung Dato. Warung Dato sendiri yang buat sambal ni. 


 Simple je lauk untuk keluarga kecil saya ni....





XOXO,
Ezna

7 ulasan:

  1. sedapnya...lama tak nampak petai...hihihi

    BalasPadam
  2. kita pn tk mkn petai....udang tu fav tisya

    BalasPadam
  3. alhamdulillah..yg simple2 ni la sedap plus penuh kasih sayang gitu

    BalasPadam
  4. i boleh geng dgn dania ie tak mkn petai ;)

    BalasPadam
  5. Cukuplah sambal udang petai tu, tak payah cari lauk lain.

    BalasPadam
  6. Kalo udang dan petai, saya tak mungkin pisahkan 🤣🤣. Keduanya favorit sayaaaa. Omg pasti sedap nih, makan dengan ulam dan sambal pula 😁❤️❤️

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Breakfast makan pizza

International kami breakfast pagi ni ya....mulanya nak tengok2 lagi tempat lain tapi bila bau pizza tengah masak tu menusuk hidung tu wangi ...